Setiap manusia normal memiliki satu set buah pinggang. Buah pinggang adalah organ berbentuk seperti kacang merah yang terletak di sisi kanan dan kiri tulang belakang di atas bahagian pinggang kita.

Fungsi asas buah pinggang adalah sebagai penapis untuk membersihkan darah, memelihara keseimbangan garam dan mineral dalam tubuh dan mengawal tekanan darah.

Apabila buah pinggang mulai rosak, lebihan cecair dan sisa buangan tubuh tidak akan dapat dikumuh keluar dengan sempurna melalui air kencing.

Antara punca popular kerosakan buat pinggang adalah disebabkan oleh masalah diabetes atau kencing manis dan obesiti. Bahaya tabiat pemakanan seperti gemar mengambil makanan dan minuman manis atau minuman berkarbonat juga antara penyumbang utama masalah ini.

Baca Juga :  Cara Kira Kalori Online Untuk Mengetahui Jumlah Kalori Harian Kita Perlukan

Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pelbagai gangguan kepada fungsi tubuh. Akibatnya, pelbagai komplikasi mulai muncul secara berperingkat mengikut kadar kerosakan buah pinggang.

Apakah tanda-tanda awal penyakit buah pinggang? Ok kita akan bincangkan senarainya di dalam artikel ini. Sila ambil perhatian!

9 Tanda Awal Sakit Buah Pinggang

+1 – Masalah badan lemah, tidak bertenaga dan fikiran terganggu

Buah pinggang yang sihat mengeluarkan sejenis hormon yang dikenali sebagai erythropoietin atau EPO. Hormon ini memberi signal supaya tubuh menghasilakan lebih sel darah merah untuk fungsi mengangkut oksigen.

Apabila fungsi buah pinggang semakin merosot dan kekurangan fungsi hormon EPO, pengeluaran sel darah merah juga turut berkurangan. Kekurangan sel darah merah ini juga disebut sebagai anemia.

Akibatnya, otot dan otak akan mengalami masalah kekurangan sumber oksigen untuk menjalankan fungsinya dengan baik.

Ia menyebabkan badan kita rasa cepat dan mudah letih. Fungsi otak juga akan turut terganggu menyebabkan kita berasa mudah lupa, pening, cepat mengantuk dan sukar untuk menumpukan perhatian.

+2 – Masalah susah hendak tidur

Ini bukan berkaitan kerap diganggu hantu atau makhluk halus. Masalah susah tidur diwaktu malam atau insomnia ini sering berpunca daripada beberapa faktor. Pertama, ia mungkin disebabkan masalah gangguan pernafasan ketika tidur (sleep apnea).

Kedua, mungkin akibat masalah kegatalan kulit yang paling ketara mengganggu ketika waktu malam. Ketiga, masalah kekejangan otot kaki dan sindrom kaki gelisah (restless leg syndrome) akibat masalah saraf kaki juga antara punca insomnia.

Kesemua gangguan ini  menyebabkan pesakit sukar mendapatkan kualiti tidur yang baik, kerap terjaga diwaktu tidur malam dan berkecenderungan untuk lebih tidur pada waktu siang. Dan semua faktor ini melibatkan fungsi darah merah yang terganggu akibat masalah penyakit buah pinggang.

+3 – Masalah kulit kering dan gatal-gatal

Antara tugas utama buah pinggang ialah mengawal keseimbangan mineral dalam tubuh. Ia melibatkan proses keseimbangan paras kalsium dan fosforus di dalam darah.

Kekurangan kalsium dalam darah menyebabkan kelenjar paratiroid yang terletak dileher untuk merembeskan hormon paratiroid.

Hormon ini bertindakbalas melakukan mekanisma menyerap kembali kalsium daripada komposisi tulang untuk disalurkan ke dalam darah.

Paras hormon paratiroid yang tinggi ini dikatakan boleh menyebabkan masalah kulit kering dan kegatalan. Selain itu, kandungan fosforus yang tinggi dalam darah juga boleh menyebabkan kesan yang sama.

Penyebab lainnya, bahan buangan atau toksin yang terkumpul dalam salur darah di bawah kulit juga juga adalah penyumbang utama masalah kulit kering dan gatal.

+4 – Masalah kencing terlalu kerap di waktu malam

Secara normalnya, orang dewasa kencing 4 hingga 6 kali sehari dan kebanyakkannya di waktu siang. Masalah kencing terlalu kerap atau polyuria boleh berlaku disebabkan oleh punca minum banyak air atau tanda normal bagi wanita sedang mengandung.

Namun, jika tidak disebabkan punca biasa di atas, ia mungkin disebabkan oleh masalah buah pinggang. Kencing terlalu kerap di waktu malam dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang yang tidak dapat menyingkirkan bahan buangan dan toksin ketika aktif di waktu siang. Alternatifnya, ia dilakukan di waktu malam (rehat) dan menyebabkan tindakbalas perkumuhan urin yang kerap.

Ataupun jika tidak, masalah kerap kencing ini mungkin juga disebabkan oleh petanda jangkitan pada pundi kencing atau masalah bengkak prostat. Oleh itu, saringan doktor amatlah penting untuk menganalisis kondisi masalah ini.

Baca Juga :  Awas! 9 Tabiat Merosakkan Buah Pinggang Yang Orang Kita Selalu Suka Buat

+5 – Masalah air kencing berdarah atau kencing kotor

Buah pinggang yang sihat akan menapis darah untuk mendapatkan nutrien serta mineral. Ia juga mengekalkan sel darah merah tetap di dalam darah.

