Pernah tak alami situasi kelopak mata bergerak secara tiba-tiba?

Kalau ikut kata orang-orang lama, kelopak mata bergerak-gerak ni ada membawa petandanya yang tertentu, seperti:

  • Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – Akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
  • Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – Akan mendapat kesusahan.
  • Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – Akan mendapat kebaikan.
  • Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – Alamat berita sedih dan hendak menangis.
  • Ekor Mata Kanan bergerak – Bakal menerima kedatangan orang jauh.
  • Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – Mendapat sedikit kepayahan.

Tak tahulah benda ini mitos ataupun tidak. Mungkin sekadar seloka orang lama-lama yang unik dan menarik berdasarkan pemerhatian dalam hidup seharian. Yang penting jangan buat ia sampai merosakkan akidah.

Ok, itu cerita orang-orang lama. Sekarang kita cuba lihat dari sudut sains dan kesihatan.

Mengapa kelopak mata bergerak-gerak ini boleh berlaku dan apakah tanda-tanda pembawaannya. Biasa-biasa atau bahaya? Jom kita tengok huraian ringkasnya.

Kenapa Mata Berkedip Dengan Tiba-tiba?

Situasi ini berlaku disebabkan oleh gerakan kelopak mata atas dan kelopak mata bawah secara tiba-tiba atau mengejut (spasma), berlaku sangat cepat dan sekejap; tidak berasa sakit dan juga tidak boleh dibuat-buat.

Ia boleh berlaku sekali dalam beberapa saat atau dalam siri yang berulang-ulang kali dan bersifat sementara serta tidak berpanjangan.

Sama ada ia berlaku pada mata sebelah kiri atau kanan (tidak berlaku serentak pada kedua-dua belah mata), keadaan ini tidak menimbulkan sebarang bahaya.

Ia mungkin saat yang menghiburkan kerana setiap individu paling tidak mesti pernah mengalaminya sekali dalam seumur hidup. Betul kan!?

Tetapi selain tindakan luar kawalan yang mengejut, ia juga mungkin membawa petanda masalah kesihatan dan kita tidak mahu ia berlaku secara berulang-ulang kerana ia diluar tabiat biasa kerdipan mata.

Bagaimana Kelopak Mata Bergerak-gerak Boleh Berlaku?

Secara amnya, mata berkedip-kedip ini berlaku disebabkan oleh gerakan otot dalam kelopak mata secara berulangan dalam masa yang sangat cepat dan tidak boleh dikawal.

Baca Juga :  10 Simptom Parasit Pada Tubuh Manusia Yang Mesti Kita Tahu

Dalam istilah bidang perubatan, ia disebut sebagat “Myokymia“.

Gerakan otot secara tiba-tiba (spasma/kekejangan) ini biasanya didominasi oleh kontraksi otot kelopak mata bawah dan berlaku hanya pada sebelah mata dalam satu-satu masa.

Senarai Punca Mata Berkedip-kedip

Mengikut Medical News Today, gerakan kelopak mata ini disebabkan oleh aktiviti elektrikal dalam otak yang merangsang sel saraf menghantar isyarat dengan sangat cepat kepada otot kelopak mata, yang kemudian mencetuskan kekejangan otot atau spasma.

Menurut sumber itu lagi, kondisi ini boleh terjadi berpanjangan dalam masa beberapa minit hingga ke beberapa hari.

Keletihan otot mata dan rangsangan berlebihan (overstimulation) adalah antara faktor puncanya akibat:

  • Stress
  • Pengambilan kafein berlebihan
  • Gangguan tidur atau tidak cukup tidur
  • Mata kering

Penyebab lain yang secara tidak langsung boleh mencetuskan gejala kelopak mata bergerak-gerak ini ialah:

  • Pengambilan alkohol
  • Terdedah kepada cahaya terang
  • Iritasi permukaan biji mata atau bahagian dalam kelopak mata
  • Kesan kerja keras secara fizikal tubuh
  • Merokok
  • Terdedah kepada cuaca dan angin
  • Sakit kepala atau pening kepala
  • Kesan pengambilan ubatan atau rawatan tertentu

Bahaya Simptom Kelopak Mata Berkedip-kedip Dengan Kerap

Sebenarnya, keadaan mata berkedip-kedip secara tiba-tiba ini tidak mendatangkan suatu masalah yang serius.

Ia boleh dikatakan sebagai masalah terpencil kerana jarang berlaku, tidak berbahaya dan tidak menyakitkan.

