Laman UtamaResepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama
Resepi
Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama
Isi Kandungan
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.
Tak kurang juga ramai yang suka menanam pokok halia sendiri dirumah. Biasa kalau di rumah tu ada tanam pokok kunyit, sinonimnya mesti ada pokok halia sekali.
Tapi bagi orang muda yang jarang menanam atau masuk ke dapur mesti keliru antara pokok halia dan pokok kunyit kerana bentuknya lebih kurang sama, apatah lagi ubi atau buahnya.
Tak ramai orang suka dengan rasa halia yang sedikit rasa pedas-pedas dan pijar. Jadi ia menjadi amat pelik jika di makan begitu sahaja. Selain untuk masakan, halia juga terkenal dimakan mentah sama ada dibuat jeruk atau asam halia.
Untuk kali ini kami bukan nak kongsi resipi masakan halia atau buat jeruk. Tetapi kami nak kongsikan resepi teh halia mudah.
Anda peminat teh? dah pernah rasa teh perisa halia? Jom kita cuba hari ini.
1/2 biji Lemon (atau 1 biji limau kasturi pun boleh)
2~3 keping daun pudina
Cara-cara Membuat Teh Halia O
Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk & panaskan.
Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih & halia yang sudah ditumbuk dan kacaukan. Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan gula untuk tambahkan rasa manis (atau skip step ini jika ingin gantikan dengan madu), kacaukan dan biarkan mendidih dengan api perlahan selama 2 minit (tutup periuk).
Masukkan serbuk teh (atau 1 uncang teh), kacaukan dan didihkan dengan api perlahan selama 3 minit (tutup periuk).
Tutupkan api, masukkan buah pelaga yang sudah dibelah dan biarkan sekejap (tutup periuk).
Sementara itu, perahkan lemon atau limau kasturi ke dalam cawan.
Kemudian, tapiskan air rebusan teh halia dan campurkan ke dalam cawan yang berisi jus lemon atau limau tadi.
Masukan sedikit daun pudina untuk penambah rasa & aroma segar.
Teh halia O sedia untuk di minum. Boleh diminum panas, sejuk mahupun berais.
Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan halia yang telah ditumbuk, kacaukan dan tunggu sehingga mendidih.
Masukkan 2~3 sudu susu pekat (atau 1/2 cawan susu rendah lemak) mengikut anggaran kemanisan anda dan 1/2 cawan susu cair. Kacaukan dan biarkan mendidih.
Masukkan 1 sudu teh hitam (atau 1 uncang teh), kacaukan dan biarkan mendidih dengan api perlahan selama 5 minit.
Masukkan buah pelaga, kacaukan dan biarkan mendidih selama 2 minit lagi.
Setelah 2 minit, tutupkan api dan tapiskan air rebusan telh halia susu ke dalam teko atau bekas air.
Teh halis susu sia untuk diminum. Atau anda boleh tarik teh halia susu sehingga berbuih halus untuk lebih rasa ummphh.
Nota: Anda boleh adjust kepekatan atau rasa teh halia susu dengan mengubah atau menambah sukatan penggunaan susu & gula mengikut citarasa anda.
Teh halia baik untuk membantu mengurangkan masalah sistem penghadaman seperti masalah angin yang disebabkan oleh gastrik, pedih ulu hati, loya, pening atau kurang selera makan.
Teh halia juga baik untuk mengurangkan rasa mabuk & ketidakselesaan ketika menaiki kenderaan dalam perjalanan yang jauh
Kandungan enzim gingerol yang khusus dalam halia bersifat anti-radang atau anti-inflamasi yang boleh membantu mengurangkan keradangan otot dan sakit-sakit sendi.
Halia juga tinggi kandungan antioksidan yang boleh membantu meningkatkan sistem imun tubuh bagi mengelakkan jangkitan virus dan bakteria serta berupaya memberi ketenangan kepada fikiran; baik untuk mengatasi stress.
Facebook Comments:
Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama