1 2

Ketahui Tanda Penyakit Dari Bau Mulut

Nafas berbau boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Di antaranya oleh sebab bakteria, air liur dan memberi tanda tubuh kita mempunyai penyakit. Jika anda mengidap penyakit seperti sakit tekak, sinusitis, diabetes, masalah hati, radang tonsil, masalah ginjal dan infeksi pada gusi, anda mungkin akan mengalami masalah mulut dan nafas berbau. Ketahui tanda penyakit dari bau mulut yang anda hadapi dengan mengenalpasti jenis bau pada mulut anda. Jom baca…

masalah-mulut-berbau

Bau mulut seperti gula

Mulut yang berbau seperti gula. Macam seronok di dengar. Namun, tahukah anda, mulut berbau seperti bau gula mungkin disebabkan oleh anda mengidap penyakit diabetes? Apabila tubuh kekurangan insulin (ya.. ini adalah masalah utama kepada pesakit diabetes dimana tubuh gagal menghasilkan insulin yang mencukupi untuk keperluan tubuh), tubuh tidak dapat mengubah gula menjadi tenaga dan mengebabkan ia mengambil lemak di tubuh sebagai penggantinya.

Jika mulut anda berbau gula, cek urin anda terutama jika anda berasa haus yang berlebihan, kepenatan yang teramat sangat, penurunan berat badan tanpa punca yang jelas dan sering terasa ingin membuang air kecil dengan kerap.

Bau mulut seperti kapur barus

Individu yang mempunyai masalah sinus sering mengalami masalah mulut berbau seperti bau kapur barus kerana penghasilan lendir ketika hidung tersumbat atau tenggorok menjadi sempit. Lakukan pemeriksaan adakah anda mengalami masalah sinusitis

Bau mulut seperti susu masam

Apabila mulut anda berbau seperti susu masam, berkemungkinan ia terjadi kerana anda mengamalkan diet yang terlalu ketat. Kebiasaannya ia berlaku kepada individu yang mengambil terlalu banyak protein dan mengelakkan karbohidrat di dalam pemakanan seharian.

Bau mulut seperti daging busuk

Apabila berlaku radang pada tonsil, bakteria anaerobik akan mengalami kesukaran untuk memecahkan bahan kimia seperti biasa. Bakteria sulfur pula akan berkembang biak dengan lebih banyak pada ketika itu. Ini menyebabkan mulut akan berbau seperti daging busuk. Selain itu, bau mulut ini juga menunjukkan berdapatnya sirosis hati dimana ia adalah keadaan dimana hati tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan terdapatnya kerosakan pada hati.

Bau mulut dipagi hari

Memang tiada mulut yang berbau harum selepas kita bangun dari tidur. Namun begitu, jika baunya berterusan sepanjang hari, ia mungkin disebabkan oleh masalah mulut kering atau kekurangan air liur. Air liur yang kurang boleh menyebabkan bakteria berkembang biak sehingga menimbulkan bau di dalam mulut. Jika ia tidak di atasi dan dibiarkan berlanjutan untuk tempoh masa yang lama, kerosakan gigi dan penyakit gusi boleh terjadi. Apa yang anda boleh lakukan adalah, banyakkan minum air putih untuk hindari rasa haus, bibir menjadi pecah-pecah, sakit kerongkong dan sensasi terbakar di lidah.

Bau mulut hamis

Bau mulut yang berbahaya adalah bau mulut yang hamis seperti bau ikan. Bau ini menunjukkan berkemungkinan besar anda  menderita masalah ginjal. Apabila ginjal tidak berfungsi dengan baik, akan berlaku pengumpulan nitrogen dimana nitrogen ini akan membuatkan bau muut menjadi tidak enak.

Bau mulut seperti sisa buangan

Bau mulut seperti sisa buangan berkemungkinan besar disebabkan oleh terjadinya infeksi pada gusi. Ia merupakan salah satu masalah pada kita di zaman moden ini. Pastikan anda memberus gigi 2 kali sehari, gunakan dental floss dan kunjungi doktor gigi setiap 6 bulan sekali.

Semoga artikel ini membantu anda mengenalpasti punca masalah nafas berbau yang anda hadapi. Jika anda rasa ia bermanfaat, silalah berkongsi dengan lebih ramai orang.

Norhanita
Rakan Nutrisi Anda.

Facebook Comments:
Ketahui Tanda Penyakit Dari Bau Mulut

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago