Umum mungkin faham apa itu parasit. Ia lebih kepada kewujudan organisma tertentu yang menumpang kepada organisma lain serta tidak memberikan apa-apa kebaikan, malah meninggalkan kesan buruk kepada organisma yang ditumpangi.
Hmm..nampak seperti suatu yang tidak baik. Ada pelbagai jenis parasit di dalam dunia ini. Antara yang admin ingin kongsikan di sini ialah tentang kesan serangan parasit kepada tubuh manusia.
Ok, ini tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti paranormal ya!. Jom ikuti skop “parasit” yang akan diterangkan secara mudah dan jelas di bawah.
Parasit adalah organisma luar yang masuk (atau berjangkit) ke dalam tubuh, menumpang hidup dengan memakan nutrien , membiak (membina koloni) dan meninggalkan jejak toksin kepada kita!
Pendek kata parasit umpama tetamu tak diundang yang memberi kemudaratan yang tidak terjangka (seperti kehadirannya juga). Kewujudan mereka dalam tubuh kita akan mendatangkan kesan kesihatan yang tidak baik jika tidak ditangani dengan betul.
Kebanyakan parasit ini berpindah kepada manusia melalui medium pemakanan seperti melalui air dan makanan yang tercemar, jangkitan melalui orang lain atau melalui sentuhan terhadap haiwan atau persekitaran yang mempunyai kehidupan koloni parasit.
Terdapat 3 jenis kategori parasit yang biasa mendiami tubuh manusia, iaitu;
+1 – Protozoa: Organisma unisel atau sel tunggal dan mikroskopik (sangat halus). Mempunyai dua fasa hidup iaitu fasa trophoziote (aktif dan dulikasi) dan fasa cyst (pasif – tidak bergerak dan tidak makan)
+2 – Helminths atau Cacing: Parasit jenis cacing mudah dilihat dengan mata kasar. Namum tidak mudah dikesan sehingga ia membesar dan wujud simptomnya. Terdiri daripada jenis nematode (cacing gelang), cestode (cacing pita) dan trematode (cacing pipih)
+3 – Hama atau Kutu: Sejenis haiwan kecil yang hinggap kepada manusia melalui sentuhan atau persekitaran yang memberi kesan buruk kepada kulit dan rambut kebiasaanya.
Sebelum kita pergi kepada penerangan gejala atau simptom parasit, kita harus faham bagaimana dan mengapa parasit boleh membuatkan kita sakit.
Parasit adalah Punca Penyakit yang Tersembunyi. Ia boleh wujud Di mana-mana bahagian tubuh kita, sama ada pada organ, tisu, kulit atau di dalam darah.
Parasit boleh menyebabkan masalah kesihatan yang mimik seperti masalah kesihatan yang lain dan biasanya tidak di diagnosis sebagai penyakit yang berkaitan dengan parasit.
Koloni parasit yang berkembang membiak di dalam tubuh, memakan nutrien dan akan meninggalkan kesan toksik (najis dan kitaran hidup-mati parasit) kepada tubuh.
Daripada kesan inilah, parasit sangat berpotensi membuat kita sakit. bergantung kepada pusat koloni mereka, masing-masing membawa kesan penyakit tertentu.
Bayangkan cacing boleh hidup berkilo-kilo jumlahnya tanpa disedari dalam tubuh kita? Ngeri bukan? Realitinya ia boleh terjadi…
Simptom parasit boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu :
Parasit yang terdapat di dalam sistem penghadaman dan sisa buangan bertoksin yang terhasil dari najis dan kematian parasit boleh menyebabkan masalah :
Organ penyingkiran sisa buangan dan toksin mempunyai beban lebih dan bekerja lebih keras untuk menyingkirkan toksin. Ia akan mempengaruhi sistem saraf ppusat dan menyebabkan :
Parasit yang memasuki kulit akan menyebabkan gatal-gatal. Apabila tisu mengalami keradangan yang disebabkan oleh kehadiran parasit ini, sel darah putih tubuh akan meningkat untuk mempertahankan badan.
Tindakbalas ini akan menyebabkan terjadinya ruam kulit dan alahan pada makanan. Parasit juga akan mewujudkan toksin. Kulit sebagai orang terbesar akan cuba membuang toksin yang menyebabkan masalah kulit.
Gejala yang akan berlaku adalah :
Sisa toksin daripada parasit akan menyerang sistem saraf pusat dan menyebabkan :
Kehadiran fizikal parasit itu sendiri adalah merupakan gangguan kepada tubuh badan kita. Semasa kita berehat, badan akan memberi tindakbalas kepada parasit-parasit tersebut seperti :
Kita tidak dapat mengesan parasit yang ada di dalam tubuh kita. Mereka akan mencuri semua nutrien penting di dalam tubuh kita dan meninggalkan lemak, gula dan lain-lain zat yang kurang penting kepada mereka.
