Semua orang berisiko untuk mendapat osteoporosis. Namun, risiko osteoporosis adalah lebih besar untuk 9 golongan yang saya nyatakan seperti di bawah ini.

Baca juga : Cegah Osteoporosis Sebelum Terlewat
Ia adalah fakta yang menakutkan tentang osteoporisis kepada wanita.

#1 : mempunyai sejarah keluarga yang mengidap osteoporosis

Anda mungkin mempunyai ahli keluarga atau saudara mara yang mengalami kelengkungan tulang belakang (juga dikenali sebagai “bongkok janda”), kehilangan ketinggian (makin tua makin rendah), mengalami keretakan tulang atau sakit belakang yang kronik

#2 : Bergantung pada ubat-ubatan dalam tempoh masa yang panjang

Penggunaan ubat-ubatan yang terlalu lama mungkin menyebabkan kemerosotan tulang kerana kemungkinan besar ubat-ubat itu mengganggu penyerapan kalsium yang anda ambil.

Contoh ubat :

  • Kortikosteroid : sejenis steroid. biasanya untuk merawat arthritis dan astma. steroid memang diketahui boleh mengganggu penyerapan kalsium dalam usus dan meningkatkan kehilangan kalsium melalui air kencing
  • Hormon tiroid untuk merawat tiroid yang kurang aktif iaitu hipotiroidisme
  • Antasid (mengandungi aluminium)
  • Penggunaan diuretik yang akan menyebabkan buah pinggang mengumuhkan lebih banyak kalsium
  • Drug anti kejang dan anti sawan

#3 : Menghidapi penyakit kronik yang menjejaskan penghadaman, buah pinggang dan hepar

#4 : Menghidapi gangguan makan seperti anoreksia dan bulimia dikalangan wanita muda

Ia boleh menyebabkan menopaus pramasa yang seterusnya akan menyebabkan kehilangan berat badan dan menggangu keseimbangan kalsium dan estrogen dalam tubuh wanita tersebut. Seterusnya boleh membawa kepada kehilangan kepadatan tulang.

#5 : Olahragawan berketahanan dikalangan wanita muda

Atlet profesional, penari balet dan ahli gimnastik yang melakukan senaman secara berlebihan boleh merangsang Amenorea (ketiadaan haid selama 6 bulan).

Kemuncak dalam kepadatan tulang bagi wanita adalah pada umur 35 tahun. Jika dalam tempoh itu, wanita tersebut tidak didatangi haid, akan berlaku kehilangan dalam paras hormon estrogen. Maka, kekuatan dan kepadatan tulang tidak akan dapat dicapai secara maksimum.

#6 : Wanita yang telah menjalani histerektomi (pembuangan rahim) atau ooforektomi (pembuangan ovari)

#7 : Wanita yang sebelum itu mengalami mudah patah tulang walaupun daripada kecederaan-kecederaan  yang kecil, terutama sekali sebelum bermulanya menopaus

#8 : Umur yang sudah lanjut

Lelaki atau wanita yang berumur lebih 65 tahun. Lagi tua usia anda, lagi tinggi risiko untuk anda mendapat osteoporosis.

Baca Juga :  11 Makanan Untuk Cuci Paru-paru Supaya Bebas Dari Toksin Dan Penyakit

#9 : Terdedah kepada sinaran atau kemoterapi dalam masa yang panjang.

Jadi, itu adalah 9 golongan yang terdedah dan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoporosis. Adakah anda termasuk dalam golongan itu. Baik anda mulakan dengan mengambil kalsium secara konsisten.

Baca juga : Apa Itu Osteoporosis dan Mengapa Ia lebih Mudah Menyerang Wanita?

Paling mudah, berkesan dan selamat?

Saya pilih ostematrix shaklee. diformulasi dalam bentuk tablet mudah telan. takde rasa. sangat sesuai untuk anda yang tidak suka minum susu. Tapi, saya ambil ostematrix ni, bukan bermakna saya tak minum susu tau. susu is my feberet.

Ingin cuba Ostematrix?

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof

Klik Direct Link Whatsapp:

019 – 477 1733

Shaklee ID
866451

Facebook Comments:
Risiko Osteoporosis Lebih Besar Untuk 9 Golongan Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.