Ia boleh hilang sendiri dalam kadar waktu tertentu dan tidak memerlukan apa-apa kaedah rawatan perubatan.

Bagaimanapun, jika kelopak mata bergerak-gerak ini berlaku secara kerap dan berterusan secara kronik, ia mungkin membawa petanda serius amaran kesihatan dalam sistem tubuh kita.

Salah satu contoh risiko kronik mata berkedip-kedip ialah berkenaan Benign Essential Blepharospasm.

Apa itu Benign Essential Blepharospasm

Ia adalah sejenis gangguan neurologi yang sangat jarang berlaku yang menyebabkan kekejangan dan kontraksi otot sekitar mata. Lebih mudah dinyatakan sebagai gerakan otot secara tiba-tiba pada sekitar mata (blepharospasm).

Ia bermula dengan simptom kelopak mata bergerak biasa yang tidak disedari berlaku berpanjangan dan tidak ditangani dengan baik (pemeriksaan & rawatan).

Dalam sesetengah kes tertentu, kekejangan otot berlaku dengan teruk sehingga memaksa kelopak mata tertutup rapat selama beberapa jam satu-satu masa.

Baca Juga :  Cara Merawat Penapis Buah Pinggang Bocor Supaya Tidak Kerap Letih

Simptom Essential Blepharospasm:

  1. Melibatkan kedua-dua belah mata kanan dan kiri
  2. Mata berkelip secara kerap secara individu
  3. Otot sekitar muka turut mengalami kekejangan
  4. Mata sangat sensitif dengan cahaya terang dan menimbulkan stress
  5. Kekejangan berlaku berpanjangan mungkin sehingga 1 jam atau lebih

Antara masalah penyakit lain yang mempunyai ciri yang lebih kurang sama dengan Benign Essential Blepharospasm ialah:

  1. Bell’s Palsy – Berlaku kelumpuhan pada sebelah muka yang disebabkan oleh inflamasi dan trauma pada sistem saraf muka.
  2. Sindrom Meige – Sejenis kegagalan fungsi saraf yang jarang berlaku melibatkan kekejangan/kontraksi otot secara tiba-tiba dan serentak pada otot pipi, lidah dan leher.
  3. Tardive Dyskinesia – Gerakan otot mulut dan lidah yang tidak terkawal jika pada tahap ringan. Dikira berat jika melibatkan pergerakan diluar kawalan lidah terjelir, tarik otot muka, leher dan pergerakan badan yang lain secara aktif (seperti sawan).

Bagaimana Cara Mengurangkan Masalah Kelopak Mata Bergerak?

Jika situasi mata berkedip-kedip berlaku dengan kerap, cara terbaik untuk mengurangkannya adalah dengan mengenalpasti punca dan penyebab ia berlaku.

Beberapa kebiasaan berikut mungkin kita perlu kurangnkan untuk mengurangkan mata berkedip-kedip dengan kerap:

#1 – Kurangkan Pengambilan Kafein

Cuba kurangkan atau berhenti sementara dalam tempoh seminggu atau dua minggu tabiat suka ambil kafein daripada sumber kopi, teh dan makanan bercoklat.

#2 – Amalkan Tidur Yang Cukup

Kurangkan aktiviti yang boleh mengganggu waktu tidur seperti kerap menggunakan gajet sebelum tidur dan menonton video atau rancangan tv.

Bersedia untuk tidur awal setiap hari. Banyakkan aktiviti kecergasan pada waktu petang supaya tubuh cukup letih untuk tidur awal pada waktu malamnya.

Membaca buku/risalah sebelum tidur boleh memberi ketenangan pada otak dan mempercepatkan rasa ingin tidur.

Ambil sumber kalsium untuk dapatkan tidur yang nyenyak dan dapat bangun pagi yang segar tanpa kesan sakit badan atau pinggang.

#3 – Hentikan sebarang pengambilan alkohol

Minuman beralkohol memberi kesan kepada saraf pada mata. Ia juga mempunyai kesan yang lebih kurang sama dengan kandungan kafein dalam minuman.

Hindarkan minuman beralkohol, tetapi berhenti adalah lebih baik.

After you drink alcohol, you may find that your body will be burning with the fire inside. The alcohol will stimulate your eyes nerves. That is why you get the eyes twitches. However you should notice whether you have this phenomenon during your common time with no alcohol. If so, you need to have the full check on the eyes and need the in-time treatment.