Apabila berlaku kerosakan buah pinggang, mungkin sedikit kebocoran darah akan keluar bersama air kencing menyebabkan berlakunya kencing berdarah atau kencing kotor.

Namun, Kencing kotor atau berdarah mungkin juga membawa petanda kewujudan tumor, batu karang atau jangkitan kuman yang berkaitan dengan buah pinggang.

+6 – Masalah air kencing berbuih

Kencing berbuih juga berlaku akibat masalah sistem penapis buah pinggang bocor atau telah rosak; lebih dikenali sebagai nephrotic syndrome.

buah pinggang yang sihat akan menapis dan membuang lebihan cecair serta bahan buangan tubuh yang terkandung di dalam darah, dan hanya mengambil protein serta nutrien penting.

Kebocoran protein albumin akibat kerosakan penapis buah pinggang menyebabkan kepekatan air kencing meningkat dan ditandai dengan simptom kencing berbuih.

+7 – Masalah mulut berbau dan hilang selera makan

Pengumpulan bahan buangan dalam darah turut memberi kesan mulut yang berbau busuk seperti ammonia. Disamping itu, ia juga menyebabkan komplikasi deria rasa lidah yang kurang enak pada makanan.

Secara tidak langsung, ia juga akan menyebabkan sindrom hilang selera makan. Lebih teruk lagi, ia menyebabkan rasa kurang selesa pada perut dan mencetuskan rasa loya dan kerap berasa hendak muntah.

+8 – Masalah bengkak kaki dan mata

Masalah bengkak kaki atau edema adalah biasa bagi ibu mengandung. Namun bagi lelaki atau wanita yang tidak hamil, ia mungkin petanda masalah pada buah pinggang.

Mereka yang mengalami masalah penyakit buah pinggang mungkin tidak dapat menyingkirkan dengan sempurna lebihan cecair dan garam sodium yang terdapat di dalam darah. Justeru, tekanan aliran dalam salur darah meningkat pada kawasan tertentu tubuh. Terutamanya pada pergelangan kaki dan sekitar mata.

Bagi masalah penapis buah pinggang rosak (nephrotic syndrome) pula, kekurangan protein albumin dalam darah menyebabkan kestabilan isipadu darah terganggu. Buah pinggang cuba bertindakbalas untuk mengawal isipadu darah dengan mengekalkan kandungan garam dalam darah. Akibatnya, lebihan cecair tubuh akan terkumpul dan mencetuskan edema.

Baca Juga :  Cara Merawat Penapis Buah Pinggang Bocor Supaya Tidak Kerap Letih

+9 – Masalah kekejangan otot

Kekejangan otot atau “muscle cramp” adalah petanda biasa berkaitan penyakit buah pinggang. Ia menyerang secara berkala dalam masa beberapa saat atau beberapa minit. Kebiasaannya berlaku di bahagian belakang betis kaki.

Ia mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dan elektrolit tubuh atau berlaku kerosakan saraf atau juga disebabkan masalah aliran darah. Kesemuanya melibatkan fungsi kerja buah pinggang.

Facebook Comments:
9 Tanda Awal Sakit Buah Pinggang Yang Perlu Kita Tahu

58 thoughts on “9 Tanda Awal Sakit Buah Pinggang Yang Perlu Kita Tahu

  • April 1, 2017 at 10:31 pm
    Permalink

    Assalamualaikum.

    Sakit buah pinggang sangat merisaukan. Jadi dari awal kita mesti amalkan gaya hidup yang sihat dan banyakkan minum air kosong banyak. Bagus untuk singkirkan toksin dalam bafan kita.

    Ilmu yang bagus. Terima kasih.

    Fb saya: kalsom ali

    Reply
    • April 2, 2017 at 5:34 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam Cik Som, terima kasih kerana melawat ke laman ini. Betul sangat tips minum air tu. Seimbangkan pemakanan harian dengan banyak minum air kosong. Sangat baik untuk perut & semua organ tubuh.

      Reply
    • September 8, 2017 at 10:35 pm
      Permalink

      Saya melihat ank saya bahagian muke mcm sembab 1 hari 2 ni..

      Reply
      • September 9, 2017 at 5:45 pm
        Permalink

        Salam Tuan/Puan Anonymus,

        Muka sembab atau bengkak mungkin petanda biasa disebabkan pengumpulan cecair badan. Selepas bangun daripada tidur contohnya. Masalah alergi juga boleh menyebabkan bengkak muka yang tidak serius. Ia akan hilang secara semulajadi selepas beberapa ketika.

        Namun jika bengkak muka disertai beberapa simptom lain seperti bengkak yang terlalu ketara, lemah tubuh badan, sakit, demam atau bengkak pada telinga, sila dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. Diagnosis mampu memberikan petanda punca bengkak dimuka dengan lebih jelas bagi mengelakkan risiko bahaya.

        Reply
    • March 1, 2018 at 5:26 pm
      Permalink

      Adakah pinggang sebelah kiri pandai
      ngilu2 sblh petang tu tanda buah pinggang bermasalah?

      Reply
      • March 1, 2018 at 10:16 pm
        Permalink

        Hi Whync. Sakit bahagian pinggang sebelah kiri secara umumnya boleh disebabkan oleh macam-macam punca. Jika khuatir ada kaitan dengan sakit buah pinggang, berjumpa doktor untuk merujuk masalah dan buat pemeriksaan adalah langkah yang terbaik.

        Elakkan berteka teki, jika kita rasa ada kemungkinan berdasarkan simptom-simptom di atas, segera buat pemeriksaan doktor, itu lebih baik. Mudah untuk kita lebih jelas tentang masalah kesihatan kita dan ambil tindakan (serta nasihat doktor) yang patut untuk memperbaikinya.

