Pembedahan caesarean termasuk dalam kategori pembedahan major. Tiada ibu yang mahu bersalin secara pembedahan kecuali kerana terpaksa.
Jika bersalin secara normal, kesakitan yang ibu tanggung hanyalah pada ketika proses melahirkan bayi.
Tetapi bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan, kemungkinan besar mereka melalui kedua-dua situasi iaitu sakit ketika hendak melahirkan dan sakit yang perlu ditanggung selepas bersalin.
Jika anda diantara ibu-ibu yang bakal atau telah melalui proses bersalin secara pembedahan, ketahui bagaimanakah caranya untuk anda atasi luka pembedahan bersalin dengan cepat dan selamat.
Agaknya, bagaimanakah keadaan fizikal ibu yang bersalin secara pembedahan? Hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang tahu dan faham.
Ramai ibu yang bersalin secara pembedahan memberi maklumbalas seperti dibawah :
Maka, bantuan daripada orang sekeliling terutamanya suami sangat diperlukan dalam membantu ibu menempuhi fasa berpantang ini.
Emosi ibu yang sakit perlu dijaga agar ibu tidak stress dan lebih tenang bagi mengelakkan berlakunya tekanan perasaan.
Doktor biasanya memberikan ibu ubat bagi menghilangkan kesakitan untuk beberapa jam selepas pembedahan.
Dosnya boleh dikawal oleh ibu sendiri, yang dipanggil anestetik dikawal pesakit (patient-controlled anaesthetic – PCA).
Ubat ini mungkin ditawarkan kepada ibu sepanjang proses pemulihan bagi membantu ibu bergerak dengan mudah terutama untuk menyusu dan menjaga bayi.
Namun, apa yang ibu perlu tahu adalah ia mungkin mempunyai kesan sampingan seperti ibu akan mengalami sakit pinggang atau puting payudara tanpa disedari.
Jangan terkejut dan marah jika doktor atau jururawat meminta ibu untuk bergerak dengan turun daripada katil. Walaupun sukar, cubalah untuk bergerak.
Pastikan ibu turun dari katil sebelum 24 jam dan bergerak secepat mungkin selepas kelahiran bayi.
Lebih cepat ibu bergerak, lebih baik untuk proses pemulihan dan melancarkan peredaran darah. Selepas berjaya melakukan pergerakan kali pertama, pergerakan kali ke-2 dan seterusnya pasti akan menjadi lebih mudah.
Pakai pakaian dari jenis kain kapas dan labuh. Pakai seluar dalam dengan satu saiz lebih besar.
Jika tiada seluar dalam yang sesuai, ibu mungkin boleh meminjam seluar dalam suami buat sementara waktu.
Cuci dan keringkan luka dengan berhati-hati setiap hari terutama selepas mandi dengan menggunakan tuala yang bersih.
Ketika mandi, elakkan menggosok tempat luka secara menggeser. Elakkan menyentuh kawasan bekas luka jahitan.
Makan dan minum apabila berasa lapar atau dahaga. Ambil minuman secukupnya dan makan makanan yang kaya serat dan protein.
Dapatkan bantuan suplemen untuk mengelakkan sembelit, membuang angin yang terperangkap dalam perut, membantu memulihkan luka dalaman dan luaran dengan cepat, dan memastikan ibu mempunyai tenaga berterusan untuk menguruskan bayi dan diri sendiri.
Sebut tentang suplemen tambahan, saya ingin berkongsi dengan anda kisah seorang ibu yang juga menjalani proses kelahiran secara pembedahan untuk kedua-dua anak beliau.
Apa yang ibu ini rasakan semasa berpantangkan anak kedua apabila mengambil vivix sebagai tambahan kepada Set Berpantang Shaklee sedia ada apabila setelah 40 hari luka pembedahan masih tidak kering.
Jom kita tonton kisah dalam video ini.
Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan juga konsultasi eksklusif khas untuk anda.
– Eksklusif hanya di Yourfabulousmama.Net –
Duit boleh dicari, tetapi kesihatan itu lebih “MAHAL” harganya.
– HUBUNGI –
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More