Sumber:  firmoo.com

#4 – Banyak Minum Air Kosong

Mata kering, kerengsaan mata dan keradangan mata juga berkait dengan kelopak mata bergerak-gerak akibat masalah kekurangan air.

Baca Juga :  9 Masalah Penyakit Orang Tua Yang Mungkin Kita Akan Hadapi Bila Lanjut Usia

Kebaikan minum air kosong boleh mengelakkan dehidrasi pada tubuh dan mata serta dapat memperbaiki masalah mata.

Atasi masa kering

Orang dewasa lebih mudah untuk mengalami masalah mata kering, terutamanya mereka yang mencecah umur 50-an.

Antara penyebabnya ialah akibat pengambilan ubat atau rawatan tertentu, bekerja dengan komputer atau gajet telefon terlalu kerap dalam tempoh waktu yang lama serta kesan penggunaan kanta lekap (contact lense).

Rehatkan mata dan hindari penggunaan kanta lekap buat sementara sehingga masalah kelopak mata bergerak-gerak hilang atau berkurangan.

#5 – Tingkatkan Keseimbangan Nutrisi Untuk Mata

Pada ketika ini, mata amat memerlukan sumber nutrisi tertentu untuk mengembalikan fungsinya dengan baik.

Antara nutrisi yan penting untuk mata ialah sumber kalsium-magnesium-vitamin D, vitamin A, vitamin B12, dan asid lemak omega 3.

Eye twitching, except in extreme cases, is not the result of lack of proper eating habits, but nutritional imbalances in the form of lack of vitamins and minerals can play a role, according to doctor of optometry Burt Dubow of the All About Vision website.

Sumber: Livestrong.com

Sumber vitamin  dan mineral ini boleh diperolehi dalam diet pemakanan kita sehari-hari, bergantung kepada sejauh mana gaya hidup sihat yang kita amalkan. Atau mudahnya, kita boleh dapatkannya dari sumber suplemen.

Untuk penerangan lanjut, jika anda mengalami masalah kelopak mata bergerak-gerak secara serius; sila berjumpa dengan doktor pakar mata. Dapatkan info tentang masalah dan nasihat perubatan untuk cara mengatasinya.

Sumber Artikel:

  • Medicalnewstoday.com
  • Mercola.com
Facebook Comments:
Apa Tanda Kelopak Mata Bergerak-gerak? Normal atau Petanda Amaran Kesihatan

6 thoughts on “Apa Tanda Kelopak Mata Bergerak-gerak? Normal atau Petanda Amaran Kesihatan

  • March 21, 2018 at 3:33 pm
    Permalink

    Sesetengah laporan mencadangkan kekurangan bahan pemakanan tertentu, seperti magnesium, boleh menyebabkan kelopak mata bergerak juga.

    Reply
    • March 25, 2018 at 7:54 am
      Permalink

      Salam Puan Kadziah. Betul, kekurangan nutrisi tertentu didalam badan seperti magnesium dan kalsium boleh menyumbang kepada masalah kelopak mata bergerak-gerak. Kedua-dua nutrisi mineral ini juga sangat penting untuk membantu kesihatan saraf selain untuk kekuatan tulang dan gigi.

      Reply
  • April 12, 2018 at 8:46 am
    Permalink

    Kelopak mata saya dah 2 mggu asyik bergerak, menyebabkn saya tidak selesa

    Reply
    • April 12, 2018 at 7:01 pm
      Permalink

      Salam Siti Hajar. Kalau tiada efek kesihatan mata yang lain tiada masalah. Mungkin otot mata ada sedikit masalah spasm (kejutan). Boleh refer kepada doktor mata jika perlu.

      Reply
  • July 1, 2018 at 9:26 pm
    Permalink

    Mata suami saya selalu berkedip sebelah mata setiap masa. Masa dia tidur pun nampak mata dia berkedip2. Masalah mata suami saya dah berlaku selama 2 tahun. Tahu tak apa puncanya & macam mana nak atasi masalah ni?

    Reply
    • July 3, 2018 at 5:42 pm
      Permalink

      Salam Puan Hawiyusmaida. Jika situasi mata berkelip berlanjutan setelah sekian lama, puan perlu merujuk masalah ini kepada doktor/pakar mata. Mereka lebih arif tentang bidang ini dan nasihat/kaedah rawatan yang sesuai. Terima kasih.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.