Assalamualaikum,
Salam dari USA buat semua pembaca blog yourfabulousmama.net!
Kami ingin berkongsi dengan anda, pengalaman kami semasa mengikuti Shaklee Incentive Trip 2014. Ia merupakan siri travelog terpanjang dan terpaksa dibahagikan kepada beberapa siri pengembaraan bersama Shaklee.
Apa yang kami nak kongsikan dengan anda semua dalam entri ni adalah perjalanan kami pada hari pertama dari Kuala Lumpur ke Los Angeles.
Secara keseluruhannya, Biz Leader Shaklee yang berjaya melayakkan diri ke trip kali ini adalah seramai 300 orang. Disebabkan jumlah yang agak besar, maka kami di bahagikan kepada 3 kumpulan.
Setiap kumpulan menaiki penerbangan yang berbeza iaitu Singapore Airlines, Cathay Airlines dan China Airlines. Alhamdulillah, kali ni kami berjaya mendapat 3 tiket. So, dapatlah kami bawa Danish Haiqal sekali untuk turut serta.
Selepas Check-in, Dapat USD1350. Kami anggap duit poket untuk shopping nanti masa di US. Sebenarnya, duit ni merupakan Meal Allowance untuk beberapa kali.
Ada aktiviti di sana yang menyukarkan pihak Shaklee untuk kumpul semua Biz Leader untuk makan sekali. So, paling mudah adalah dengan memberi duit makan.
Tapi, berapa sangat la sebenarnya kos makan sendiri ni. Kami habiskan USD150 aje tau total untuk beberapa kali makan tu. Lagi USD1200, kami gunakan untuk shopping di outlet dan beberapa tempat persinggahan yang lain.
Perjalanan mengambil masa hampir 1 hari (dalam 20 jam lebih). Masa dekat dalam kapal terbang tu, rasa tak keruan.
Mana taknya. Dah tidur, bangun, tidur lagi, bangun… Masih belum sampai! Ada perasaan taubat la nak pergi USA lagi. Cukupla sekali.
Haha. Tapi sebenarnya, harapan untuk kesana lagi dan lagi sentiasa ada. Bukan senang nak ke sana kalau pergi sendiri. Nasib baik juga ada transit di Taipei.
Dapatlah kami menghilangkan rasa lelah duduk di dalam kapal terbang.
Apabila tiba di Los Angeles International Airport, kami kena beratur sangat panjang untuk melepasi kastam.
Pada ketika tu, rasa berdebar-debar. Takut kena tahan. Tapi alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan. Mungkin kerana bawa anak agaknya.
So, pegawai imigresen tak banyak soal sangat.
Setelah semuanya selesai, kami berangkat ke Hotel Hilton di Long Beach. Perjalanan dari LAX Airport ke Long Beach mengambil masa kira-kira 45 minit.
Walaupun ketika itu sudah larut malam, namun ketibaan kami disambut dengan penuh meriah oleh Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Victor Lim.
Kami sekeluarga dipakaikan kalungan bunga, ada sesi bergambar khas dengan Mr Victor dan dihidangkan dengan Welcoming Drink.
Kemudian, kami di bawa ke sebuah bilik untuk mengambil kunci bilik dan kelengkapan untuk keesokan harinya. Selepas itu, terus pergi ke bilik untuk berehat.
By the way, bagasi-bagasi kami semua diuruskan oleh Shaklee dari Airport sehingga ke Bilik. Kami bawa diri sahaja. Sampai bilik, bagasi telah tersedia. Satu ketenangan sebab tak perlu fikir pasal nak angkut bagasi ke hotel. Semua Shaklee uruskan. Heaven!
Alhamdulillah, perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Long Beach, California sangat lancar. Ini merupakan permulaan pengalaman yang pasti kami takkan boleh lupakan sampai bila-bila.
Pada keesokan harinya, kami akan ke SHAKLEE LIVE 2014, Event yang paling gemilang yang diadakan bagi meraikan semua Biz Leader Shaklee yang bertungkus-lumus berusaha demi mencapai impian mereka.
Kita sambung entri seterusnya ya. Tungguuuu 🙂
Sambungan Part 2 : Global Conference, Los Angeles Day 1
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More