Susu kolostrum ibu adalah cecair susu ibu yang sangat berharga. Namun begitu terdapat banyak mitos yang yang kedengaran di kalangan masyarakat kita.

Antara mitos yang biasa kita dengar

Mitos #1
Selepas bersalin, susu awal perlu dibuang kerana sudah “basi” kerana dikuatiri bayi akan jatuh sakit.

Mitos #2
Hari pertama hingga hari ke tiga susu tidak ada. Lepas hari ke tiga baru susu ada. Maka ibu-ibu kena bagi susu formula pada anak sementara susu nak ada

Mitos #3
Susu yang diperah pada hari pertama sehingga hari ketiga berwarna kuning. Susu sepatutnya bewarna putih. Elok dan Selamatkah jika diberi kepada bayi?

Ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada persoalan yang diutarakan oleh ibu- ibu muda tentang cecair kuning yang pekat ini.

Cecair kuning yang saya maksudkan adalah kolostrum susu ibu cecair yang setara nilai emas. Malah lebih bernilai dari emas bagi saya.

Kolostrum susu ibu adalah cecair istimewa yang mengandungi zat nutrisi penting khas untuk bayi anda yang masih lemah. Biasanya ia terhasil pada 3 hari pertama selepas kelahiran bayi. Hebatnya kolostrum susu ibu ini sehinggalah zat nutrisi yang ada di dalamnya tidak dapat ditandingi oleh susu matang apatah lagi susu formula. Rugi kan kalau kita tak beri kolostrum susu kita kepada bayi kita. Peluang itu hanya sekali je seumur hidup mereka.

Apakah yang istimewa sangat dengan kolostrum susu ibu ni?

  1. Ia kaya dengan antibodi
  2. Terdapat banyak sel hidup sehingga ia di gelar sel darah putih oleh sesetengah pakar kanak-kanak
  3. Bersifat laksatif iaitu membantu melawaskan pembuangan. Maka, ia dapat membantu melancarkan pembuangan air besar bayi
  4. Mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor)
  5. Kaya dengan nutrisi seperti vitamin A dan vitamin K

Sepatutnya, Kolostrum adalah imunisasi pertama dan terpenting untuk setiap bayi yang baru lahir ke dunia. Ia adalah sumber pertahanan bagi melawan kuman, bakteria, virus dan jangkitan penyakit berjangkit.

Benarlah firman Allah swt yang bermaksud,
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)".
(surah at-tin: 4)

Kita seharusnya berusaha berrsungguh-sungguh untuk memberikan bayi kita kolostrum yang sangat berkhasiat ini. Bukan untuk orang lain. Tetapi untuk kesihatan dan tumbesaran permata hati kita juga. Buktikan kasih sayang kita. Sesungguhnya tiada nutrisi sebaik dan seistimewa susu ibu.

Baca Juga :  Kelebihan Susu Ibu Berbanding Susu Formula Yang Terdapat Di Pasaran

Jangan diikut mitos-mitos yang ada berkaitan kolotrum ini kerana apa yang Allah dah cipta adalah sebaik-baik ciptaan kepada kita.

Facebook Comments:
Susu Kolostrum Ibu : Cecair Setara Emas
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.