1 2
Travelog Shaklee Trip

Shaklee Incentive Trip 2014 – Part 4 – Disneyland Los Angeles

Assalamualaikum,

Ini entry khas Shaklee Incentive Trip 2014 Part 4. Ia merupakan sambungan kepada : Shaklee Incentive Trip 2014 Part 3 – Global Conference Day 2

Hari ini adalah hari yang juga istimewa bagi kami dimana kami dikejutkan dengan kehadiran daripada Mr. Roger Barnett yang hadir bersama anak beliau semasa sedang bersarapan pagi.

Beliau tiba di hotel lebih kurang pukul 8.30 pagi. Satu sesi ucapan di atur khas untuk delegasi Malaysia pada pagi itu. Di antara isi ucapan beliau kepada kami :

#1. Beliau mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa bangga kepada pencapaian semua leaders dari Malaysia yang telah berjaya membuat sales yang sangat-sangat diluar jangkaan  sepanjang fiskal 2013/2014. Kenaikan sebanyak 300%, adalah suatu angka yang memang sangat-sangat mengagumkan.

#2. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua leaders Malaysia kerana telah berusaha keras membantu lebih ramai orang di Malaysia dalam memperbaiki kesihatan ke satu tahap yang lebih baik

#3. Roger juga melahirkan rasa gembira kerana leader2 Malaysia tetap gigih berusaha membantu lebih ramai orang di Malaysia untuk meningkatkan taraf ekonomi dan meringankan beban kewangan mereka.

#4. Roger juga membuat pengumuman rasmi kepada kami bahawa Shaklee tidak cenderung untuk membantu mana-mana parti politik atau terlibat dengan mana-mana negara. Tidak kira dari segi kewangan atau bantuan material produk Shaklee sendiri. Shaklee hanya fokus kepada  untuk berusaha lebih gigih dalam menghasilkan produk yang bermutu tinggi dan akan sentiasa berusaha gigih untuk membuat penambahbaikan kepada setiap produk yang yang dihasilkan. Ia salah satu usaha Shaklee untuk membantu insan-insan di seluruh dunia bagi mendapat kesihatan yang lebih baik.

Shaklee Incentive Trip 2014
Ucapan dari CEO Shaklee Corporation, Mr Roger Barnett. Khas untuk delegasi Malaysia semasa sarapan di Hotel

 

Selepas selesai sesi bersama Mr Roger Barnett, kami beransur bergerak untuk menuju ke Disneyland. Jarak di antara Hilton Hotel dengan Disneyland Los Angeles lebih kurang 1 jam perjalanan. Ketika di dalam bas, tiket diedarkan kepada semua delegasi. Anda google lah berapa kos masuk untuk seorang.

First class layanan Shaklee ni. Tak payah fikir apa-apa. Bawa diri sahaja. Yang lain? Biar Shaklee yang fikir dan uruskan. Kami tak pernah terfikir mampu ke sini. Tapi Shaklee buatkan ianya tidak mustahil untuk kami gapai. Tak sia-sia kami daftar ahli (alah, modal daftar ahli rm69 aje pun). Dan tak sia-sia kami usaha gigih buat Shaklee betul-betul. Siap dapat bawa anak lagi. Ke sini, anak-anak yang paling seronok sebenarnya. Kita dah tua nia apa la sangat nak seronok lebih-lebih kan?

Shaklee Incentive Trip 2014
Tiket masuk setiap orang. The Happiest Place on Earth? Really?
Shaklee Incentive Trip 2014
Dekat pintu masuk Disneyland
Shaklee Incentive Trip 2014
Disney Character
Shaklee Incentive Trip 2014
Disney Character lagi
Shaklee Incentive Trip 2014
Mickey Mouse & Miney Mouse. Danish sukaaa sangat dapat tengok ni
Shaklee Incentive Trip 2014
Mickey dan Minney Mouse lagi
Shaklee Incentive Trip 2014
Castle. Boleh duduk depan tu dan berangan. hihi
Shaklee Incentive Trip 2014
Baby Care Centre

Di sini juga ada Baby Care Center tau. Khas untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi. Boleh masuk dalam ni dan menyusukan bayi dengan selesa. Cantik dan kemas tempatnya. Kami harap, Malaysia juga dapat sediakan lebih banyak tempat menyusu bayi yang selesa. Bukan sekadar buat ibarat melepaskan batuk di tangga aja. Please Support Breastfeeding!

Shaklee Incentive Trip 2014
Dalam Baby Care Centre
Shaklee Incentive Trip 2014
Penutup hari ~ Fireworks!

Setelah seharian di sini, acara yang paling ditunggu-tunggu adalah pertunjukan bunga api. Jika anda ke Disneyland, anda wajib tengok. Rugi besar kalau anda lepaskan peluang ni. Ini acara penutup untuk event sehari di Disneyland.

Pertunjukan bunga api ni selesai pada jam 10 malam. Esok kami ada acara semula di Arena. Esok juga hari istimewa buat kami dimana leaders Malaysia akan menerima award khas dari Shaklee Corporation. Eh.. setiap hari pun istimewa apa?

Oklah.. Jumpa lagi di entri seterusnya.

Sambungan Part 5 : Global Recognition – 4 Categories Award

Facebook Comments:
Shaklee Incentive Trip 2014 – Part 4 – Disneyland Los Angeles

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago