1 2
Ibu Menyusu

Saiz perut bayi baru lahir sehingga umur 1 bulan

Ibu-ibu sering tertanya-tanya bagaimanakah saiz perut bayi mereka yang baru lahir dan beberapa hari selepas itu sehingga lah menjangkau umur 1 bulan. Lihat gambar dibawah.

saiz perut bayi dan keperluan susu ibu

Pada hari pertama kelahiran bayi anda, perut bayi hanya sebesar buah ceri. Kecil sangat. Jumlah susu yang diperlukan hanyalah 5-7ml sahaja. Sebih kurang 1 sudu kecil. Jadi, pada hari pertama kelahiran, jika anda rasa susu tak berapa nak ada, jangan risau ya. Pada awal-awal kelahiran, susu kolostrum yang berwarna keemas-emasan(atau kekuningan) yang akan terhasil. Memang sedikit tetapi ia sangat-sangat penting untuk bayi anda. Jangan dibazirkan tau.

Kemudian, seiring dengan pembesaran perut bayi pada hari ke tiga, pengeluaran susu dengan rangsangan yang konsisten akan bertambah sedikit demi sedikit. Pada hari ke-3, perut bayi anda sebesar kacang walnut. Masih kecil. Susu yang diperlukan adalah sekitar 1oz sahaja. Jangan beri lebih-lebih ya. Kadang kadang mereka kerap menangis bukan kerana lapar. Tapi kerana ingin di peluk dan dibelai. Apabila anda dakap mereka, mesti mereka akan tidur :))))

Selepas seminggu, perut bayi adalah sebesar apricot. Pernah tengok aprikot tak? Kalau tak pernah jangan risau. Owh sedapnya aprikot. Kalau tak pernah tengok, anggaran susu yang perlu bayi anda minum adalah dalam 1.5 – 2 oz.

Kemudian, selepas 1 bulan, saiz perut bayi anda sebesar telur. Ahaa.. Kecikkk aje. Takde la besar mana pun telur. Anggaran susu yang perlu di beri adalah dalam 2.5 – 5 oz.

Tapi, saya menyusu bayi. Bagaimana yaaa?? Kita tak nampak berapa banyak yang bayi kita minum.

Jika anda menyusu bayi, seperti saya, jangan risau ya. Kerapkan menyusu bayi sekerap mungkin. Jika bayi anda tidur dengan nyenyak, tidak meragam dan melepaskan sendiri puting, itu tandanya mereka kenyang dan susu anda cukup buat mereka.

Jangan terlalu risau. Anda akan merasakan sendiri pengalaman tu. dan lama-lama anda akan belajar mengenalpasti keperluan si manja anda. Instict seorang ibu, tak pernah silap. InsyaAllah. Itu kelebihan yang Allah beri kepada kita sebagai ibu yang menyusu bayi.

Jadi, kepada semua ibu baru.. Semoga bermanfaat. Jangan risau susu tak berapa ada pada 3 hari pertama. Susu anda cukup buat si manja. InsyaAllah.

Jemput baca juga AMALAN DAN PETUA TAMBAH SUSU BADAN DENGAN CEPAT yang anda patut tahu.

Facebook Comments:
Saiz perut bayi baru lahir sehingga umur 1 bulan

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago