Set Kehamilan Shaklee

Set Kehamilan Shaklee terbahagi kepada 2 :

  1. Trimester 1
  2. Trimester 2&3

Semua produk yang terkandung dalam Set Kehamilan Shaklee ini telah diuji selamat untuk wanita hamil dan dapat memenuhi keperluan nutrisi bagi wanita hamil.

Untuk manfaat yang optimum, dapatkan Set Lengkap Kehamilan Shaklee yang mengandungi 6 produk kesemuanya.

Siapa yang perlukan Set Kehamilan Shaklee :

  • wanita yang merancang untuk hamil
  • wanita yang sering keletihan
  • wanita yang mengalami masalah Hb rendah/anemia
  • wanita yang mengalami masalah tekanan darah rendah
  • wanita yang berasa pengambilan nutrisi dalam diet seharian tidak mencukupi
  • wanita yang sering stress
  • wanita yang mempunyai rahim yang lemah
  • wanita yang sering tidak sihat termasuklah sering demam, selsema dan batuk
  • wanita yang inginkan kesihatan yang lebih baik untuk dirinya dan bayi yang dikandung

Kepentingan Setiap Vitamin Dalam Set Kehamilan Shaklee

(1) Vita-Lea Iron Formula

Vita-Lea adalah gabungan multivitamin dan mineral (jadi tak perlu ambil obimin dah). Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi).

Ia wajib diambil jika ibu ada masalah mudah pitam, mudah pening ataupun mempunyai  masalah anemia/hb rendah. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin dan mineral amat penting semasa mengandung.

Mengandungi 200mcg folik asid untuk setiap biji vitalea yang penting untuk tumbesaran bayi bagi mengelakkan masalah spina bifida (kecacatan saraf).

(2) Vitamin B Compleks

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk folik asid (200mcg setiap biji). Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.

Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Folik asid perlu diambil 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung.  Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Ia bagus diteruskan untuk sepanjang tempoh kehamilan untuk kehamilan yang sihat.

Baca Juga :  7 Jenis Makanan Untuk Ibu Hamil Yang Sangat Penting Sepanjang Kehamilan

(3) SR Vita-C Plus

Vitamin C melindungi sel yang penting untuk pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan.Ia juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Jika gusi anda mudah berdarah, itu menunjukkan anda kekurangan vitamin C.

Ianya juga membantu dalam penghadaman zat nutrisi. Vitamin C juga meningkatkan sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?

Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

(4) OsteMatrix (calcium magnesium)

Ibu yang mengandung memerlukan kalsium sebanyak 1000mg-1300mg sehari. Kelebihan Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la.Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.

Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium.

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Kelebihan Ostematrix, ia tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.

Kalsium juga penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung. Ia juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

(5) ESP-Energizing Soy Protein

Protein sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh termasuk kuku, rambut dan kulit . Ia sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak.

Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.

ESP juga memberi ibu tenaga terutama bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.

Baca Juga :  Kaki Bengkak Semasa Mengandung : Biasa Atau Bahaya?

Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.

Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

utk trimester kedua, bolehlah mulakan pengambilan fish oil (biasanya kita ambil Neurogain). Dalam Shaklee pun ada fish oil, namanya Omega Guard.

(6) Omega Guard

Omegaguard adalah omega-3. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA dan EPA yang penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan dan melancarkan aliran darah.

 

Order

(1) Set Kehamilan Shaklee Trimester 1

  • Vitalea iron formula
  • SR Vita-C Plus
  • B Complex
  • Ostematrix
  • ESP – Energising Soy Protein

(1) Set Kehamilan Shaklee Trimester 2&3

  • Vitalea iron formula
  • SR Vita-C Plus
  • B Complex
  • Ostematrix
  • ESP – Energising Soy Protein
  • Omegaguard

Perlukan Bantuan?

Jika anda mempunyai masalah untuk membuat ORDER Set Kehamilan Shaklee secara online, boleh hubungi saya untuk bantuan lanjut.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

Klik Direct Link Whatsapp:

019 – 477 1733

Shaklee ID
866451

 

daftar ahli shaklee

Facebook Comments:
Set Kehamilan Shaklee : Untuk Manfaat Menyeluruh Ibu Dan Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.