        Reply
  • July 17, 2017 at 3:24 am
    Permalink

    saya baru 1 tahun lepas opret jantung injap ganti,masalahnya skrng saya selalu sakit dibawah pinggang sebelah kiri,apakah itu tanda2 sakit buah pinggang?

    Reply
    • July 17, 2017 at 11:31 am
      Permalink

      Salam Pn Mariani. Sakit bahagian pinggang bawah sebelah kiri boleh disebabkan oleh beberapa masalah antaranya masalah kolon, masalah peranakan wanita, masalah saluran kencing atau buah pinggang. Ia boleh ditandai dengan simptom-simptom tertentu. Jika masalah berlarutan, puan perlu dapatkan pemeriksaan doktor secara terperinci bagi mengelak masalah yang lebih serius.

      Reply
  • July 30, 2017 at 8:39 pm
    Permalink

    Sy mengalami gatal pd kulit.pada asalnya ia bengkak merah yg kecil d merasa miang.apabula di garu ia menjadi bengkak lbh besar ckt.ianya terjadi pada waktu mlm shj.adakah ia petanda penyakit buah pingang? Perlukh sy membuat pemeeiksaan doktor?

    Reply
    • July 31, 2017 at 11:22 am
      Permalink

      Assalamualaikum Puan Mai Rabiayah.

      Masalah bengkak kemerahan pada kulit disertai rasa gatal yang puan hadapi mungkin petanda masalah Urticaria. Ia timbul akibat reaksi alergi tubuh terhadap makanan, ubatan, suhu/cuaca, alergen (bulu/debu/debunga/dll), jangkitan bakteria, gigitan serangga dan sebagainya.

      Waktu malam, gatal menjadi semakin aktif akibat perubahan suhu yang dingin atau panas (berpeluh). Jika berlarutan dan semakin teruk (naik satu badan dan berdarah), ada baiknya puan dapatkan pemeriksaan & rawatan doktor. Juga dapatkan khidmat nasihat serta kenalpasti punca alergi adalah lebih baik.

      Untuk redakan masalah gatal-gatal kulit secara luaran, puan boleh cuba krim Herbal blend.

      Dari segi nutrisi untuk pencegahan, puan boleh atasi masalah alergi dengan suplemen Alfalfa, vitamin C & B-Complex. Hubungi saya untuk maklumat lanjut di 019 – 477 1733

      Reply
  • September 18, 2017 at 4:56 pm
    Permalink

    saya berumur 66 tahun, masih aktif bekerja free lance. saya memang ada penyakit tiga serangkai tapi dimantau oleh doktor saya cuma yang mengrisaukan saya, kencing saya selalu berbuih dan saya akan kencing 4 or 5 kali dalam sehari.

    saya risaukan kencing berbuih?? kenapa ya…Saya mohon panduan dari pihak tuan/puan.
    terima kasih banyak.

    Reply
    • September 19, 2017 at 10:52 am
      Permalink

      Assalamualaikum Puan Narimah,

      Alhamdulillah puan masih masih kuat di usia emas ini. Penyakit 3 serangkai juga berkaitan dengan masalah buah pinggang. Kekerapan kencing dan kencing berbuih adalah antara tanda-tandanya. Kencing berbuih biasanya diakibatkan oleh kebocoran protein albumin dalam buah pinggang. Jika kencing kotor mungkin disebabkan percampuran darah, asid urik berlebihan atau mineral yang disingkirkan bersama air kencing. Tanda-tanda ini boleh disebabkan oleh masalah hidrasi (kekurangan minum air), kesan pengambilan ubatan/dadah atau kerosakan buah pinggang.

      Pada ketika ini, ikuti nasihat doktor, ambil ubat dan jaga pemakanan dengan terkawal dan sebaiknya. Jika masalah berlarutan sehingga beberapa hari secara berterusan, rujuk masalah kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Kencing kerap tidak mengapa, cuma jangan kerap menahan kencing terlalu lama.

      Jika puan ingin mendapatkan Vivix untuk membantu memperbaiki kesihatan puan boleh hubungi saya di 019 – 477 1733. Penerangan lanjut dan konsultasi eksklusif akan diberikan. Terima kasih.

      Reply
      • August 1, 2018 at 5:32 pm
        Permalink

        Apakah langkah2 pencegahan yg sewajarnye bg Pesakit yg menghidapinya dan cara utk mengatasi masalah buah pinggang juga makanan yang sesuai utk pesakit buah pinggang

        Reply
        • August 2, 2018 at 12:58 am
          Permalink

          Salam Cik/Puan Syafikah. Penjagaan pemakanan dan gaya hidup perlu diambil berat dengan sebaiknya. Elakkan pemakanan atau tabiat yang boleh memberi beban kepada buah pinggang seperti suka minum minuman berkarbonat atau minuman manis, makanan tinggi kandungan garam, MSG, tabiat menghisap rokok dan sebagainya.

          Pemakanan yang baik adalah makanan yang lengkap dengan nutrisi penting dan seimbang seperti vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh. Konsep pinggan sihat (suku-suku separuh) adalah model pemakanan sihat yang boleh diamalkan setiap hari.

          Namun, ada sesetengah daripada kita mendapat masalah buah pinggang berpunca daripada genetik keturunan. Pemeriksaan, nasihat dan rawatan doktor adalah sangat penting untuk mengenalpasti tahap dan merawat masalah buah pinggang.

