1 2

Sering Sakit Kepala Belakang Leher? Ini Penyelesaiannya

Seorang rakan saya sering mengeluh dan mengadu sakit kepala belakang leher. Sebelum ini katanya tidak biasa alami masalah tersebut. Adakah anda pun pernah rasa begitu?

Kebiasaannya, apabila rasa sakit kepala kita akan terus mengambil ubat sama ada yang dah lama kita simpan di dalam peti simpanan ubat atau baru sahaja kita beli di farmasi. Boleh, tiada masalah mengambil ubat, cuma tidak digalakkan diambil dengan terlalu kerap.

Kali ini saya nak kongsikan dengan anda tentang tips bagaimana nak atasi masalah sakit kepala belakang leher tanpa bergantung dengan ubat semata.

Masalah Sakit Kepala Belakang Leher Ringan

Owh.. berbalik kepada masalah rakan saya tadi. Setelah dia berkongsi cerita, baru saya sedar punca masalah utama kenapa dia kerap kena sakit kepala belakang leher ini.

Dia baru sahaja membeli smartphone. Al maklumlah handphone baru yang canggih ni kita perlukan masa untuk memahami penggunaannya, bila dah faham mula seronok dengan aplikasinya. So mula daripada situ, di mula sibuk dengan aktiviti chit chat media sosial atau bermain game.

Baring, duduk, berjalan hampir setiap kali diselitkan dengan memegang dan mata tertumpu kepada handphone. Senang cerita, tak lekang dek tangan.

Apabila terlalu kerap fokus kepada smartphone, pastinya kita sering terpaksa menunduk untuk melihat skrinnya. Akibatnya otot di bahagian belakang kepala terutamanya dekat leher mula menjadi tegang dan kaku. Jadi, ini mungkin punca utama mengapa terjadinya masalah sakit kepala dan belakang leher.

Cara mudah untuk menangani masalah sakit belakang kepala ringan seperti ini ialah dengan mendapatkan kerehatan atau kelegaan otot.

Berhenti, kurangkan masa bersama handphone seketika buat beberapa hari. Lakukan senaman leher, dapatkan urutan, sapuan minyak angin atau letakkan ais di belakang leher mampu mengatasi masalah ini.

Punca Masalah Sakit Kepala Belakang Leher

Selain itu, sakit kepala belakang leher juga petanda anda menghidapi stress dan kepenatan yang melampau. Cuba periksa adakah tekanan darah anda normal. Jika tidak, cuba elak diri dari berasa terlalu stress, bertenang dan mandi air suam. ia mampu memberikan ketenangan kepada tubuh anda.

Kadangkala, sakit kepala juga hadir sebagai simpton petanda kita menghidapi penyakit lain. Salah satunya adalah petanda anda menghidapi kolesterol tinggi.

Bagaimana ia terjadi? Apabila kadar kolesterol tinggi dalam darah, darah akan menjadi pekat dan kadar oksigen dalam darah akan berkurangan. Otot akan menjadi kaku dan tegang di tengkuk atau bahagian belakang leher.

Untuk kepastian, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan tekanan darah dan kadar kolesterol anda.

Cara Atasi Sakit Kepala Belakang Leher Tanpa Ubat

Aspirin, Paracetamol dan Ibuprofen antara kategori ubat painkiller yang biasa diambil untuk menangani masalah kesakitan seperti sakit kepala.

Namun pengambilannya memerlukan panduan dos yang tertentu daripada pakar kesihatan. Pengambilan dos berlebihan dan tanpa kawalan dalam masa yang panjang boleh membawa kesan negatif kepada individu.

Jika anda cuba untuk mengelak pengambilan ubat, anda juga boleh mencuba vitamin tertentu untuk mengatasi masalah sakit kepala dan belakang leher. Ia mudah didapati di farmasi.

Cuma pastikan ia semulajadi bukan sintetik, kandungan vitamin yang mencukupi tanpa bahan tambahan dan paling penting ia terbukti selamat dan bekesan melalui sokongan penyelidikan klinikal.

Vitamin Untuk Bantu Atasi Sakit Kepala & Belakang Leher

Selain ubat, pengambilan vitamin tertentu juga boleh membantu mengurangkan masalah sakit kepala dan belakang leher.

Antara  vitamin yang berkaitan dengan fungsi semulajadinya yang unik ialah:

#1 – Minyak Ikan : Mengandungi pelbagai khasiat asid lemak omega-3 dan berupaya membantu kelegaan sistem saraf, mengurangkan keradangan (inflamasi) dan menurunkan paras kolesterol jahat dalam badan.

