Resepi Kek Batik Melting

Kek batik ni kegemaran anak-anak. Kalau buat, pasti tak sampai sehari habis. Mama ok je buat sebab bahan-bahannya mudah nak dapat dan senang nak buat.

Kosnya pun tak mahal sangat. Kalau beli, sikit je dapat. Tak puas makan.

Since takut resepi hilang dan mudah nak refer, saya abadikan la dalam blog ni. Orang lain pun dapat belajar jugak rahsianya nak dapat kek batik yang lembut.

Gambar kredit : Tuan Adriana Arissa

Resepi Kek Batik Melting versi Biskut Lembut macam kek

Bahan Kek Batik

  • 600 g biskut marie (patah-patahkan)
  • 200 g mentega (guna anchor)
  • 1 cawan milo (saya guna chocomalt tesco lagi sedap)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko (saya guna Van Houten)
  • 1/2 cawan air masak (ini rahsianya!)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil Esen vanila

Bahan-bahan Topping@Ganache

  • 100g milk compound
  • 100g dark compound (guna beryls)
  • 200ml whipping cream (guna anchor)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar golden syrup (optional – untuk bagi berkilat)
  • 1 sudu besar hazelnut paste (tips nak bagi choc sedap mcm cadbury) – resepi asal 1 sudu kecil aje
  • Secubit garam (saya tambah untuk bagi ganache rasa lemak-lemak)
  • 5 titik vanilla compound (optional – saya tambah)

Double boil semua bahan topping. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.

  1. Cairkan mentega. Guna api kecik je ye. kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
  2. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat-cepat takut berketul.
  3. Kemudian masukkan telur, kacau dulu bagi rata dan baru masukkan air. Kacau sebati biar sekata.
  4. Akhir sekali masukkan biskut. Kacau rata bagi semua biskut bersalut coklat.  Boleh tutup api.
  5. Terus masukkan semua ke dalam loyang saiz 10inci (alas plastik bagi biskut tak melekat dan senang tarik keluar) dan tekan2 padat.
  6. Tuang choc ganache melting dan simpan chiller selama 4jam atau lebih sebelum di potong.
  7. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi kek lembut sebelum senang untuk dipotong.

Tips nak bagi potongan cantik. Pisau yang nak guna utk potong kek batik hendaklah dicelup air panas atau lap dengan tisu setiap kali nak potong. Barulah potongan cantik dan kemas. Tak comot. Nak makan pun sedap je kan

Silakan share dan berniaga dengan resepi ni. InsyaAllah customer akan suka, manis pon just sweet.

Baca Juga :  Kelebihan Isteri Masak Untuk Suami Dan Anak-anak Di Rumah

Tak minta banyak, doakan semoga kami dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan agar dapat membesarkan anak-anak dgn sempurna. Amin

Facebook Comments:
Resipi Kek Batik Melting Versi Biskut Lembut Macam Kek

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.