          Reply
  • December 22, 2017 at 11:18 pm
    Permalink

    Assalamualaikum..berminat utk cuba pil buah kulim tanpa campuran wasap 0145460649 (pil shj)

    Reply
  • January 10, 2018 at 8:56 am
    Permalink

    Saya mengalami sakit pinggang belah kanan, kencing juga kerap pada waktu malam,,,tetepi saya mengamalkan minum air 4 liter sehari..bagaimana cara nak mengenalpasti samada saya sakit buah pinggang ataupun tidak?

    Reply
    • January 10, 2018 at 12:23 pm
      Permalink

      Salam Emyra. Banyak minum air baik untuk kesihatan sistem tubuh. Secara normalnya memang akan menyebabkan kita kerap kencing terutamanya pada waktu malam kerana suhu yang lebih sejuk dan memang buah pinggang aktif ketika waktu kita tidur. Itu normalnya.

      Jika ada simptom lain tidak normal, seperti sakit bahagian pinggang yang kerap dan berpanjangan. Ia boleh jadi disebabkan apa sahaja yang berkaitan dengan pinggang. Bagi mengetahui dengan lebih jelas, pemeriksaan oleh doktor perlu dilakukan.

      2 jenis pemeriksaan yang biasa dilakukan ialah ujian air kencing – ACR (albumin to Creatinine Ratio) untuk menguji kandungan protein albumin dalam air kencing dan ujian darah – GFR (Glomerulli Filtration Rate) juga untuk menguji kandungan creatinine dalam darah.

      Dari ujian ini (atau ujian-ujian lain yang doktor lebih tahu), doktor akan mengesahkan sama ada kita mengalami masalah buah pinggang ataupun tidak. Jika positif, adalah perlu kita berbincang dengan doktor mengenai cara pengawalan, pencegahan dan rawatan lanjut.

      Reply
  • January 15, 2018 at 9:58 pm
    Permalink

    Asalamualaikum .
    Ape cara utk elakkan drpd pnyakit buah pinggang?
    Sy sll gatal2 kulit stiapkali waktu malam…
    Takut sy.
    Soklan luar topik, Kalo ekzema tu cane nak rawat ye??da byk produk saya guna..
    Saya tgh nk ikhtiar.

    Reply
    • January 16, 2018 at 12:39 am
      Permalink

      Waalaikumsalam Puan Sarah Ghazi. Pertanyaan puan merujuk kepada “gatal kulit diwaktu malam”. Inshaa Allah saya akan kongsikan maklumatnya dalam artikel baru yang lain.

      Secara normalnya, perubahan suhu dalaman tubuh dan aliran darah dibawah kulit akan meningkat di waktu malam. Peningkatkan suhu kulit ini akan membuatkan kulit menjadi gatal-gatal kebiasaanya.

      Jika tentang masalah kesihatan, ia mungkin berkaitan dengan masalah:
      1. Penyakit kulit – Atopic Dermatitis (ekzema), psoriasis atau radang kulit.
      2. Gigitan hama (scabbies), kutu, pepijat atau cacing halus.
      3. Penyakit buah pinggang atau hati
      4. Masalah tiroid
      5. Anemia (masalah HB rendah)
      6. dan pelbagai.

      Untuk memastikan kondisiini, sila berbincang dengan doktor anda.

      Untuk masalah ekzema, ia boleh dikawal dengan beberapa produk daripada Shaklee iaitu Vivix, OmegaGuard, vitamin C & ESP. Untuk sapuan luaran boleh guna herbal blend.

      Untuk info lanjut, diskaun harga dan konsultasi cara pengambilan & pemakanan, bolehhubungi saya secara terus melalui whatsapp di sini:
      Link Whatsapp >> http://yourfabulousmama.wasap.my

      Reply
  • January 18, 2018 at 10:01 am
    Permalink

    Assalammualikum . Saya umair 21. mengalami badan lesu yg luar biasa, mata agak kekuningan dan kemerahan, dan susah tidur malam , kepala saya rasa kedap seolah2 oksigen kurang masuk di kepala, dan kerap bermimpi apabila tidur . Najis saya mcm ada lendir .

    Reply
    • January 18, 2018 at 10:04 am
      Permalink

      Apa bila saya makan durian kencing saya berbau durian .

      Reply
      • January 19, 2018 at 7:36 am
        Permalink

        Salam Tuan Umair. Normal bila kita makan durian dalam kuantiti tertentu, urin (air kencing) kita akan berbau durian. Sama halnya juga kita makan petai. Ia perkara biasa dan tiada tanda bahaya.

        Antara punca urin berbau juga boleh disebabkan oleh kurang minum air (tanda dehidrasi & kencing berwarna gelap), tabiat banyak minum kopi, suka makan bawang & bawang putih atau makan benda-benda pelik yang lain.

        Ia juga boleh ditunjukkan dengan tanda-tanda pundi kencing atau saluran kencing mengalami jangkitan (ada rasa nyeri & sakit), kencing manis/diabetes semakin teruk (kencing kerap dan berbau akibat kebocoran gula/protein), mengalami jangkitan vagina (seperti masalah keputihan) bagi wanita dan macam-macam lagi.

        Cuma nak bagi tahu, bila banyak makan durian; bau mulut (ni buat orang hampir pengsan bila sendawa), kentut dan kencing pun bau durian tu normal. Kalau tak mahu banyak sangat bau, kasi saya sikit.

        Reply
    • January 19, 2018 at 7:51 am
      Permalink

      Walaikumsalam cik/encik Umair. Daripada tanda-tanda yang disebutkan, mungkin Umair sedang mengalami masalah pada organ hati.