#2 – Vitamin B complex : Mengandungi 8 vitamin B yang penting untuk menghasilkan sel-sel baru, penukaran makanan kepada tenaga, mempertingkatkan sistem imun dan membantu kestabilan  emosi.

#3 – Kalsium: Membantu memperbaiki sistem fungsi saraf, membantu mengawal paras tekanan darah dan mengelakkan kekejangan otot penyebab sakit belakang dan kejang kaki.

vitamin untuk atasi sakit kepala dan belakang leher

Macamana nak dapatkan vitamin untuk bantu atasi masalah sakit kepala dan belakang tengkuk anda? Dapatkan info lanjut dan konsultasi eksklusif daripada saya hari ini.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

Klik Direct Link Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID
866451

Facebook Comments:
Sering Sakit Kepala Belakang Leher? Ini Penyelesaiannya

View Comments

  • otot leher belakang yang tegang, prod apa utk ambil omega, ostematrix dan B complex..
    Tksh

    • Saya syorkan:
      1. OmegaGuard - untuk kawal masalah darah tinggi akibat kolestrol yang menyekat peredaran darah. Kekurangan darah ke otak antara punca sakit belakang kepala.
      2. B complex - untuk bantu atasi sakit kepala akibat stress dan juga bantu melancarkan peredaran darah.
      3. Ostematrix - untuk bantu kekuatan sendi dan tulang leher untuk atasi masalah mekanikal dan kemerosotan jisim tulang.

  • saya mengalami sakit tengkuk dan bahu..apakah supplement yang bole membantu untuk menghilangkan rasa sakit tersebut

    • Sakit tengkuk boleh disebabkan beberapa faktor seperti stress otot, ketegangan urat, gangguan aliran darah dan sebagainya. Bagi kes-kes biasa bagi sakit bahu dan tengkuk, ia boleh hilang (sembuh / lega) sendiri setelah beberapa ketika.

      Namun, jika masalah kian berpanjangan dan semakin serius, ia perlukan pemeriksaan dan nasihat doktor. Secara nutrisi suplemen seperti minyak ikan, kalsium dan b kompleks boleh membantu untuk penyelenggaraan kesihatan disamping diet pemakanan sihat seharian.

      Untuk konsultasi lanjut, puan Faizah boleh hubungi saya secara terus sama ada Call atau whatsapp di talian 019 - 477 1733. Penerangan mengenai suplemen dan penggunaan secara lebih detail akan diberikan.

    • Saya mghadapi sakit bahu n blkg kpla..rasa bdnyuy2 mbuatkn sy mcm hilang tumpuan..sllu rase letih dan mahu tido..slera mkn sya pom kurang..skrg sy jadi murung n kurang bkawan sb bhu sy trasa bdnyut(tidak normal) apa yg patut sy buat skrg..

      • Salam Puan Suziana. SAkit bahu dan belakan kepala boleh disebabkan oleh masalah ketegangan urat, otot dan tekanan darah tinggi. Saya cadangkan puan bertemu doktor untuk buat pemeriksaan tekanan darah dengan segera.

        Kemurungan atau masalah emosi biasanya disebabkan oleh ketidakstabilan hormon atau kesan kekurangan vitamin B di dalam badan.

        Dari segi nutrisi, saya cadangkan puan ambil suplemen:
        1. Kalsium untuk bantu mengurangkan ketegangan otot dan urat saraf penyebab sakit bahu dan belakang kepala
        2. Vitamin B untuk bantu atasi masalah kemurungan dan sakit kepala
        3. Minyak ikan untuk bantu menurunkan paras tekanan darah dan mencegah kolesterol tinggi.
        4.Polifenol untuk menyokong pembentukan sel baru dan memperbaiki tahap kesihatan tubuh secara menyeluruh.

        Jika puan berminat untuk dapatkan suplemen-suplemen di atas, sila hubungi kami di whatsapp link berikut: http://yourfabulousmama.wasap.my

        Terima kasih.

  • Saya sering sakit kepala.Dan masalah sakit bahu.kadang sampai menganggu keje harian Dan tido.apa supplement yg dpt Bantu utk hilangkan skit ni..

