Assalamualaikum,
Hai semua. Ini adalah entri untuk Shaklee Incentive Trip 2014 Part 3. Ia adalah sambungan kepada entri sebelum ini :
[Baca Juga >> Shaklee Incentive Trip 2014 – Global Conference Day 1]
Hari ini merupakan hari ke-2 kami di bumi US. Juga hari ke-2 untuk Global Conference Shaklee. Seperti biasa, selepas sarapan kami hantar Danish ke bilik khas untuk jagaan kanak-kanak dan kemudiannya menaiki bas menuju ke Arena.
Hari ini ada kisah yang kami takkan lupakan. Selepas sesi pagi, kami berangkat pulang ke Hotel. Kena pulang tak boleh skip sebab perlu memikirkan Danish yang kami tinggalkan di Hotel.
Karang tak makan tengahari pula dia kan. So lepas ambil dia, kami ke tempat makan tengahari dan kemudian pulang ke bilik.
Punya la leka. Baru perasan dah terlewat. Bas pun dah berjalan meninggalkan kami.
So takpelah. Kami siap-siap, hantar Danish ke Baby Sitter semula dan kami ke lobi. Request Cab.
Mula-mula nak buat kerja gila jalan kaki. Tapi memikirkan kami ni kang sesat ke mana-mana, so kami ambil cab. Kejap je pun dalam few minutes.
Cab turunkan kami dekat area lain. So dapat la jalan-jalan tengok suasana sekeliling Arena ni. Alhamdulillah.. tu pun rezeki kan?
Saya juga ingin kongsikan dengan anda sebuah video ucapan dari Mr. Victor Lim, President Shaklee Malaysia.
Video ini dirakamkan di Arena, Long Beach Convention Centre. Walaupun backgroundnya agak bising, namun niat saya adalah untuk anda juga sama-sama merasai suasana meriahnya berada di sana.
Ambil feeling-feeling dulu. mana tahu suatu hari nanti, anda juga berada di situ. Insya Allah. Percaya sebelum berjaya.
Hari ni tiada apa sangat. Cuma dengar talk dan sharing dari Shaklee dan Leader2 dalam Shaklee. Sebarkan positive vibes gitu. Satu hari yang menyeronokkan. meremang bulu roma bila berada dalam Arena.
Walaupun Global Convention ni sebenarnya 4 hari. Namun kami hanya hadir untuk 3 hari sahaja. Iaitu hari pertama, kedua dan keempat. Hari ke-3 di khaskan untuk leader-leader dari US. Lebih kepada sesi workshop.
Selesai sudah sesi formal untuk delegasi Malaysia. Esok bermula lah sesi untuk berseronok pula. Untuk esok, kami akan dibawa ke Disneyland Los Angeles. Nanti saya kongsikan dengan anda ya.
Jumpa lagi di sesi seterusnya. Insya Allah
Sambungan Part 4 : Disneyland Los Angeles
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More