1 2
Ibu Mengandung

Sakit Belakang Ketika Hamil: Punca Dan Rawatan Alternatifnya

Bercakap pasal sakit belakang ketika hamil atau selepas melahirkan bayi, rasa lenguh-lenguh badan dan sakit tangan disebabkan menyusukan anak kecil sepanjang hari dan sepanjang malam…

Emm saya rasa, hampir setiap ibu mengalami masalah yang sama. Betul kan?. Suatu masa dulu, saya juga mengalami masalah yang lebih kurang sama. So, memang faham sangatlah macamana perasaan ibu-ibu sebegini.

Pernah tak alami:

  • Selepas berbaring kerana menyusukan anak dan apabila bangun terasa kebas-kebas tangan?
  • Baring-baring tidurkan anak, bila nak bangun pinggang sakit?
  • Tidur malam sering terjaga kerana menyusukan si kecil, apabila bangun pagi rasa sakit-sakit badan?

Apa sebab agaknya ye?

Sakit Belakang Ketika Hamil

Jika anda juga seorang ibu yang mengalami masalah yang sama seperti kami, teruskan pembacaan anda dan wajib tonton video di bawah.

Saya lampirkan satu kisah testimoni bagaimana seorang ibu mengandung, berpantang dan menyusukan anak mengalami masalah yang agak kritikal tentang permasalahan di atas.

Mana tahu kalau-kalau ia mampu menyelesaikan masalah sakit tulang belakang dan lenguh-lenguh badan anda juga.

Apa yang seorang ibu ni buat sampai beliau mengalami masalah sakit-sakit badan, sakit tangan dan sakit belakang?

Lebih teruk lagi , kesannya turut melarat kepada anaknya sendiri yang menyusu badan.

Apa yang terjadi kepada si anak sebenarnya? Jom kita review video di bawah! jangan ngelat, tengok sampai abis ye…

Berdasarkan video Shaklee Effect di atas, kita tahu si ibu mengalami beberapa masalah kronik seperti sakit punggung ketika duduk, sakit belakang ketika membongkok dan kebas-kebas tangan selepas baring menyusukan anak.

Si anak pula, walaupun belum boleh makan makanan solid, dah mula kena tanda kerosakan gigi (tooth decay) atau gigi mudah rosak.

Sempat tangkap apa puncanya? Ya, si ibu ada menyatakan bahawa punca beliau mengalami sakit belakang adalah disebabkan masalah kekurangan kalsium yang amat kritikal.

Seorang ibu yang informatif; tahu tentang perubahan fisiologi diri sendiri serta anaknya dan juga tahu apa punca masalahnya – seorang ibu yang cekap dan bagus.

Lebih hebat lagi, si ibu bijak memilih untuk menggunakan produk Shaklee. Tahniah!

OK, permasalahan ibu di atas dah selesai, macamana dengan kita? Bagaimana kita nak tahu yang kita juga mungkin mengalami masalah yang sama?

Disamping permasalahan yang dinyatakan, perhatikan juga simptom-simptom lain seperti di bawah.

Jika anda atau anak anda mengalaminya, mungkin ya dan saya rasa kita memang juga patut perlukan kalsium dengan pantas.

Simptom Sakit Belakang Ketika Hamil dan Kekurangan Kalsium

#1 – Masalah Ibu

  • Mudah kejang otot atau masalah semut-semut
  • Insomnia atau masalah sukar untuk tidur
  • Usus lemah dan sering mengalami sembelit
  • Mengalami sakit pinggang dan juga kaki
  • Emosi tidak stabil seperti mudah marah dan terkejut
  • Luka lambat sembuh atau pendarahan pada luka yang lambat terhenti
  • Sakit sendi
  • Kadar metabolisma menjadi rendah
  • Berisiko menghidap penyakit tekanan darah tinggi atau penyakit jantung
  • Tidak bermaya dan sering keletihan
  • Rambut gugur (masalah wanita selepas bersalin)

#2 – Masalah Anak

  • Kurang selera makan dan memilih dalam pemakanannya
  • Sering terkejut dan menangis malam
  • Gigi lambat tumbuh (selepas 10 bulan)
  • Terlalu aktif (hyperaktif)
  • Kaki bengkok
  • Mula berjalan lambat (selepas 13 bulan)
  • Tidak tinggi dan badan yang lemah
  • Kerap berpeluh ketika tidur
  • Tidur sering tidak lena

Cara Mengatasi Sakit Belakang Ketika Hamil Secara Nutrisi

Saya turut rasa bertuah kerana saya dah ambil kalsium shaklee sejak hampir 4 tahun lepas lagi.

Alhamdulillah tiada lagi masalah sakit tulang belakang, sakit-sakit badan, sembelit ketika mengandung, tidur lebih lena, bangun pagi pun mudah. Nak pakai ‘high heels’ pun takde masalah sakit tumit.

Anda bagaimana!? Tambahkan kekuatan struktur tubuh anda dengan OsteMatrix Shaklee.

Untuk info lanjut dan konsultasi eksklusif, sila hubungi saya dengan segera.

Hidup lebih sihat dengan OsteMatrix. Elakkan dari mengalami osteoporosis sebelum tiba masanya.

Order-Now

– Atau hubungi –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Sakit Belakang Ketika Hamil: Punca Dan Rawatan Alternatifnya

View Comments

  • ibu menyusu memang alami kekurangan kalsium jika tak topup dengan susu atau pil kalsium. Terima kasih atas info.

    • Ye betul tu Ida. Percaya atau tidak, menurut kajian, ibu mengandung akan kehilangan 3% hingga 5% jisim tulang semasa mengandung dan menyusukan bayi. Jadi, tambahan kalsium dalam diet atau suplemen adalah amat penting.

  • Sakit belakang masa hamil memang seksa..nak berjalan pun sakit..dah mcm penguin je rasa..huhuuhu

    Mengapa Masih Sakit Belakang Selepas Bersalin?

    • Kann... sakitnya memang amat terasa. Alhamduillah, sejak mula kenal Ostematrix dapat la kurangkan sikit masalah sakit belakang ni, especially masa mengandung.

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago