Apa itu susu awal dan akhir?

Susu Awal (foremilk)

Susu pertama yang diterima bayi di awal setiap kali penyusuan dipanggil foremilk. Susu awal mengandungi air yang banyak. Ia bertujuan untuk menghilangkan dahaga pada bayi, mengandungi kurang lemak dan tinggi laktosa.

Susu Akhir (hindmilik)

Hindmilk dirembeskan selepas beberapa minit penyusuan. Ia adalah bertekstur krim, mengandungi kurang air dan mempunyai kepekatan lemak yang tinggi. Hindmilk bertujuan membantu membuatkan bayi anda berasa lebih kenyang. Susukan bayi anda sehingga anda melihat seolah-olah dia mengantuk yang menunjukkan dia kenyang.

Semasa susu dihasilkan, lemak akan melekat di sisi sel-sel susu yang membuatnya manakala bahagian susu yang berair bergerak ke bawah duktus ke arah puting, di mana ia bercampur dengan susu yang ditinggalkan di sana dari suapan terakhir. Susu “berair” ini mempunyai kandungan laktosa yang tinggi dan kurang lemak berbanding susu yang disimpan di dalam sel-sel susu membuatnya (kilang) dalam payudara.

Jadi susuilah / perahlah sehingga payudara kosong untuk mendapatkan kedua-dua foremilk dan hindmilk.

NOTA: Tiada anggapan seperti "susu ibu yang lemah." Badan anda akan menggabungkan bahan-bahan yang tepat yang perlu untuk memenuhi keperluan bayi anda.

Adalah Bayi Mendapat Kedua-dua Foremilk Dan Hindmilk

Bagaimana kita boleh mengenalpasti samada bayi mendapat kedua-dua foremilk dan hindmilk ataupun hanya mendapat foremilk sahaja? Kita boleh ketahuinya dengan melihat pada najis bayi.

Hijau – maknanya bayi anda hanya mendapat susu awal(foremilk) sahaja. Pastikan anda meneruskan penyusuan sehingga 20 minit atau lebih. Bayi yang mendapat susu awal akan lebih cepat lapar.

Kuning – Bermakna bayi anda mendapat susu awal dan akhir tanpa campuran susu formula atau makanan yang tak sepatutnya masuk sebelum 6 bulan.

Untuk memastikan bayi anda mendapat kedua-duanya sekali, beri lebih masa untuk bayi anda menyusu di satu-satu bahagian sebelum beralih ke bahagian yang lain. Setiap kali penyusuan dan setiap penyusuan mengambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit.

Penyusuan merupakan satu perjalanan hubungan yang indah antara anda dan bayi. Penuhi nutrisi susu anda dengan nutrien yang seimbang. Jika perlu, dapatkan bantuan suplemen dan vitamin. Namun pilih dari bahan semulajadi, tiada pewarna dan perasa tiruan dan selamat untuk bayi. Pilihan ramai ibu-ibu, tentunya Shaklee.

Set Penyusuan Shaklee Untuk Ibu-ibu yang

  • Mementingkan nutrisi lengkap
  • Kerap berasa letih tiada tenaga
  • Selalu stress dan selalu menangis marah pada bayi
  • Perlu membuat stok EBM kerana bekerja
  • Berasa penghasilan susu sangat lambat walau sudah minum air melebihi 3L sehari dan menyusu sekerap mungkin
  • Selalu tidak sihat sehingga menjejaskan penyusuan sehari-hari
Baca Juga :  Kelebihan Susu Ibu Berbanding Susu Formula Yang Terdapat Di Pasaran

set penyusuan shaklee

Jika anda mahu saya bantu anda mengatasi masalah di atas, boleh hubungi saya :

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof

Klik Direct Link Whatsapp:

019 – 477 1733

Shaklee ID
866451

Facebook Comments:
Mari Kenali Susu Awal Dan Akhir (Foremilk Dan Hindmilk)
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.