Ice Blended Lemon-Lime

Bahan-bahan Untuk Ice Blended:

  • 2 sudu Performance Drink Lemon-Lime (Natural Orange pun boleh)
  • 1/2 cawan air
  • 3 cawan ais

Cara-cara Penyediaan Ice Blended:

  1. Masukan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam blender atau ice blender anda
  2. Blend sehingga halus
  3. Siap dan hidangkan!

Ice Blended lemon Lime

Tips Mudah:

  • Bergantung kepada jenama dan kualiti blender anda, ketuk-ketukkan ais kuib anda untuk mudahkan proses blend yang sekata dan hasil yang lebih halus
  • Boleh tambahkan kuantiti air jika perlu dan masukan sedikit demi sedikit untuk elakkan proses blending yang kasar
  • Boleh tambahkan beberapa skup ais krim berperisa sebagai topping kepada ice blended anda dekorasi minuman yang lebih mantap dan rasa yang lebih menyegarkan

Lemon-Lime/Orange Cooler

Bahan-bahan Untuk Lemon-Lime Cooler:

  • 3 sudu Performance Drink (perisa Lemon Lime atau Natural Orange)
  • 250 ml air
  • 2 hirisan lemon
  • 1 atau 2 biji asam boi
  • 5 kiub ais atau secukupnya
  • 1 tangkai serai
  • Daun Pudina

Cara-cara Penyediaan Lemon-Lime Cooler:

  1. Masukkan air dan 3 sudu PD perisa kesukaan anda ke dalam gelas
  2. Kacau sehingga rata
  3. Tambahkan asam boi, hirisan lemon, setangkai serai, daun pudina dan kiub ais
  4. Siap dan hidangkan

Lemon Lime Orange Cooler

Tips Mudah:

  • Potong dan buang sedikit pangkal batang serai dan ketuk-ketukan untuk keluarkan jusnya sebelum dicampurkan kepada resepi cooler anda
  • Boleh juga gunakan shaker untuk rasa dan adunan yang lebih hebat. Hanya perlu masukkan air, PD, asam boi, hirisan lemon serta kiub ais dan “shake”kan sepuas hati. Akhir sekali masukkan serai dan daun pudina. Siap!

Chewy Zhesty Lemon-Lime Jelly

1.1.1 – Bahan-bahan Untuk Jeli

  • 5g serbuk jeli (konnyaku atau sebarang jenama sewaktu dengannya)
  • 3 sudu Performance Drink perisa Lemon Lime (jika tiada, guna perisa Natural Orange pun boleh)
  • 4 sudu (50g) gula
  • 500 ml air
  • Bekas acuan untuk jeli (sebarang bentuk)

1.1.2 – Cara-cara Penyediaan Jeli

  1. Tuangkan 500 ml air dan 3 sudu PD ke dalam periuk
  2. Panaskannya di atas dapur masak
  3. Masukkan 5g serbuk jeli sedikit demi sedikit sambil kacau adunan
  4. Masukkan gula dan kacaukan lagi
  5. Biarkan adunan sehingga mendidih
  6. Setelah mendidih, kecilkan api (api sederhana) dan kacau adunan selama 5 minit sehingga buih hilang (jika ada)
  7. Tutupkan api dan biarkan adunan jeli sejuk pada suhu bilik
  8. Masukkan adunan jeli ke dalam bekas acuan anda (dalam sebarang bekas tupperware atau acuan berbentuk yang anda sukai)
  9. Simpankan jeli anda di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 4 jam atau lebih (atau semalaman)
  10. Potongkan jeli ke bentuk yang lebih kecil (jika perlu) sebelum ditambahkan ke dalam minuman zhesty lemon-lime anda
Baca Juga :  Resepi Durian Crepe Homemade Paling Sedap Hingga Tergigit Jari

1.2.1 – Bahan-bahan untuk lemon lime cooler:

  • 5 sudu Performance Drink perisa Lemon Lime (jika tiada, perisa Natural Orange pun boleh)
  • 1 liter air
  • 5 hirisan lemon
  • 5 biji asam boi (secukup rasa)
  • 1 mangkuk kiub ais (atau secukupnya)
  • 2 tangkai serai (dibuang sedikit pangkanya dan diketuk-ketukan)
  • 3 helai daun pudina

1.2.2 – Cara-cara Penyediaan Lemon-Lime Cooler:

  1. Masukkan serai (yang dibuang sedikit pangkanlnya dan diketuk-ketukkan), hirisan lemon, daun pudina dan asam boi ke dalam bekas jag
  2. Tambahkan semangkuk ais (atau secukupnya)
  3. Tuangkan 1 liter air
  4. Kacau rata sepuasnya
  5. Masukkan jeli yang telah dipotong
  6. Siap dan hidangkan!

Chewy Zesty Lemon Lime Jelly

 

Facebook Comments:
Resepi Minuman Sihat dan Menyegarkan Dengan Performance Drink Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.