1 2
Travelog Shaklee Trip

Shaklee Incentive Trip 2014 – Part 5 – Global Recognition – 4 Categories Award

Assalamualaikum,

Ini entry khas Shaklee Incentive Trip 2014 Part 5 – Global Recognition – 4 Categories Award. Ia merupakan sambungan kepada : Shaklee Incentive Trip 2014 Part 4 – Disneyland Los Angeles

Hari ini hari ke-4 kami di bumi US. Selepas recharged di Disneyland seharian semalam, hari ini kami kembali ke Arena. Hari ini super special buat kami semua. Pada hari ini, kami akan diraikan di Pentas Shaklee untuk menerima Global Recognition berdasarkan pencapaian masing-masing. Dari pagi tak senang duduk tau!

Sementara menunggu majlis bermula, kami mengambil peluang untuk bergambar sebentar. Antara sebahagian wajah-wajah rakan seperjuangan Shaklee.

shaklee incentive trip 2014
Bersama teammate #iReach
shaklee incentive trip 2014
Para suami. Kenapa 4 jari? Kena tanya mereka sendiri
shaklee incentive trip 2014
Para isteri pula. Ayu ajee. hehe
shaklee incentive trip 2014
Bersama biz partner

Apa Yang Kami Dapat Hari Ini

Hasil daripada Conference hari ini :-

#1. Sales Shaklee telah meningkat dengan mendadak sejak beberapa tahun yang lepas. Ini bermaksud produk Shaklee semakin mendapat tempat di hati pengguna seluruh dunia.

#2. Galakan dan motivasi di berikan kepada semua SID agar terus bersemangat berkongsi kebaikan Shaklee dengan orang lain.

#3. Shaklee terbukti telah berjaya membantu ramai orang dari segi meningkatkan ekonomi dalam keluarga. Ramai orang hari ini telah berjaya mendapatkan pendapatan yang tetap sebanyak 4 hingga 5 angka setiap bulan. Hanya dengan berkongsi kebaikan Shaklee

#4. Hari ini hari untuk Shaklee Malaysia. President Shaklee Malaysia iaitu Mr Victor Lim telah dijemput untuk memberikan sedikit perkongsian. Mr Victor telah berkongsi perkembangan jualan Shaklee Malaysia dimana untuk tahun 2013 sahaja, peningkatan adalah sebanyak 840% berbanding tahun sebelumnya.

Shaklee Incentive Trip 2014
Sales Shaklee Malaysia naik sebanyak 840% pada tahun 2013 sahaja

Kemudian, Semua Masters dijemput ke atas pentas untuk Master Parade. Bangga rasanya hari ini apabila kita dapat kibarkan bendera Malaysia di bumi US.

shaklee incentive trip 2014
Kibarkan bendera Malaysia di atas pentas!

Syukur, Shaklee juga berikan kami award untuk pencapaian kami pada cycle 2013/2014 yang lalu. Rasa seronok tu tak dapat nak diluahkan dengan kata-kata. Bayangan usaha gigih, penat jerih, air mata yang mengalir,  semua terbayang-bayang di minda. Benarlah.. Kita akan dapat ganjaran setimpal dengan apa yang kita usahakan. Sikit usaha kita, sikitlah hasilnya. Besar usaha kita, besarlah hasilnya.

shaklee incentive trip 2014
Shaklee Global Recognition untuk Kami ~ 4 Category Star Achiever! Syukurrr
shaklee incentive trip 2014
Hadiah dari Shaklee untuk 4 Category Star Achiever. Tiffany & Co.. 😀

Hadiah ini kami dedikasikan kepada FJM Families. Kerana hadiah ini sebenarnya untuk anda semua. Tanpa sokongan anda, kami tiada di sini. Terima kasih kepada biz partner kami di Malaysia. Kami sayang anda semua. Terima kasih!

Pada hari itu juga, ramai SID luar negara yang tertanya-tanya. Bagaimana dan apa yang kami lakukan sehingga berjaya merangkul gelaran Master Coordinator dalam usia yang masih muda dan cepat. Rata-rata Master Coordinator di Malaysia, berjaya menjadi Master Coordinator dalam tempoh 2 tahun sahaja. Kalau tahu caranya, insya Allah tak mustahil. Yang penting, ikut kata mentor. Jangan bagi banyak alasan. Buat sampai jadi, jangan putus asa!

Shaklee Incentive Trip 2014
SID dan Leaders dari seluruh pelusuk dunia. Semua kusyuk melihat

Surprise Khas Untuk Roger Barnett

Rupa-rupanya hari itu juga adalah hari kelahiran Mr Roger Barnett. Ada kejutan yang Shaklee Team buat untuk beliau tau.

Shaklee Incentive Trip 2014
Happy Birthday Roger Barnett
Shaklee Incentive Trip 2014
Kek untuk Roger Barnett

Sebiji kek replika yang sangat besar di bawa naik ke atas pentas. Mereka mengatakan kepada Roger, beliau akan mendapat 1 hadiah yang paling istimewa hari itu.

Rupa-rupanya, hadiah istimewa itu adalah….

Shaklee Incentive Trip 2014
Tadaaa… Hadiah paling istimewa!

 

Ketiga-tiga anak beliau yang disembunyikan di dalam kek besar tersebut. haha. So Sweet kan?

Roger Barnett yang saya kenali adalah “family man”. Keluarga adalah keutamaan beliau. Kemana-man beliau pergi, keluarga akan ada bersama. Beliau buat bisnes, kerana keluarga.

Last but not least… Kenangan yang kami akan ingat sampai bila-bila..
Shaklee Incentive Trip 2014
Cuba teka kami buat apa? Gigih!
Ketika kami di sini, kami terpaksa meninggalkan Dania Hani di bawah jagaan emak. Dia berumur 8 bulan ketika ini dan masih menyusu badan 100%. Demi memastikan susu tidak kering, inilah usaha gigih yang kami buat setiap hari semasa di sana. Dimana-mana sahaja yang sesuai.. di airport, di dalam bas, di bilik, di event. Pam dan buang. Sedih. Tapi terpaksa lah. Nasib baik ada rakan seperjuangan. Rasa kuat la sikit. kih kih… Selain dari part terpaksa meninggalkan anak di kampung, part lain semuanya ohsem. haha…

Itulah sedikit perkogsian dari saya untuk hari ini.

Kita jumpa di entri seterusnya ya. Jumpa lagi.

Sambungan Part 6 – Hollywood

Facebook Comments:
Shaklee Incentive Trip 2014 – Part 5 – Global Recognition – 4 Categories Award

Recent Posts

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

1 month ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

1 month ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

1 month ago
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh
  • Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More

2 months ago
Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan
  • Kesihatan

Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan

Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More

2 months ago
Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama
  • Resepi

Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama

Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More

2 months ago