      Tanda-tanda organ hati bermasalah ialah:
      1. Kulit atau bebola mata muncul warna kekuningan (jaundis bagi kanak-kanak)
      2. Sakit bahagian abdomen (sekitar perut) atau berlaku pembengkakan
      3. Bengkak pada kaki atau pergelangan kaki
      4. Masalah gatal-gatal kulit
      5. Warna urin (air kencing) menjadi gelap
      6. Warna najis gelap, coklat atau berdarah.
      7. Lesu atau keletihan yang kronik
      8. Loya dan muntah-muntah
      9. Hilang selera makan (badan kurus kering)
      10. Kecenderungan muncul tanda lebam pada tubuh yang mudah

      Nasihat saya, pergi segera berjumpa doktor. Dapatkan pemeriksaan dan pengesahan melalui ujian-ujian tertentu. Dapatkan juga nasihat untuk mengawal serta mencegah masalah daripada menjadi semakin serius.

      Hubungi saya untuk dapatkan nutrisi semulajadi dalam suplemen yang boleh membantu masalah organ hati. Klik link ini untuk terus ke Whatsapp saya: http://yourfabulousmama.wasap.my/

      Reply
  • January 21, 2018 at 5:39 am
    Permalink

    pinggang sy mcm sakit sejak akhir akhir ni
    tp ad org ckp tu effect ubat yg doktor bg pada sy. dua minggu sebelum ni ad buat urine test dan ia hnya kencing kotor yg biasa. doktor jga ada check bhgian abdomen sy secara kasar (bukan scan) ktanya sy hnyalah kencing tak lawas yg biasa.perlukah sy jmpa doktor lg untuk check up ?

    Reply
    • January 22, 2018 at 9:02 am
      Permalink

      Salam Puan Najihah. Jika tidak disahkan positif mengalami masalah buah pinggang dari ujian doktor itu satu petanda baik. Mungkin puan boleh mula amalkan pemakanan kesihatan sebagai langkah pencegahan dan memperbaiki masalah tersebut.

      Masalah buah pinggang tidak terjadi dalam masa yang singkat. Ia sangat mengambil masa. Ubat atau suplemen tidak membentuk masalah buah pinggang secara drastik. Melainkan mengikut jenis, bahan-bahan dan pengambilan dos yang besar dalam jangka masa panjang. Biasanya ia disebabkan diet pemakanan yang tidak sihat sejak kecil/muda(yang boleh dikawal), peningkatan usia, trauma (kecederaan) atau masalah genetik (tidak boleh dikawal).

      Ikut nasihat doktor untuk sesi pemeriksaan berikutnya. Tujuannya untuk mengetahui ia sama ada semakin baik atau serius. Mungkin pada pemeriksaan kali pertama ia masih diperingkat awal dan masih boleh dikawal, siapa tahu setelah beberapa tempoh masa ia menjadi semakin serius?

      Cuma perlu sedar dan bersedia untuk memperbaiki masalah itu terlebih dahulu atau ambil langkah pencegahan. Puan boleh kawal pemakanan yang biasa diambil yang mungkin boleh menyumbang kepada masalah puan. Contohnya mengurangkan tabiat minum air manis, kopi, susu, teh, makanan berminyak/bergoreng, makanan bergaram/berlemak atau sebagainya (apa yang dinasihat doktor juga). Lihat hasil pemeriksaan pada sesi seterusnya. Ia boleh membantu puan mengenalpasti punca masalah dengan lebih baik.

      Pengambilan suplemen (bukan ubat) daripada Shaklee seperti Vivix dan OmegaGuard sangat baik dan dapat membantu untuk masalah ini. Jika puan ingin maklumat lanjut dan konsultasi boleh hubungi terus saya di link whatsapp berikut:http://yourfabulousmama.wasap.my/

      Reply
  • January 25, 2018 at 4:01 am
    Permalink

    assalam. sy ad kencing tak lawas sejak awal bulan 1. selepas makan ubat yg doktor bg, rasa lega sekejap aje. lepastu jadi balik kencing tak lawas sy. sy risau jika ia petanda sakit yg lain sbb kencing tak lawas sy terlalu lama . sedangkan org lain hnya mengalami masalah ini dlm 3 ke 4 hari shj. adakah ia sebab sy tidak menjaga kebersihan atau ad penyakit lain ? adkh kencing tak lawas ni mmg normal jika ia terlalu lama?

    Reply
    • January 26, 2018 at 1:57 am
      Permalink

      Salam En Ahmad. Masalah kencing tidak lawas (Urinary Incontinence) bagi lelaki biasanya lebih kepada masalah yang berpunca daripada jangkitan dalam saluran kencing / pundi kencing, masalah bengkak prostat atau sembelit.

      Masalah kencing tidak lawas boleh pulih selepas puncanya / masalah jangkitan pada pundi/saluran kencing dapat diatasi. Jika masalah berpanjangan ia mungkin disebabkan oleh masalah prostat yang menganggu atau menyekat kelancaran pembuangan air kencing.

      Baca Lanjut >> Mengapa Prostat Membengkak

      Reply
  • January 30, 2018 at 11:07 pm
    Permalink

    Assalamualaikum. Sy mengalami kencing yg kerap dsebelah mlm.. Dan terasa ngilu.. Ianya ssudah melebihi 3minggu. Sy sudah pon pergi klinik. & melakukan urine test. Doc kate kencing sy tdk kotor. Doc bg ubt pelawas kencing tp msh x bekurang sakit sy.
    Skrg sy rase sakit pingang bhgn blkg sblh kanan.. Adakah itu sakit buah pingang?

    Reply
    • January 31, 2018 at 1:27 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam Puan Nora. Jika urin test (contohnya melalui ujian GFR – Glomerular Filtration Rate) adalah baik (lebih daripada 60) maka puan dikatakan mempunyai buah pinggang sihat & tidak mengalami masalah.

