Setiap isi rumah sudah semestinya mempunyai sabun atau detergen serbuk pencuci pakaian. Malah terdapat pelbagai jenis dan jenama yang biasa terdapat di dalam pasaran daripada harga yang murah sehinggalah yang paling mahal. Sebahagiana atau sesetengahnya mengandungi bahan yang tidak berbahaya di dalamnya jika terkena pada kulit, mata ataupun tertelan berbanding yang lainnya.
Tetapi AWAS! sebahagiannya lagi mungkin pula mengandungi bahan-bahan berbahaya di dalamnya. Bahan aktif ini boleh menyebabkan pelbagai kesan negatif jangkapanjang kepada tubuh dan kesihatan, malah juga mungkin kepada alam sekitar. Antara kandungan bahan-bahan aktif berbahaya itu adalah…
Antara bahan aktif yang mungkin berbahaya tersebut adalah seperti:
Sejumlah 5.9 juta pembelian serbuk pencuci kain dilaporkan setiap tahun di Malaysia. Dari rekod pembelian ini, tidak kurang 6 juta liter bahan pencuci sintetik akan dilepaskan ke sungai-sungai. Disebabkan pencuci sintetik seperti Benzyl Alkyl Sulfonate (BAS) sukar dilupuskan dalam alam sekitar, maka penggumpulan bahan tersebut akan berlaku.
Pencuci sintetik didapati boleh membunuh kehidupan akuatik pada kepekatan yang kecil di samping menyebabkan pencemaran alam sekitar. Menurut satu penyelidikan, pendedahan selama 6 jam sahaja sudah cukup untuk membunuh 70% hidupan akuatik. Kemusnahan sepenuhnya kehidupan akuatik akan menjejaskan ekosistem lain yang tergantung kepadanya sebagai sumber makanan.
Selain daripada itu pencuci sintetik juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel. Sekiranya ini terjadi maka kemungkinan sel-sel mutan ini berkembang dengan cepat untuk menghasilkan kanser.
Atas kesedaran inilah, maka kita sepatutnya mengambil keputusan untuk mengelakkan bahan pencuci sintetik yang tidak mudah lupus dalam alam sekitar dan menggantikannya kepada bahan pencuci semulajadi yang mudah terurai dalam alam sekitar.
Masalah utama kita sebagai pengguna adalah kebanyakan pencuci di pasaran sekarang tidak melabelkan kandungan bahan pencuci dan ini menyukarkan kita untuk memastikan sama ada pencuci tersebut sabun asli atau pencuci sintetik.
Di sini terdapat satu ujian mudah yang boleh digunapakai untuk mengenalpasti pencuci sama ada sesuatu pencuci itu asli atau sintetik:
Walau bagaimanapun dengan membuat ujian ini kita tidaklah dapat kepastian secara 100% kerana kita masih tidak lagi dapat mengetahui kandungan surfaktan (bahan pencuci permukaan) yang terdapat dalam pencuci tersebut.
Anda dapat bayangkan keseronokan apabila hasil cucian bersih dan berbau harum? Rasai kepuasan yang lebih mendalam dengan pencuci fabrik Fresh Laundry. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.
Tahukah Anda?
Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit. Ia merupakan punca utama berlakunya tindak balas alahan kepada manusia. Salah satu daripada bahan perengsa tersebut adalah Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate. Ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.
Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.
Kita sepatutnya memilih sabun asli yang jauh lebih mudah terbiodegradasi dan dilupuskan ke dalam alam sekitar. Kita juga harus mengambil berat dan lebih prihatin tentang keburukan pencuci sintetik ke atas kesihatan kita, anak-anak kita, orang disekeliling kita dan juga kepada alam sekitar.
Beralihlah kepada sabun cuci pakaian yang paling bagus demi kesejahteraan diri dan alam sekitar. Dapatkannya sekarang!
“Rumah kita sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk diri dan keluarga kita. Rumahku Syurgaku.”
– Atau Hubungi –
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More