Assalamualaikum,
Entri ini merupakan sambungan daripada entri sebelum ini :
[Baca Juga >> Shaklee Incentive Trip 2014 – Part 1 – Perjalanan Pergi]
Hari ini merupakan hari ke-2 kami di bumi Los Angeles. Pagi-pagi lagi kami dah kena bangun bersiap. Wake up call seawal 7 pagi memandangkan 1st General Session di Arena, Long Beach Convention Centre akan bermula seawal jam 8.45 pagi. Sarapan pula disediakan seawal 7.30 pagi.
Jika anda perasan, dalam entri sebelum ini saya ada nyatakan bahawa Biz Leader yang mengikuti trip kali ini adalah seramai 300 orang. Daripada jumlah itu, 200 orang adalah Muslim.
Kami sangat berterima kasih kepada pihak Shaklee Malaysia kerana telah berusaha menyediakan makanan halal untuk kami setiap hari, sepanjang masa kami berada di sini.
Ini termasuk dalam flight tau. Shaklee buat ground arrangement, khas untuk Biz Leader yang beragama Islam. Tahniah Shaklee!
Kami ke United States of Amerika bukan sekadar untuk melancong. Kami juga diterbangkan khas ke sini unuk menghadiri Shaklee Global Conference, satu event gilang gemilang Shaklee.
Selesai sarapan, jam 8.15am kami bergerak ke Arena dengan bas yang disediakan. Di sinilah berlangsungnya Global Conference Shaklee.
Apa reaksi pertama kami pada ketika itu? Kami rasa sangat teruja. Sebelum ini kami hanya menjejakkan diri di National Conference Shaklee(NC) di Malaysia. NC hanya dihadiri oleh leader-leaders dan SID dari seluruh Malaysia.
Kali ini Global Conference Shaklee dihadiri oleh Leaders dan SID dari merata ceruk. Dari Amerika sendiri, Kanada, China dan tidak ketinggalan dari Malaysia.
Paling kami tak dapat lupa, penghormatan yang pihak Shaklee berikan kepada kami. Kami diberikan ruang tempat duduk yang berhampiran dengan pentas utama. Kedudukan ini sebenarnya mewakili prestasi Shaklee sesebuah negara.
Dengan peningkatan sebanyak 300% sepanjang fiskal 2013/2014, tentu sahaja Shaklee Malaysia layak untuk mendapat ruang berhampiran pentas. Perasaan saya masa tu? Bangga sangat! Bawa nama Malaysia tu kan..
Untuk makluman anda, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak meletakkan syarat bahawa suplemen atau vitamin perlu dilakukan ujian klinikal.
Atas dasar prihatin dan rasa tanggungjawab, Shaklee telah membelanjakan USD250 juta setahun untuk melakukan ujian klinikal, ujian keselamatan dan ujian keberkesanan bahan.
Ini adalah langkah proaktif yang Shaklee lakukan untuk memastikan produk Shaklee sentiasa selamat dan sentiasa berkesan kepada sesiapa sahaja yang mengambil produk Shaklee.
Lengkap dengan pattern supaya syarikat lain tidak dapat menciplak produk Shaklee.
2 faktor inilah antara puluhan sebab mengapa kami setia dan tidak mahu berpaling kepada produk lain lagi.. Kami sangat yakin dengan produk Shaklee dan yakin bisnes Shaklee bukan sekadar bisnes bermusim.
Ia suatu bisnes berdaya saing, mampu bertahan lama, mampu pergi lebih jauh dan paling penting, ia dapat diwarisi oleh anak-anak kami nanti.
Mungkin anda tertanya-tanya. Mana anak kami Danish Haiqal tu. Kami tinggal dia dimana? haha. Untuk Global Conference, anak-anak dan ibu bapa tidak perlu menyertainya. Maka, mereka hanya tinggal di Hotel.
Eh.. kami tak tinggal dia sendirian ya. Ada baby sitter yang Shaklee upah khas untuk menjaga mereka.
Untungnya Danish, dia tiada masalah bahasa. Dari kecil memang kami ajar dia bertutur dalam bahasa inggeris. Macam-macam aktiviti yang disediakan. Siap bawa balik hasil kerja lagi ke bilik.
Hari yang sungguh mengujakan kami sebagai Pengedar Bebas Shaklee. Pada hari ini kami mendapat pengajaran baru yang sangat bernilai. Saya rasa saya patut kongsikan dengan anda.
