Laman UtamaResepi Durian Crepe Homemade Paling Sedap Hingga Tergigit Jari
Resepi Durian Crepe Homemade Paling Sedap Hingga Tergigit Jari
Isi Kandungan
Assalamualaikum…
Musim durian dah semakin dekat. Benda yang paling hot dan viral pasal durian hari ni ialah Durian Crepe. Sekarang agak mudah kalau nak dapat durian crepe. Ada yang jual kat kedai kek, gerai kuih, kedai online, special delivery order yang hantar sampai rumah pun ada.
Harga pun ikut musim dan jenis durian. Citarasa masing-masing pun berbeza. Menambah keunikan, ada tambahan perisa blueberry, milo, jagung oreo dan pelbagai lagi.
Pilihan hati saya, tentu yang standard punya. Bagi siapa-siapa yang rajin, nak buat sendiri durian crepe ni pun boleh. Tak susah sangat la nak buat, cuma kena tau teknik dan caranya yang betul.
Ok, saya kongsikan resepi durian crepe homemade yang paling sedap dalam dunia kat sini. Hehe selamat mencuba! Bismillah..
Penyediaan Bahan-Bahan Untuk Resepi Durian Crepe Homemade
Struktur durian crepe ni terbahagi kepada dua:
lapisan kulit (atau kulit Crepe) dan,
filling (kastard bersama durian dan whipping cream).
Berikut adalah senarai bahan-bahan yang diperlukan:
1. Bahan-bahan untuk kulit Crepe (untuk hasilkan 18 – 20 keping):
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar tepung ubi kentang
1 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar tepung hong kong (nama lainnya tepung ‘water lily’)
sedikit garam
2 sudu besar gula icing
2 biji telur saiz B
1 sudu besar minyak jagung
3/4 cawan air (210ml)
1/2 cawan susu segar (130ml)
sedikit esen vanilla
beberapa titik bahan pewarna – warna kuning (optional)
2. Bahan-Bahan untuk Filling (kastard bersama durian dan whipping cream):
Filling kastard bersama durian
2 sudu besar gula
20 gm tepung kastard
250 ml susu segar
2 biji kuning telur
5~6 ulas durian yang telah dibuang bijinya dan diramas-ramas (bergantung kepada besar ulas dan jenis durian)
Filling Whipping Cream
500gm whipping cream
2 sudu besar gula icing (diguna jika whipping cream rasa tawar)
Teknik #1: Menghasilkan Kulit Crepe Yang Mulus Gebu
Campurkan 6 jenis tepung di atas dan di ayak sekali.
Masukkan ke dalam satu bekas untuk mengadun.
Masukkan garam, gula icing, minyak jagung, esen vanilla, telur yang telah dipukul sebati, air, susu segar dan bahan pewarna kuning.
Kacau adunan menggunakan ‘whisk’ tangan sehingga sebati dan tapiskan.
Panaskan ‘non-stick pan’ bersaiz kecil (17cm diameter tapak) dengan menggunakan api sederhana.
Sapu sedikit minyak pada dasar pan.
Apabila pan sudah panas, angkat dan masukkan 1 senduk adunan ke dalam pan.
Ratakan adunan crepe dengan cara melenggangkan pan sehingga ia agak nipis dan sekata memenuhi keseluruhan ruang pan.
Letak sebentar pan di atas api dan kemudian angkat apabila crepe sudah masak. Tak perlu terbalikkan crepe ya!.
Ulangi langkah 6 ~ 9 untuk hasilkan lapisan crepe sehingga habis adunan.
Tips:
Pastikan adunan diadun sebati dan cermat tanpa buih-buih halus, kalau tak crepe akan ada lubang pori-pori selepas di masak. Kang hilang rasa mulus dan gebu pulak.
Teknik lenggang tu lebih kurang sama macam melayang kuali masa masak lempeng atau pancake. Cuma pan di angkat dan tak perlu pakai sudu atau sudip untuk meratakan adunan.
