Assalamualaikum,
Hai semua. Semoga sihat dan dalam rahmat Allah sentiasa. Pagi ni Allah gerakkan hati ni untuk share sedikit pasal sedekah subuh, antara cara kita boleh menjemput rezeki. Insya Allah.
Sedekah subuh termasuk dalam sedekah terbaik. Kata Rasulullah, setiap Subuh Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda.
“Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari”.
Ada 2 pilihan yang kita boleh lakukan.
Yang pertama adalah dengan menyediakan satu tabung di rumah. Setiap kali selepas habis solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung.
Yang kedua adalah dengan membuat sedekah subuh secara online. Ada banyak pilihan. Tapi hari ni saya sharekan dimana saya selalu berikan sedekah online ni.
Ada banyak pilihan sumbangan yang kita boleh lakukan di sana. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan jenis sumbangan yang anda ingin berikan.
Untuk Sedekah Subuh, boleh pilih MySEDEKAH
Selepas selesai masukkan duit ke dalam tabung atau melakukan sedekah online, berdoalah. Mintalah apa yang anda mahu minta secara terperinci untuk dunia dan akhirat.
“YA ALLAH, DENGAN SEDEKAH INI AKU MOHON SAMPAIKAN PAHALANYA UNTUK KEDUA ORANG TUAKU”
“YA ALLAH, DENGAN BERKAH SEDEKAH INI MUDAHKANLAH PEKERJAAN/URUSAN BISNES KU”
“YA ALLAH, DENGAN BERKAH SEDEKAH INI TENANGKAN HATI DAN JIWAKU SUPAYA TIDAK DOWN DAN TIDAK EMOSI LAGI”
“YA ALLAH, DENGAN BERKAH SEDEKAH INI HILANGKAN RASA MALAS YANG ADA DALAM DIRIKU”
Ni antara contoh-contoh doa. Pohonlah doa dari hati. Moga Allah makbulkan.
Waktu mustajab adalah selepas solat subuh dan sebelum masuknya waktu syuruk. Maka segerakanlah.
Jika anda membuat tabung, rutinkan setiap hari sehingga 30@40 hari. Setelah sampai masanya, agihkan sedekah yang dikumpul kepada mana-mana tempat yang anda rasa sesuai seperti anak yatim, surau, masjid, atau mana-mana sahaja yang anda rasakan perlu.
Biasakan diri untuk amalkan sedekah subuh hatta RM1. Kerana walau hanya RM1 tapi jika dilakukan secara istiqomah, disitu ada doa malaikat. Doa malaikan mustajab di sisi Allah. Insya Allah. Wallahualam.
Jika anda rasa bermanfaat, share lah link ni kepada orang-orang yang anda sayang. terima kasih.
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More