      Sakit belakang pinggang sebelah kanan juga boleh disebabkan oleh punca lain seperti masalah otot, masalah tulang belakang, masalah appendiks, endometriosis bagi wanita dan lain-lain lagi. Mungkin puan perlukan pemeriksaan / diagnosis daripada doktor untuk mengesan masalah lain penyebab sakit belakang puan.

      Dari segi pemakanan suplemen, minyak ikan atau OmegaGuard boleh menjadi alternatif untuk membantu mengurangkan kesan radang dan kesakitan. Jika puan ingin bantuan alternatif suplemen selain ubat, boleh hubungi saya secara terus di Whatsapp link berikut http://yourfabulousmama.wasap.my/

      Terima Kasih.

      Reply
  • February 18, 2018 at 12:15 pm
    Permalink

    Haii . Saya nak tanya . Sy sllu sakit pinggang disebelah kiri . Dan saya bru prsan paha saya bengkak . Adakah saya mmpnyai msalah buah pinggang ??

    Reply
    • February 20, 2018 at 1:14 pm
      Permalink

      Salam & Hi Nuriz. Sakit pinggang sebelah kiri sukar untuk dikenalpasti sebagai sakit buah pinggang secara terus. Boleh jugak disebabkan oleh sakit pada otot pinggang atau sakit belakang sebelah kiri.

      Biasanya sakit buah pinggang akan disertai simptom-simptom lain yang tertentu, seperti kencing berbuih, kencing yang sedikit, keletihan tubuh badan, bengkak kaki dan pelbagai lagi.

      Reply
  • February 23, 2018 at 11:55 pm
    Permalink

    Saya sukar untuk tidur malam , sering sakit tulang belakang yang teramat sangat apabila terlalu duduk lama , baring atau meniarap secara mengejut dan ketika berdiri lama sehingga membongkok untuk menahan sakit .. saya turut mengalami keletihan yang berpanjangan dan cara pemikiran saya tidak seaktif dahulu .. daya ingatan saya sekarang juga sangat lemah .. badan saya juga berasa lemah dan berjalan semakin lambat .. kenapa ya ?

    Reply
    • February 24, 2018 at 12:21 am
      Permalink

      Salam Cik/Puan Fatin. Untuk lebih jelas, Fatin perlu merujuk kes ini kepada doktor. Pemeriksaan tertentu daripada doktor boleh memberi input tentang masalah kesihatan puan dengan lebih tepat.

      Buat sementara ini, cuba dapatkan rehat yang cukup. Keletihan, stress & ketegangan otot mungkin antara punca puan alami simptom-simptom tersebut. Jika puan perlukan bantuan nutrisi vitamin, hubungi saya di Direct Link Whatsapp ini.

      Terima kasih.

      Reply
  • February 24, 2018 at 1:04 am
    Permalink

    assalamualaikum. saya nk tanya sejak 2 mggu yang lepas sy perasan kencing saya berwrna kuning pekat. tapi saya tak ada skit pinggang. dalam masa 2 mggu ni saya cuba konsisten minum air kosong 4 liter sehari walaupun sebelum ni sy bukan la rajin minum air kosong. selepas 2 mggu air kencing saya masih sama juga berwrna kuning dan saya terasa sakit di pinggang kiri. Tambahan lagi saya juga sukar untuk membuang air besar. adakah petanda saya ada masalah kencing kotor atau masalah buah pinggang?

    Reply
    • February 24, 2018 at 3:56 pm
      Permalink

      Salam Puan Hidayah. Air kencing berwarna kuning gelap atau pekat masih dikira normal jika jarang-jarang berlaku atau disebabkan kondisi tertentu. Kandungan riboflavin (sejenis vitamin B kompleks) dalam tubuh boleh menyebabkan air kencing menjadi berwarna kuning dan ia adalah normal.

      Jika setelah puan amalkan minum air kosong yang banyak tetapi urin masih lagi berwarna kuning pekat, ia mungkin disebabkan oleh faktor pemakanan atau masalah dalaman tertentu. Puan perlu merujuk segera masalah puan kepada doktor. Ujian air kencing boleh memberi petanda sebenar apa yang terkandung di dalam air kencing. Haematuria (darah di dalam urin), Haemolytic Anemia, hepatitis juga boleh menjadi antara punca simptom air kencing menjadi berwarna gelap.

      Diharap puan dapat mengambil tindakan segera. Terima kasih.

      Reply
  • March 2, 2018 at 1:14 am
    Permalink

    Saya rasa sakit seperti sakit sengugut pada bahagian kanan pinggang dan belakang. Ada rasa nk muntah, selalu cirit birit. Ade masalah utk tidur, sakit bahagian dada dan sukar nk bernafas kadang-kadang. Kukit jadi gatal-gatal terutama tangan dan kaki. Adakah ianya bahaya?

    Reply
    • March 2, 2018 at 1:10 pm
      Permalink

      Salam Nurul Ain. Puan mengalami banyak simptom-simptom masalah penyakit yang pelbagai. Untuk mengetahui bahaya atau tidak masalah kesihatan puan, sila dapatkan rujukan dan pemeriksaan doktor dengan segera. “Bahaya” boleh dikesan sama ada melalui pemeriksaan kesihatan lebih awal atau apabila ia menjadi semakin teruk/kronik.

      Kami nasihatkan, jangan ambil risiko untuk tunggu “Bahaya” itu semakin melarat, terus dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor. Itu langkah terbaik. Terima kasih.

