Detoksifikasi (atau ringkasnya detoks) adalah merujuk kepada proses fisiologi tubuh badan untuk menyingkirkan bahan beracun atau toksin keluar dari tubuh badan.
Toksin yang terhasil dalam tubuh badan manusia adalah akibat daripada pengambilan makanan yang telah tercemar. Pencemaran makanan boleh diakibatkan oleh penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti pestisid, racun perosak dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.
Lebih teruk lagi ia juga boleh diakibatkan oleh pengambilan makanan harian yang mengandungi bahan kimia seperti perasa/pewarna tiruan, bahan pengawet, bahan tambahan makanan (MSG) dan sebagainya.
Fakta daripada kebanyakan penyakit kronik seperti tumor, kanser, darah tinggi dan sebagainya menunjukkan bahawa 70% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin.
Dalam sistem fisiologi tubuh manusia, apabila kita mulai sakit, tubuh akan berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. Jika proses detoksifikasi ini terganggu, toksin yang terkandung dalam salur darah akan di bawa ke keseluruhan bahagian organ dan merencat fungsi serta merosakkannya.
Toksin terdapat hampir pada keseluruhan tubuh manusia. Antara penyebab lain yang menambah koleksi toksin adalah daripada pengambilan dos ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman beralkohol serta pemakanan yang tidak seimbang.
Toksin mula terkumpul semakin banyak apabila sisa-sisa makanan tidak dicernakan sepenuhnya oleh organ badan yang penting.
Organ penting yang terlibat dalam proses detoksifikasi semulajadi tubuh badan ialah:
Hati / Liver
– Hati penting dalam proses metabolisme dalam tubuh.. Fungsi utama hati adalah menukarkan protein kepada gula untuk digunakan sebagai sumber tenaga oleh sel, ia juga bertanggungjawab mengawal paras gula dalam darah. Fungsi detoksifikasi hati pula menyingkirkan zat-zat kimia yang terdapat di dalam darah.
Usus besar / Kolon
– Fungsi utama usus adalah menjalankan sistem pencernaan yang berfungsi untukmenyerap kembali kandungan air dan mineral yang tidak terserap sebelumnya. Manakal, bahan buangan yang tidak diperlukan oleh tubuh badan termasuk bahan kimia dan toksin berbahaya, sebahagian besarnya akan dibuang melalui usus besar.
Buah Pinggang / Ginjal
– Buah pinggang berfungsi untuk mengatur keseimbangan elektrolit dalam badan. Sehari lebih kurang 1-2 liter air yang mengandungi metabolit dan garam mineral serta toksin akan ditapis dan dibuang melalui saluran kencing manusia.
Kulit
– Fungsi organ terbesar dalam tubuh manusia iaitu kulit adalah untuk mengawal suhu tubuh badanmanusia. Proses pengeluaran peluh adalah mekanisme penting bagi kulit dalam membantu fungsi detoks. Lebih kurang ¼ daripada toksin dibuang melaui kulit.
Limpa
– Organ limpa melalui proses limfatik berfungsi untuk menapis darah dan menghasilkan limfosit iaitu sejenis seldarah putih. Limfosit menjalankan tugas sebagai agen antibodi yang menghalang tubuhsupaya imun terhadap virus-virus berbahaya. Limpa juga berupaya untuk menapis bendasing dari darah termasuk toksin.
Paru-paru
– Sistem pernafasan manusia berlaku melalui rongga sinus dan mulut ke dalam paru-paru. Paru-paru berfungsi menyerap oksigen (O2) berserta bahan kimia lain yang terkandung dalam medium udara dan membuang kembali gas karbon dioksida (CO2). Nikotin yang diperolehi daripada sumber rokok seorang perokok akan diserap oleh paru-paru untuk melalui proses detoksifikasi kerana ia tergolong dalam kategori bahan toksin berbahaya.
Proses detoksifikasi yang sempurna akan memberi manfaat seperti:
Adakah tubuh anda beracun? Tanda badan berlebihan toksin adalah seperti:
Selain kaedah semulajadi, bantuan pemakanan kesihatan juga turut membantu mempercepatkan serta menigkatkan kecekapan proses detoksifikasi tubuh badan.
Vitamin Shaklee yang terbaik untuk proses detoksifikasi adalah:
Tips: Perbanyakkan meminum air untuk memaksimakan penyerapan suplemen dan memaksimakan detoksifikasi.
Akhir sekali, jangan lupa untuk bersenam dan melakukan workout seperti berbasikal, berjalan, jogging, mendaki bukit dan sebagainya sama ada tubuh badan anda sedang berdetoksifikasi atau tidak. Bersenam tidak hanya untuk jantung dan paru-paru, tetapi juga untuk meningkatkan sistem peredaran darah dan membantu meningkatkan penyerapan supplemen kesihatan di dalam tubuh anda.
– HUBUNGI –
Norhanita Mohd Yusof
Klik Direct Link Whatsapp:
Shaklee ID
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More