Alhamdulillah.. sijil halal Shaklee 2016 dah keluar. Setiap tahun, tanpa gagal Shaklee dengan rasa tanggungjawab sentiasa memastikan produk-produknya yang berada di Malaysia kekal berstatus Halal. Status halal ini perlu di perbaharui setiap tahun tau. Ia demi memastikan pengguna-pengguna beragama Islam berasa yakin untuk menggunakan produk Shaklee, walaupun sebenarnya hampir kesemua produk Shaklee berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Sijil Halal Shaklee 2016

sijil halal shaklee 2016

Eh.. Kenapa sijil halal Shaklee 2016 ni mendapatkan kelulusan daripada Islamic Services Of America (ISA) ye. Bukan patut dari JAKIM ke? Ini mungkin persoalan yang bermain di minda anda yang baru mengenali Shaklee. Bagi yang sudah lama, anda sudah tahu sebabnya kan? tidak mengapa, kita refresh semula :)))

Mengapa Sijil Halal Shaklee 2016 Dari ISA

Umat Islam berada di mana-mana sahaja di dunia yang indah ni. Maka, di setiap negara yang mempunyai umat islam, pasti ada badan-badan tertentu yang akan memantau status halal bagi produk keluaran negara mereka sendiri. Seperti di Malaysia yang dipantau oleh JAKIM untuk produk keluaran di Malaysia… Di USA, badan yang memberi pengesahan halal untuk produk keluaran negara mereka adalah Islamic Services Of America (ISA).

Produk Shaklee merupakan produk daripada USA. Maka, sudah semestinya badan yang memantau status halal produk Shaklee adalah ISA. Takkan JAKIM mahu ke sana dan “take over” ISA pula kan? Apa yang JAKIM buat? Mereka hanya memberikan pengiktirafan kepada produk-produk yang telah disahkan halal oleh ISA. Anda boleh memeriksa sendiri senarai Badan Islam yang diiktiraf oleh JAMIN di website JAKIM. Jadi kita tidak seharusnya berasa ragu-ragu dengan status halal daripada Shaklee. InsyaAllah

Semoga penerangan di atas mampu merungkai sedikit sebanyak persoalan diminda anda tentang status halal shaklee. Mencari yang halal itu fardhu bagi umat islam. Betulkan?

 

Ikhlas,

Norhanita

Facebook Comments:
Sijil Halal Shaklee 2016, Gunakan Tanpa Was-was
Baca Juga :  6 Tips Mendidik Anak Tanpa Mencalar Emosi Dengan Cara Halus

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.