      Reply
  • March 4, 2018 at 9:53 pm
    Permalink

    Salam ..saya berumur 41thn dan aktive bersukan bedminton..1minggu 3kali latihan..sejak 1 bulan kebelakangan ni saya selalu sakit pinggang dan minggu lepas mula sakit atas pinggang pula..kesakitan yg ketara ialah bangun dari tidur memang terasa sakit sangat kedua-dua belah pinggang saya..adakah itu tanda-tanda saya mengidap sakit buah pinggang ?

    Reply
    • March 4, 2018 at 10:26 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam Tuan Wan Hairul. Alhamdulillah tuan masih cergas bersukan di usia 40-an. Bagus tu untuk kesihatan.

      Simptom biasa yang berlaku jika dikaitan dengan sakit buah pinggang ialah kencing kotor/berbuih, tekanan darah tinggi, kencing manis dan keletihan yang melampau. Biasanya berlaku pada salah satu buah pinggang kanan atau kiri dan jarang berlaku serentak pada kedua-dua belah.

      Jika tiada tanda-tanda tersebut mungkin tuan mengalami sakit/kecederaan otot belakang pada kedua-dua belah pinggang. Biasanya sakit ini boleh hilang dalam jangkamasa tertentu.

      Jika rasa sakit yang berpanjangan dan semakin teruk, sila dapatkan rujukan dan pemeriksaan doktor. Jika khuatir tentang masalah buah pinggang, boleh juga buat pemeriksaan untuk buah pinggang.

      Reply
  • March 14, 2018 at 12:37 pm
    Permalink

    Assalamualaikum.. Saya Amalina. Dah 2 hari bila saya kencing. Kencing saya warna pink. Lepas tu badan rasa mcm lemah sikit mcm nak demam. Tapi saya takut nk bgtau siapa2 sbb baru2 lagi. Jadi saya nak tunggu smpai seminggu. Okay ka? Saya takut ada simptom penyakit berbahaya 😅. Boleh mintak penjelasan? Sbb simpton lain mcm tak ada lagi.

    Reply
    • March 14, 2018 at 7:35 pm
      Permalink

      Salam Cik Amalina. Kencing kotor ni boleh disebabkan oleh beberapa punca. Mungkin akibat masalah jangkitan dalam salur kencing, proses detoksifikasi, masalah buah pinggang, kecederaan dalam pundi kencing, masalah haid yang berat, masalah hati dan macam-macam lagi.

      Kadang-kadang ia disebabkan oleh benda-benda normal seperti kesan pemakanan tertentu. Dan biasanya akan hilang dalam masa beberapa jam atau hari. Jika tiada rasa sakit dan tidak berpanjangan, boleh dianggap normal. Sebaliknya pula jika muncul simptom-simptom lain, rasa sakit dan ia tidak berkurangan.

      Bagus jika cik rahsiakan dari pengetahuan orang lain, tapi jangan kepada doktor. Jika ingin tahu masalah cik dengan lebih tepat, buat pemeriksaan doktor dengan segera. Hasil makmal melalui ujian air kencing tentang isi kandungannya boleh memberi maklumat dengan lebih tepat.

      Sekadar info ringkas, harap cik boleh ambil tindakan lanjut. Terima kasih.

      Reply
  • March 19, 2018 at 10:55 pm
    Permalink

    Salam..sy nak tanya..pada 2 bulan lepas saya ada mengalami masalah dnyutan jntung yg laju, rasa mual, lemah smpai tubuh bdn terketar dan sesak nafas..tapi bila cek darah dan air kencing,doktor cuma bagi result kadar pottassium sy tinggi sdikit..tapi doktor x dpat cari apa yg mnyebabkan sy alami semua tu..dan sampai skarang, kdang2 sy ada terasa sedikit terganggu utk bernafas tapi tidak teruk sangat dan kurang selera mkn krna trasa sedikit mual..jadi apa yg perlu saya buat ya utk kenal pasti samada sy mengalami apa2 penyakit atau tidak? Trima kasih

    Reply
    • March 22, 2018 at 9:30 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam Mas. Tentang penyakit atau tidak itu seharusnya doktor yang memberi pengesahan dan nasihat perubatan.

      Mungkin doktor sedang membuat pemantauan berkala terhadap puan. Beberapa siri ujuan dalam tempoh tertentu akan memberi sedikit identifikasi berkenaan masalah puan.

      Reply
  • March 29, 2018 at 5:32 pm
    Permalink

    Untuk tahu ada msalah buah pinggang ckup sekadar cek air kencing ke?

    Reply
    • March 30, 2018 at 10:00 am
      Permalink

      Salam Puant/Tuan Anonymus. Untuk pengesahan peringkat awal, pemeriksaan air kencing & darah cukup penting untuk mengesan masalah buah pinggang. Sebelum itu mungkin simptom-simptom tertentu boleh memberi petunjuk.

      Reply
  • April 29, 2018 at 9:18 pm
    Permalink

    Betul ke kalau menderma satu buah pinggang yang sihat bagi seorang perempuan boleh mendatangkan risiko untuk membolehkan dia mengandung di hari kemudian?

    Reply
  • May 5, 2018 at 3:44 pm
    Permalink

    Salam.. Mata saya bengkak dah seminggu.. X sakit tapi ada tahi mata.. Bila bangun tidur pasti bengakak tapi hanya sebelah

    Reply
    • May 5, 2018 at 7:15 pm
      Permalink

      Salam Ninie. Mata bengkak tapi tak sakit mungkin boleh disebabkan oleh beberapa punca. Antaranya disebabkan oleh jangkitan bakteria, tanda awal PMS (haid), Alergi mata, tidak cukup tidur, kerap menangis, masalah tiroid dn pelbagai lagi.

