Bagi anda yang tercari-cari status halal produk Shaklee di Malaysia, anda boleh melihat sendiri sijil halal Shaklee 2015 di bawah.
Disebabkan Shaklee merupakan produk dari luar negara, iaitu dari USA. Maka, badan yang bertanggungjawab untuk memberi status halal adalah daripada negara itu sendiri iaitu daripada Islamic Services Ogf America (ISA). Bukan JAKIM ya. Pihak jakim hanya perlu mengiktiraf sijil yang dikeluarkan oleh ISA.
Saya dan keluarga saya sudah menggunakan produk Shaklee selama hampir 5 tahun. Kami yakin dengan status halalnya. Ini kerana kami sudah pernah pergi melawat sendiri ke Home Office Shaklee di Pleasanton, USA bagi mendengar sendiri penerangan daripada staff Shaklee di sana.
Menurut pihak Shaklee, produk keluaran negara Islam seperti Malaysia, memang di pantau dan diasingkan pengeluarannya berbanding produk negara lain. Kerana itulah, ada produk di luar Malaysia yang kita tidak boleh ambil terutama suplemen daripada jenis kapsul.
Di malaysia, sarung kapsul diperbuat daripada bovine gelatine dimana lembu tersebut telah disembelih terlebih dahulu. Namun, di luar negara, sarung kapsulnya tidak halal. Kerana itu jugalah, rakyat Malaysia yang menetap di luar negara, pasti meminta kami untuk membuat penghantaran ke negara yang mereka duduki walau negara tersebut terdapat produk Shaklee.
Maka, semoga tiada lagi soalan, mengapa bukan JAKIM yang meng keluarkan sijil halal untuk Shaklee ni. Takkan JAKIM nak pergi ke USA untuk pantau status halal Shaklee pulak kan? Jangan risau, orang islam berada di seluruh dunia. Termasuklah di USA. Ramai sangat orang islam di sana.
So, gunakan tanpa was-was. InsyaAllah.
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More