Dulu apabila nak makan pancake, saya selalu beli tepung pancake instant jenama Pillsbury. Ingatkan susah nak buat pancake yang sedap. Rupa-rupanya mudah sangat nak buat. Bahan-bahan pun mudah nak dapat.
Ini adalah resepi yang memang exactly saya guna untuk buat pancake. Tak sangka, sangat sedap, lembut dan gebu. Anak yang tak berapa suka pancake pun makan dengan banyak dan berulang-ulang cakap… Sedapnyaaaa!
Cubalah. Anda dan keluarga pasti sukakannya.
[irp posts=”9376″ name=”Telur Separuh Masak Rebus Berapa Minit? Ohh Macamtu Caranya”]Adunan ni boleh menghasilkan 7-8 keping saiz sederhana. kalau buat kecil-kecil lagi banyak dapat. Untuk kami sekeluarga seramai 5 orang, perlukan sukatan 2 kali ganda dari sukatan di atas.
(1) Campurkan semua bahan di atas di dalam blender.Kemudian blend semua bahan sampai sebati. (Memang mudah sangat-sangat untuk saya yang tak berapa rajin ni)
P/S : Pastikan blender anda bersih dan tidak berbau sebelum digunakan.
(2) Panaskan non-stick pan. Tuangkan 1 senduk adunan tepung tadi. Biarkan seketika.
(3) Apabila nampak ia berbuih, dan bahagian bawah sudah bertukar ke warna coklat, terbalik kan pancake. Biarkan seketika dan bolehlah di angkat.
Ulanglah buat sampai semua adunan habis.
[irp posts=”3308″ name=”Resepi Tauhu Jepun Simple Tapi Sedap”]Siap untuk dimakan!
Boleh dimakan dengan apa sahaja. Kami biasa makan dengan butter dan madu. Kaya dan coklat juga boleh. Ikutlah kreativiti masing-masing ya. Tambah buah-buahan juga boleh.
Cubalah resepi pancake gebu simple ni. Saya gerenti anda tak menyesal.
Dah cuba, tinggalkan komen di bawah yaaaa.
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More