Assalamualaikum…
Hai, hari ini akak nak ajak korang semua pergi ke dapur maya akak. Akak nak share satu rahsia buat roti putih homemade yang gebu, lembut dan sangat sedap. Akak pasti korang mesti suka.
Kita biasa beli roti Gardenia kat kedai tu kan. Rasanya sedap, enak dimakan begitu sahaja. Tapi korang pernah terasa nak buat sendiri tak?
Haa ini semua sebab pengaruh kawan-kawan chit chat di group 360 (group bisnes santai Shaklee kitaorang).
Lepas sorang-sorang share berjaya buat roti putih yang gebu dan sedap, akhirnya akak terpaksa jugak cuba buat resepi roti putih ni.
Paling best, cara buat roti putih ni jadi sangat mudah & cepat dengan menggunakan breadmaker.
Alhamdulillah sekarang dah ada banyak brand breadmaker yang dijual di pasaraya dan harganya sangat berbaloi-baloi dimiliki.
Breadmaker yang akak guna? Akak beli brand Tesco je yang di jual juga di pasaraya Tesco. Alhamdulillah tahan sampai hari ini dan dah banyak kali guna dengan lasaknya.
Resepi roti putih ni akak rasa paling senang nak buat. Bahan yang diperlukan pula tak banyak. Cuma nak biasakan buat je. Mula-mula dulu buat memang jadi roti bantat. Hehe…
Tapi bila dah lama-lama buat, automatik cik pandai tu datang. Boleh le nak sesuaikan pemilihan bahan, penggunaan bahan dengan cara buat yang betul.
Hasilnya dapatlah roti putih yang gebu gebas dan sangat lembut bila dimakan. “Sedap & gebu” ni anak-anak lah yang jadi jurinya sampai rasa nak lagi dan nak lagi.
Dah ready nak cuba buat? Ok, jom ikut resepi roti putih homemade akak ni. Sebelum tu, kalau salah silap harap maaf, kalau tak jadi jangan marah hakak ye…
Baca Juga >> Resepi Durian Crepe Homemade
Sediakan bahan-bahan seperti berikut:
Kaedah pembuatan roti putih yang saya buatkan ikut aturan : paling bawah cecair, diikuti bahan kering dan akhir sekali paling atas masukkan yis.
Baca Juga >> Resepi Tauhu Jepun Yang Simple
So, mudah je kan nak buat roti putih ni. Cuma keluar modal sikit nak beli breadmaker kalau mampu. Beli la satu, Inshaa allah tak rugi. Harga boleh survey, rasanya dalam kos RM200++ je.
Yang penting, kerja meroti menjadi. Breadmaker ni tersedia dengan 12 menu program. Nak buat roti buku/bantal boleh (macam yang akak share kat atas). Atau nak buat doh sahaja pun boleh.
Akak selalu juga buat doh. Boleh buat macam-macam aneka roti yang menarik. Contohnya buat bun sardin, roti pintal, bun kaya, donut, sosej roll, donut gebu dan pelbagai lagi ikut kreativiti masing-masing.
Ehh nak buat jem dan kek pun boleh kata kau. Nanti akak share lagi resepi menarik guna breadmaker ni ye. Tunguuu…
Roti putih ni kita boleh buatkan sebagai bekalan anak pergi ke sekolah atau buat bekal hubby yang nak pergi kerja. So, jimat duit belanja makan untuk sarapan kan.
Lagi satu yang menariknya, boleh kongsi pengalaman buat roti bersama anak-anak. Main campak-campak bahan je kan, anak mesti seronok nak buat. Macam main playdoh. Yang penting, anak suka ibu pun suka.
Saya rasa tak rugi kita beli Bread Maker ni. Cuma kena rajin buat je le. By the way, nanti kalau jadi rotinya, jangan lupa beritahu kawan-kawan ya.
Selamat mencuba.
Mama DH
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
View Comments
Assalamualaikum....nak tanya nak buat roti guna breadmaker tak perlu rendam ye yis tu..
Waalaikumsalam Anna. Yis tu tak perlu rendam. Rendam sedikit dengan air suam bertujuan untuk uji yis itu masih elok atau hidup. Jika yis mati, roti akan kurang menjadi.
Salam puan...kalau susu tepung ganti dengan susu full cream boleh ke?
Salam Kak Mon. Boleh, tiada masalah. Kalau tak jadi nanti bagitau ye.
Assalamualaikum .sy bru dpatkn bm tesco. Tp xde buku resipi. Puan tahu x mcm mne nk join mne2 group bt roti gna Bm ni. Tq
Waalaikumsalam Cikyus. Saya pun tak ada group untuk resepi guna breadmaker. Just hanya sembang sesama kawan dan jiran di dalam group wassap bagi mereka yang pernah ada dan guna.
Hanya perlu mahirkan cara guna BM dan aplikasikan dalam segala bentuk resepi biasa seperti buat pelbagai jenis roti khususnya, donut, doh pizza dan sebagainya. BM ini hanya pemudah cara ganti cara manual kita membuat adunan. Dengan BM menguli tepung itu lebih mudah, cepat dan sekata untuk hasil yang lebih menarik.
Join group breadmaker dlm fb
Ohh bagus idea tu, tentu banyak resepi & percubaan terkini atau live. Boleh sertakan link untuk perkongsian bersama? Terima kasih.
Salam puan . Kalau guna yg no 8 . Dough tu. Dia time dia 1.30 . Dia akan berhenti ek selepas 25 minit jln ?
Join la groupbreadmaker kat fb, mcm2 info boleh dpt, x semesti org ada bm je join sesiapa berminat dgn roti boleh join
Terima kasih Pn Arbeeina. Bagus cadangan tu. Boleh sertakan link di sini? Terima kasih.
makin menarik jiwa dan raga nk memiliki bread maker ni..hehe