Tak perlu terbalikkan lapisan crepe dalam pan kerana dah nipis dan mudah masak sekata.
Crepe yang dah masak elok boleh ditindan-tindan atas piring. In Shaa Allah tak melekat.
Teknik #2: Cara Membuat Filling Kastard bersama Durian
Masukkan tepung kastard, gula, 2 biji kuning telur dan sedikit susu segar (lebih kurang 4 sudu) ke dalam ‘non-stick pan’.
Kacau kesemuanya sehingga sebati.
Tuangkan baki susu segar dan kacau sekali lagi sampai sebati.
Masak adunan menggunakan api sederhana sehingga menjadi agak kental dan pekat. Tutup api dan biarkan sementara untuk sejukkan filling kastard.
Masukkan isi durian yang dah dihancurkan ke dalam filling kastard tadi.
Isikan adunan filling ke dalam ‘piping bag’.
Simpan di dalam peti sejuk.
Teknik #3: Cara Membuat Filling Whipping Cream
Sediakan bekas yang bersih dan kering.
Masukkan 500gm whipping cream. Boleh tambahkan gula icing jika whipping cream mempunyai rasa tawar (optional).
Pukul whipping cream sehingga kental dan masukkan ke dalam ‘piping bag’.
Letak di dalam freezer sebentar supaya tidak cair.
Teknik #4: Cara Membalut Durian Crepe
Ambil dan letakkan sekeping ‘kulit crepe’ di atas piring atau plate yang sesuai.
Paipkan ‘filling whipping cream’ ke atas ‘kulit crepe’ di bahagian tengah sebagai lapisan filling pertama.
Kemudian paipkan pula ‘filling kastard bersama durian’ di atas ‘filling whipping cream’ sebagai lapisan filling kedua.
Paipkan sekali lagi ‘filling whipping cream’ sebagai lapisan filling terakhir.
Balutkan secara cermat dan kemas ‘kulit crepe’ dengan kesemua lapisan filling tadi di dalamnya.
Tak jadi rupa macam bantal pun? Asah skill dengan ulangi langkah 1 ~ 5 semula untuk adunan durian crepe yang lain. Boleh adjust sikit kuantiti filling untuk elak rasa muak nanti.
Masukkan kesemua durian crepe yang dah siap dibalut ke dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Cara Buat Durian Crepe Versi Video
Ok, saya embedkan satu video yang gunakan cara lebih kurang sama untuk buat Durian Crepe seperti dalam entri ini.
Video ini bukan saya buat ok, cuma pinjam je… Hehe, Mungkin buat buat rujukan kot bagi mana yang tak berapa paham style tulisan nih.
Jangan risau jika ‘Durian Crepe’ anda tak cantik untuk kali pertama. Asalkan ada rasa dan tahu kat mana nak mula, itu dah dikira baik. Lain kali usaha lagi buat lebih baik. Boleh bagi kat adik beradik, mak mentua, kawan-kawan dan jiran pulak rasa.
Durian crepe ni sedap dimakan ketika sejuk. Lagi satu, durian crepe tak boleh dibiarkan lama sangat kat luar. Kalau tak, mula la naik bau semacam tempoyak, rasa pun akan jadi lain macam. So kalau nak rasa kekal fresh, kena simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan disimpan sejuk sehingga 3 ~4 hari.
Haa..tergigit jari? Yela, baru 5 minit letak dalam peti ais, dah lesap semuanya. Penangan durian crepe yang sedap macam tu la, bau je dah menarik anak-anak buka tutup peti ais. Sampai maknya gigit jari x sempat merasa..Hehe carik telur ikan tembakul la gini.
Sesiapa yang dah cuba buat tu, share-share la kat sini. Kita pun bukan la terer sangat. Mungkin ada senjata rahsia atau upgrade resepi yang boleh dikongsi bersama. Salah silap mintak maaf ye semua..