      Sukar untuk kita ketahui apa punca sebenar masalh mata Ninie. Jadi berjumpa doktor dan dapatkan pemeriksaan dan rawatan adalah langkah terbaik. Boleh jadi tiada apa-apa masalah atau masalah penyakit tertentu yang cuba ditunjukkan oleh tanda bengkak mata yang berpanjangan.

      Nasihat kami, pergi jumpa doktor mata. Itu yang terbaik.

      Reply
  • June 6, 2018 at 9:30 am
    Permalink

    Salam dic. Sy dah 3x buat urine test n 2x ujian darah di klinik kesihatan brdekatan. Doc cuma kata ad masalah kencing kotor. Fungsi organ lain normal trmasukbuah pinggang. Lepas mkn antibiotik..lepas sebulan kencing sy masih ada darah yg x kelihatan dvn mata kasar. Lepas ujian x-ray..doc x jpe wujudnya batu karang. Sy dirujuk kpd hospital Melaka 22/6 ni utk ujian ultrasound plk. Adakah itu petanda ada batu karang? Adakah kedua2 ujian urine n darah sudah cukup menetukan tahap buah pinggang sy? Pinggang kiri sy masih lg ngilu walau x sakit smpai skrg. Sy skrg amalkan pemakanan vege n minum air masak bertapis 4 liter atau lebih sehari. Tkasih ye doc atas jawaban.

    Reply
    • June 7, 2018 at 6:58 am
      Permalink

      Waalaikumsalam Tira. Untuk makluman, saya bukanlah doktor mahupun pengamal perubatan. Saya hanya Shaklee Certified Product Trainer.

      Dalam hal ini, puan perlu mengikut 100% saranan doktor baik dari segi pemeriksaan dan nasihat kesihatan. Ujian air kencing banyak memberi petunjuk dalam kandungan urin terutamanya jika kita ada masalah kencing kotor (biasa berlaku bagi ibu mengandung). Mungkin puan berada di fasa awal pembentukan batu karang. Ubat diet dengan mengurangkan pengambilan garam, memperbanyakkan pengambilan sayur serta buah-buahan dan banyak minum air kosong (ganti minuman manis) adalah cara terbaik sebagai langkah pencegahan.

      Reply
      • June 7, 2018 at 1:47 pm
        Permalink

        Terima kasih byk2 tuan.

        Reply
        • June 7, 2018 at 8:42 pm
          Permalink

          Sama-sama. Inshallah semoga Tira semakin sihat. Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya. Maaf zahir & batin

          Reply
  • July 3, 2018 at 6:23 pm
    Permalink

    Assalamualaikum saya sedang mengalami tanda tanda
    Badan cepat letih. Cepat lupa. Kerap pening dan terasa loya. Terlampau kerap kencing dengan sifat air kencing berwarna kuning kejernihan. Kencing berbuih . kulit kering dan gatal yang terlampau. Hilang selera makan dan berat badan berkurang secara mendadak dan kerap rasa sakit pinggang sebelah kiri Tanda tanda ni muncul pada awal tahun ini. Ini betul2 gejala yang ada pada pesakit buah pinggang ke? Saya agak takut untuk pergi check.

    Reply
    • July 3, 2018 at 10:12 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam En Daush. Jangan takut untuk pergi buat pemeriksaan doktor. Jika tiada rawatan diambil dengan segera, dijangka masalah penyakit tuan akan melarat dengan lebih serius dan teruk. Sekurang-kurangnya pemeriksaan awal dapat memberi pengesahan tentang masalah penyakit tuan yang sebenar. Dari situ, rawtan lanjut mungkin dapat memperbaiki masalah kesihatan tuan serta mengambil langkah berjaga-jaga berikutnya.

      Kami nasihatkan tuan, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor dengan segera.

      Reply
  • September 7, 2018 at 10:55 pm
    Permalink

    Assalamualaikum…suami saya disahkan mempunyai masalah buah pinggang dgn createnin 236 dan menurut doktor perlu menjalani cucian hemodialisis..suami mengamalkan vivix shaklee 1 sudu teh sekali sahaja setiap pagi sebelum sarapan..bolehkan puan berikan tips yg berguna cara pemakanan dan suplemen yg sesuai agar dpt mengelakkan penggunaan mesin hemo..? Tksih

    Reply
    • September 8, 2018 at 10:46 am
      Permalink

      Waalaikumsalam Puan Nur Cahaya. Kami bersimpati atas masalah yang puan dan suami puan sedang hadapi. Jika masalah buah pinggang sudah mencapai tahap 4 atau 5 dan perlu dialisis, peluang untuk sembuh mungkin masih tetap ada, Inshaa Allah.

      Cara pemakanan Vivix sudah memadai untuk satu sudu teh sahaja sehari. Selain fungsi untuk membantu serta menyokong proses pembaikpulihan buah pinggang, ia juga dapat membantu mengatasi masalah keletihan, tidak bertenaga, kekurangan nutrisi dan sebagainya akibat keterbatasan dalam diet pemakanan yang ketat.

      Penjagaan pemakanan amat penting. Ikut nasihat dan diet pemakanan yang dicadangkan oleh doktor. Buah pinggang sangat sensitif, Ambil perhatian terhadap segala pantang larang pemakanan yang dinasihatnakn.

      Pada tahap ini, sentiasa merujuk perkembangan dan masalah puan dengan doktor. Semoga suami puan memperoleh perkembangan positif dalam pemeriksaan doktor dan dapat mengurangkan kebergantungkan kepada sokongan hemodialisis nanti.

      Terima kasih.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.