Roger Barnett terkenal sebagai seorang multimilionaire. Mempunyai pelbagai syarikat besar yang terkemuka di dunia. Termasuklah Shaklee. Ramai mengetahui kejayaan beliau dengan Shaklee. Namun, tahukah anda, bagaimana beliau bermula?
Roger telah membuat kajian ke atas 25 buah Syarikat dari pelbagai bidang industri dengan tujuan ingin membeli dan mengusahakannya. Selepas dikaji, beliau membuat keputusan untuk membeli Shaklee.
Namun, pemilik asal Shaklee tidak mahu menjual Shaklee kepada beliau. Hal ini sedikit sebanyak membuatkan beliau berasa kecewa. Beliau cuba mencari alternatif syarikat lain yang sesuai.
Namun, tiada satu syarikat pun yang mampu menandingi Shaklee. Roget dapat rasakan Shaklee mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh.
Sekali lagi, Roger telah berjumpa dengan pemilik asal Shaklee dan menyatakan kesungguhan beliau untuk membeli Shaklee.
Melihat kepada kesungguhan Roger, akhirnya, pemilik asal Shaklee telah bersetuju untuk menjual Shaklee kepada Roger.
Roger Barnett menyatakan bahawa prinsip yang beliau pegang adalah mudah. Untuk mendapatkan sesuatu hasil yang terbaik, jangan takut untuk melabur.
Dengan itu, beliau telah membelanjakan sebanyak USD250 milion untuk menjalankan penyelidikan ke atas semua produk Shaklee.
Ini kerana, beliau mahukan hasil yang terbaik dan berkualiti tinggi untuk setiap produk yang Shaklee keluarkan.
Pengajaran : Sebelum kita menerima, kita mesti memberi terlebih dahulu.
Apakah tujuan sebenar kita berniaga? Kita perlu ada niat berniaga yang sebenarnya adalah untuk:
Jika kita mampu melakukan bisnes atas tujuan-tujuan ini, jangan terkejut apabila mahu atau tak mahu kita terpaksa menjadi kaya.
Antaranya kisah Amy & Christ Bailey ni.
Dahulunya, Amy dan Chris berbadan gempal. Apabila mengambil Shaklee, mereka telah berjaya menurunkan berat badan ke tahap yang lebih baik.
Ini adalah salah satu contoh, kita boleh bantu menyelesaikan masalah orang lain.
Roger Barnett juga berpesan. Untuk berjaya kita tidak perlu pun sampai hendak menakluk dunia. Cukuplah jika kita dapat menakluk 1% daripada kenalan kita.
Kalau ikutkan saya, 1% dari rakyat Malaysia pun cukup. Itu pun sudah terlebih hebat.
Jangan takut untuk memperkenalkan produk kita kepada orang ramai. Kalau kita tak usaha perkenalkan, bagaimana orang mahu membeli dari kita.
Itulah 4 nasihat dari Roger Barnett, kepada kami semua. Semoga anda mendapat motivasi dan inspirasi dari nasihat ini. Tak kiralah apa jua bidang perniagaan yang anda ceburi.
Secara overall, pada hari ini saya rasa sangat gembira. Rasa sangat bersemangat.
Al maklumlah, nama negara berulang kali disebut di pentas dunia. Asbab ini, rasa cinta kami kepada Shaklee semakin mendalam. Rasa semakin bersemangat untuk berkongsi kebaikan Shaklee kepada lebih ramai orang.
Juga rasa bersemangat untuk terus bantu biz partner kami untuk dapat sama lebih dari apa yang kami dapat. Kami takkan berputus asa demi mereka. Insya Allah.
Saya berhenti sehingga disini dahulu. Saya akan sambung lagi nanti di entri akan datang. Stay tune…
Sambungan Part 3 : Global Conference, Los Angeles Day 2
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More
View Comments
bestnya dapat pegi LA!!. wish list ni...
Alhamdulillah... Kalau tak kerana free & 5 star trip, agak payah juga nak sampai ke bumi USA. Lebih kurang 21 jam baru baru boleh jejak kaki ke sana, tidak termasuk masa transit.
Tapi Nik memang travelog tegar, sure no problem. In shaa Allah saya doakan Nik juga dapat sampai ke sana.