    • Sakit kepala beserta sakit bahu MUNGKIN disebabkan oleh faktor masalah berkaitan saraf, darah tinggi, komposisi tulang lemah, kolesterol tinggi atau sebagainya (rujuk pemerhatian doktor). Saya sarankan ambil B Complex, ostematrik (kalsium), omegaguard (minyak ikan) dan Vivix. Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & masalah cik farah, terus hubungi saya SMS | Call | Whatsapp ke 019 - 477 1733. Saya akan berikan konsultasi terbaik untuk anda.

  • Saya ada penyakit darah tinggi n jantung coronary. Masalah Saya sekarang ialah saya kerap sakit bhg tengkuk setelah dr tukar ubat darah tinggi kerana tekanan tak terkawal. Rasa sakit itu akan mulai terjadi waktu tengahari hingga terpaksa ambil ubat tahan sakit jika tidak sakitnya akan berlarutan. Suppliment apa yg bagus utk masalah saya ini. Terima kasih

    • Ketiga-tiga suplemen yang dinyatakan di atas sesuai untuk puan. Untuk sakit berkaitan jantung, elok juga ambil VIVIX untuk membantu kawal tekanan darah dengan lebih cepat. Untuk maklumat lanjut puan Rozana boleh hubungi atau Whatsapp saya di talian 019 - 477 1733. Insha Allah saya bantu puan dengan penyelesaian terbaik.

  • Salam,
    Saya mengalami sakit tenggkuk sebelah kanan terutama jika ada sesuatu perkara yang menyebabkan saya berfikir secara pantas. Ianya berlaku sudah hampir 2 bulan selepas saya pergi berurut di sebuah pusat urutan tradisonal. Saya tidak pasti adakah disebabkan berurut tersebut atau ada faktor-faktor lain yang menyebabkan ianya berlaku. Apa saranan product yang sesuai untuk saya amalkan. Sekian terima kasih. Jika tiada keberatan, boleh terus whatsapp saya di nombor 0162588323

    • Waalaikumsalam tuan Zainal. Terima kasih kerana bertanya, saya akan berhubung dgn tuan melalui WA ye...

  • Saya alami slipped disk L4 & L5 di mna area sblh kiri sy dr pinggang ke kaki lemah dan jari kaki x berfungsi..betis sy juga mula mengecil..apa yg perlu sy ambil ye..lepas tu.leher ke tengkuk kiri ke belikat kiri sy juga sakit...

    • Salam Puan Suhailah,

      Terima kasih atas info yang agak detail mengenai masalah slipped disc puan. Saya akan hubungi pun untuk konsultasi lanjut.

    • Mcmmana dgn slip disk puan?

  • As Salam, Nama saya Nazrilee, saya mengalami sakit leher belakang Dan kadang kadang sakit kepala juga,masa tidur pun sakit leher belakang tidak dapat tidur lena, selepas bangun dari tidur, sakit leher belakang tidak hilang, sudah Cuba banyak cara tapi kesakitan leher belakang tidak reda, saya tidak ada darah tinggi tapi kolesterol agak tinggi, saya Cuba tukar tilam bantal, dan jaga permakanan tapi sama saja, tapi bila terpaksa saya ambil penadol, sakit akan berkurangan, tak tahu Apa Punca nya. Harap boleh bantu

    • Waalaikumsalam Tuan Nazrilee. Jika tuan mengalami sakit belakang leher tetapi tidak berkaitan dengan masalah tekanan darah dan kolesterol tinggi, mungkin ia disebabkan oleh masalah ketegangan otot atau saraf pada leher. Atau mungkin juga pada tulang leher, tetapi biasanya disertai oleh rasa sakit.

      Tuan boleh berjumpa dengan pakar fisiologi untuk lakukan terapi atau urutan pada leher untuk melegakan otot dan masalah saraf. Mengambil panadol hanya membantu mengurangkan rasa sakit, jika dalam tempoh itu sakit leher hilang ia adalah akibat pemuliharaan dalaman diri tuan sendiri, bukan sebab panadol.

      Untuk pemakanan tambahan bagi membantu ketegangan dan kelegaan otot serta saraf, tuan boleh cuba minyak ikan, kalsium dan B-kompleks. Tuan boleh dapatkannya daripada kami dengan menghubungi kami di Direct Link Whatsapp berikut; http://yourfabulousmama.wasap.my/

      Kami akan berikan maklumat lanjut berserta konsultasi untuk tuan. Terima kasih.

Recent Posts

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

1 month ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

1 month ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

1 month ago
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh
  • Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More

2 months ago
Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan
  • Kesihatan

Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan

Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More

2 months ago
Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama
  • Resepi

Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama

Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More

2 months ago