Ikhlas
Mama of DH family
Facebook Comments:
Resepi Durian Crepe Homemade Paling Sedap Hingga Tergigit Jari
sy orang indonesia tak faham tepung kastard,, tepung kentang
Hi Mr Eri. Saya pun enggak bisa membantu dalam hal ini. Mungkin anda boleh merujuk kepada tukang pembuat pastri. Mereka mungkin lebih tahu akan jenis-jenis tepung ini di sana.
Yepp..my lovely taste
Akk. Kalo tpung waterlily ngan tpung ubi ktg x de .. x pe ke? Nk cri kat ne e
Boleh je. Ada tepung gandum, tepung ubi, tepung jagung & tepung kastard dah cukup. Ataupun adunan lempeng pun boleh. Tgk dulu hasilnya kemudian pelan2 upgrade.
untuk bahan-bahan bakeri dan pastri yang berkualiti tinggi :-)
Terima Kasih Mr./Mrs. Khor sudi singgah ke sini. Semoga bermanfaat...
assallamualaikum .....Berminat tapi blh saya tau knp durian crepe resepi ni tak sama dgn yang lain ya?
Maksud saya ia menggunakan berapa macam jenis tepung? Pening! Dan until filing nya, dua jenis tau blh di pilih?
Tolong lah jelaskan.
Thks
Lina
Waalaikumsalam Pn Lina.. sememangnya resepi durian crepe berbeza-beza bergantung kepada kemahiran si pembuatnya & citarasa masing-masing.
Asasnya simple sahaja, ada 2 : Kulit dan isi. Kulit boleh jadi biasa-biasa saja atau segebu mungkin untuk hiasan luaran. Isi yang penting ada durian, kemudian ditambah whipping cream untuk seimbangkan tekstur rasa & control kepadatan isi crepe.
Saya pun baru belajar juga. Untuk makan sendiri okey lah, untuk penjualan masih belum mampu lagi. hehe
Assallamualaikum sis,
Maaf.....berminat dgn resepi "Durian Crepe"...tetapi harus ke memerlukan banyak jenis tepung?
Oh ya, btw, tepung kentang, mcm mana rupa nya, pls?
thks
Lina
Waalaikumsalam. Owhh ya musiam durian dah nak sampai. Ada banyak kategori jenis tepung yang boleh digunakan untuk buat Durian Crepe. Boleh search kat google "resepi durian crepe..."; ada offer dari 2 jenis hingga paling banyak 7 jenis tepung setakat ni. hihii...
BTW tepung kentang tu kalau kat kedai ditulis sebagai "Potato Starch". Terima kasih bertanya, soalan yang terbaik!!
itu la. saya pun x dapat cari tepung kentang.
Sedapnya durian crepe! Patutlah mahal, rupanya byk kerja pula & byk benda kena sedia - perlu 6 jenis tepung pula.
Ha ah. Kita pun baru dua tiga kali buat, untuk makan sendiri boleh le. Banyak kali try & error jek. hehe. Nak betul-betul buat tunggu harga durian turun baru best.
Resepi pom dah menarik i can try this resepi...aummm memang mengancam lah sedap nampak..
Cuba, jangan tak cuba...dah rasa buat sendiri baru aummm....hehe
Sis...nk tnya,mcm mna nak pastikan kulit crepe tu tak terkoyak lepas dh balut..sya dh try buat tpi lps dh lipat dia terkoyak sedikit demi sedikit
Tahniah norzaemah. Tanda-tanda skil buat crepe menjadi dah tu. kulit crepe boleh dibalut pun tanda kuantiti & mix bahan-bahannya betul.
Hmm kenapa ya bila lepas balut mudah terkoyak? Agak confuse juga tu.
Ok mungkin nanti boleh check balik:
1. pastikan kulit crepe tak tebal sangat (nipiskan sikit dari biasa)
2. Tebalkan sikit isian durian + whipping cream masa balut crepe (elak stress pada bucu @ lipatan crepe)
3. Tak balut crepe ketat sangat.
View Comments
hmmm yummy ....

Perkongsian resipi bermanfaatkan semua, terima kasih.
Sila kunjungi http://www.facebook.com/BakeriaRia