Resepi Kuih Kaswi Sukatan Cawan

Kuih kaswi atau kuih kasui ni kegemaran saya sekeluarga. Nak beli banyak kos boleh tahan. Beli sikit tak puas makan. So belajar buat sendiri. Saya jenis tak berapa rajin nak timbang-timbang. Kalau boleh semua nak main campak-campak dan agak- agak je. So resepi kuih kaswi sukatan cawan ni paling sesuai la untuk saya yang tak berapa nak rajin ni.

Jom kita belajar buat sendiri. Resepi dekat bawah ya.

Bahan- bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula putih (nak campur sedikit gula merah pun boleh tapi pastikan larutkan dulu gula merah dalam air. kemudian tapis).
  • 5 cawan air
  • 4-5 sudu besar air kapur makan (kacau dulu kapur makan dan ambil bahagian atasnya)
  • pewarna hijau (kalau guna gula merah, tak perlu letak pewarna)

Nota :

(i) Resepi ni tak berapa manis. Just nice. Kalau nak manis lagi, boleh tambah gula. Tambah gula sedikit demi sedikit dulu. Boleh rasa sendiri ikut selera masing-masing.

(ii) Jangan terlebih kapur makan. Nanti pahit

Cara Membuatnya

(i) Campurkan semua bahan dalam blender (kecuali air kapur) dan blend sebati. Apabila telah sebati, campur air kapur.

(ii) Panaskan pengukus. Alas pengukus dengan kain. Ini untuk elakkan air masuk ke dalam pengukus dan menyebabkan permukaan jadi tak cantik.

(iii) Kukus atas api sederhana dalam 30-40 minit mengikut saiz loyang anda.

(iv) Apabila dah masak, sejukkan dahulu sebelum di potong.

(v) Gaulkan kuih kaswi yang telah dipotong dengan kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam. Baru umpp!

 

Selamat Mencuba!

Facebook Comments:
Resepi Kuih Kaswi Sukatan Cawan Lembut Bergedik Paling Mudah
Baca Juga :  Telur Separuh Masak Rebus Berapa Minit? Ohh Macamtu Caranya

2 thoughts on “Resepi Kuih Kaswi Sukatan Cawan Lembut Bergedik Paling Mudah

  • November 6, 2019 at 12:54 pm
    Permalink

    Sedapnya…selalu beli yang gula merah tu…tapi jarang dapat yang betul2 sedap…

    Reply
    • November 6, 2019 at 7:30 pm
      Permalink

      Salam Cik Suria. Susah juga nak buat mula-mula dulu. Lembik lah, cair lah, kureng lah apa-apa je. Tapi “Practice makes perfect” kan. Dah dapat caranya, boleh makan yang homemade punya puas-puas.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.