Kerana itulah, ramai orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan, dan mempunyai parasit yang banyak di dalam tubuh, akan sentiasa berasa lapar. Bergantung kepada serangan jenis parasit, ada sesetengah individu yang walaupun sudah mengambil makanan yang banyak, masih tidak dapat menaikkan berat badan.
Ini kerana parasit itu akan menyebabkan :
Parasit mampu untuk bergerak hampir ke semua tisu tubuh termasuklah ke dalam sendi dan otot dimana mereka akan menyebabkan cyst dan inflamasi yang selalunya akan selalu disalah tafsir sebagai sakit arthritis dan sakit otot.
Toksin daripada parasit juga boleh terkumpul di dalam tisu otot dan sendi dan akan menyebabkan terjadinya:
Parasit mendapatkan vitamin dan mineral yang baik termasuklah zat besi, yang akan membawa kepada masalah :
Parasit dan sisa mereka akan menyebabkan sistem imun yang lemak seterusnya menyebabkan berlakunya :
Kesan jangkitan parasit yang tidak dirawat amat bahaya. Ia boleh menyebabkan kanser!
Parasit tidak boleh dibiarkan terus bermaharajalela di dalam tubuh kita. Sudahlah ia datang tanpa diundang, ia tinggalkan pula “sampah” di dalam tubuh kita.
Bagaimana kita mahu menghalau parasit yang berkampung di dalam tubuh? Semestinya kita tidak boleh halau dengan menyuruh ia keluar dari tubuh kita dengan niat sahaja.. hihihi… Apa yang kita perlu buat adalah kita perlu bunuh dan singkir dari tubuh kita dengan melakukan DETOKS PARASIT. Selain itu, kena jaga pemakanan. Pernah dengar terma “eat clean” dan “eating rainbow”?
Atas dasar ingin menyebarkan kebaikan dan pentingnya Detoks Parasit ini, kumpulan kami dengan berbesar hati telah menganjurkan 1 channel khas di Telegram untuk mendedahkan kepentingan Detoks Parasite ini kepada umum. Anda dijemput untuk menyertai Channel tersebut. Ia adalah Channel yang menyalurkan makluman 1 hala dan boleh di masuki melalui link di bawah :
p/s: Anda memerlukan Apps : Telegram untuk menyertai Channel ini.
Usah biar parasit berumahtangga dan beranak pinak di dalam tubuh anda. Nak tahu cara macamana nak usir jenis-jenis parasit ini? Jom, bantu saya untuk bantu diri anda hari ini.
“Jangan Biarkan Tubuh Anda Dipenuhi Parasit”
Hubungi Segera:
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451
Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).
————————————
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
View Comments
banyak betul kesan-kesan negatif bila dah ada parasit dalam badan ni ye.
Emm bila parasit dah bermaharajalela dalam badan, memang banyak kesan buruknya. Biasanya kita tak perasan. Mungkin simptom-simptom di atas boleh memberi sedikit hints...
Tak sangka badan kita penuh dengan penghuni lain ya
Begitulah hakikatnya. Salah satunya; PARASIT. Banyak medium yang boleh menyebabkan parasit masuk ke dalam tubuh kita. Makanan, sentuhan, jangkitan, persekitaran adalah antaranya. Gejala & tanda-tandanya seperti yang dinuatakan di atas. Nak cuba program detoks bersama kami? Jom Whatsapp ke 019 - 477 1733
huwaa-- bila saya baca pasal parasit, meremang bulu tengkuk..
Parasit memang tetap ada. Cuma sikit atau banyaknya dalam tubuh kita tu yang kita tak tahu. Masa kecik dulu mungkin perkara biasa. Bila kena masa dewasa ni kita takut juga kadang-kadang kan...
Info yg menarik..nice sharing..
Thanks Ms Shikin...
adakah produk shaklee yang boleh membasmi penyakit perasit?
Tidak kisah sama ada Shaklee mahupun apa brand sekalipun, suplemen termaktub tidak dibuat untuk tujuan mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit. Anda perlu merujuk masalah penyakit anda kepada doktor dan pakar kesihatan yang bertauliah.
Suplemen bukan ubat. Suplemen hanya makanan tambahan yang membantu diet pemakanan harian untuk sokongan keperluan nutrisi vitamin & mineral. Tanpa nutrisi yang mencukupi, sistem tubuh sukar untuk menjalankan fungsinya dengan cekap.
Parasit bukan sejenis penyakit, tetapi organisma mikro yang menumpang di dalam tubuh manusia dan berupaya menyebabkan penyakit. Cara untuk membasmi parasit, tuan/puan boleh gunakan ubat yang diperolehi daripada rawatan doktor.
Terima kasih.