Resepi

Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama

Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.

Tak kurang juga ramai yang suka menanam pokok halia sendiri dirumah. Biasa kalau di rumah tu ada tanam pokok kunyit, sinonimnya mesti ada pokok halia sekali.

Tapi bagi orang muda yang jarang menanam atau masuk ke dapur mesti keliru antara pokok halia dan pokok kunyit kerana bentuknya lebih kurang sama, apatah lagi ubi atau buahnya.

Tak ramai orang suka dengan rasa halia yang sedikit rasa pedas-pedas dan pijar. Jadi ia menjadi amat pelik jika di makan begitu sahaja. Selain untuk masakan, halia juga terkenal dimakan mentah sama ada dibuat jeruk atau asam halia.

Untuk kali ini kami bukan nak kongsi resipi masakan halia atau buat jeruk. Tetapi kami nak kongsikan resepi teh halia mudah.

Anda peminat teh? dah pernah rasa teh perisa halia? Jom kita cuba hari ini.

Baca Juga >> Resepi Roti Putih Homemade Breadmaker

Resepi Teh Halia O

Bahan-Bahan Teh Halia O

  • 2 cawan air
  • 1/2 inci halia – dipotong & ditumbuk
  • Sedikit Kulit kayu manis
  • 2 batang bunga cengkih
  • 2 sudu gula
  • 1 sudu teh serbuk hitam (atau 1 uncang teh)
  • 1 biji buah pelaga
  • 1/2 biji Lemon (atau 1 biji limau kasturi pun boleh)
  • 2~3 keping daun pudina

Cara-cara Membuat Teh Halia O

  1. Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk & panaskan.
  2. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih & halia yang sudah ditumbuk dan kacaukan. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan gula untuk tambahkan rasa manis (atau skip step ini jika ingin gantikan dengan madu), kacaukan dan biarkan mendidih dengan api perlahan selama 2 minit (tutup periuk).
  4. Masukkan serbuk teh (atau 1 uncang teh), kacaukan dan didihkan dengan api perlahan selama 3 minit (tutup periuk).
  5. Tutupkan api, masukkan buah pelaga yang sudah dibelah dan biarkan sekejap (tutup periuk).
  6. Sementara itu, perahkan lemon atau limau kasturi ke dalam cawan.
  7. Kemudian, tapiskan air rebusan teh halia dan campurkan ke dalam cawan yang berisi jus lemon atau limau tadi.
  8. Masukan sedikit daun pudina untuk penambah rasa & aroma segar.
  9. Teh halia O sedia untuk di minum. Boleh diminum panas, sejuk mahupun berais.

Baca Juga >> Resepi Durian Crepe Homemade

Resepi Teh Halia Madu

Cara membuat teh halia madu sama dengan cara mudah membuat teh halia kosong atau teh halia O, cuma skipkan gula dalam step 3 di atas.

Setelah teh halia ditapis kedalam cawan, tambahkan 2 sudu madu atau mengikut kesesuaian citarasa untuk rasa manis semulajadi yang lebih sihat.

Teh halia madu juga boleh diminum bersama perahan lemon atau limau kasturi, tiada masalah.

Baca Juga >> Cara buat Telur Separuh Masak Paling Terhebat

Resepi Teh Halia Susu

Bahan-bahan Teh Halia Susu

  • 2 cawan air
  • 1/2″ halia – dipotong & ditumbuk
  • 1/2 cawan susu pekat atau 1/2 susu rendah lemak
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu teh (atau 1 uncang)
  • 2 sudu gula (jika guna susu rendah lemak)
  • 2 biji buah pelaga
  • Cara-cara membuat teh halia susu

Cara Membuat Teh Halia Susu

  1. Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk dan panaskan.
  2. Masukkan halia yang telah ditumbuk, kacaukan dan tunggu sehingga mendidih.
  3. Masukkan 2~3 sudu susu pekat (atau 1/2 cawan susu rendah lemak) mengikut anggaran kemanisan anda dan 1/2 cawan susu cair. Kacaukan dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan 1 sudu teh hitam (atau 1 uncang teh), kacaukan dan biarkan mendidih dengan api perlahan selama 5 minit.
  5. Masukkan buah pelaga, kacaukan dan biarkan mendidih selama 2 minit lagi.
  6. Setelah 2 minit, tutupkan api dan tapiskan air rebusan telh halia susu ke dalam teko atau bekas air.
  7. Teh halis susu sia untuk diminum. Atau anda boleh tarik teh halia susu sehingga berbuih halus untuk lebih rasa ummphh.

Nota: Anda boleh adjust kepekatan atau rasa teh halia susu dengan mengubah atau menambah sukatan penggunaan susu & gula mengikut citarasa anda.

Baca Juga >> Resepi Kek Batik Melting

Video Cara-cara buat Teh Halia O & Teh Halia Susu

Kandungan Nutrisi Halia

Sepotong halia (100gram) kaya dengan kandungan nutrisi vitamin & mineral seperti:

  • Vitamin C – 5mg
  • Vitamn B3 (Niacin) – 0.8mg
  • Vitamin B5 – 0.2mg
  • Vitamin B6 – 0.2mg
  • Vitamin B9 (Folat) – 11mcg
  • Choline – 28.8mg
  • Vitamin E – 0.3mg
  • Vitamin K – 0.1mcg
  • Kalsium – 16mg
  • Potassium – 415mg
  • Magnesium – 43mg
  • Fosforus – 34mg
  • Sodium – 13mg
  • Zinc – 0.3mg
  • Mangan – 0.2mg
  • Selenium – 0.7 mcg
  • Asid lemak omega 3 – 34mg
  • Asid lemak omega 6 – 120mg
  • Fitosterol – 15mg
  • Asid amino lengkap

Baca Juga >> 11 Makanan Baik Untuk Jantung

Sumber Data Nutrisi Halia : MyFoodData/Ginger

Kebaikan & Khasiat Teh Halia

  1. Teh halia baik untuk membantu mengurangkan masalah sistem penghadaman seperti masalah angin yang disebabkan oleh gastrik, pedih ulu hati, loya, pening atau kurang selera makan.
  2. Teh halia juga baik untuk mengurangkan rasa mabuk & ketidakselesaan ketika menaiki kenderaan dalam perjalanan yang jauh
  3. Kandungan enzim gingerol yang khusus dalam halia bersifat anti-radang atau anti-inflamasi yang boleh membantu mengurangkan keradangan otot dan sakit-sakit sendi.
  4. Halia juga tinggi kandungan antioksidan yang boleh membantu meningkatkan sistem imun tubuh bagi mengelakkan jangkitan virus dan bakteria serta berupaya memberi ketenangan kepada fikiran; baik untuk mengatasi stress.
Facebook Comments:
Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama

Recent Posts

  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago