1 2
Kesihatan Kanak-kanak

12 Tanda-tanda Anak Kekurangan Nutrisi

Anak-anak perlukan nutrisi yang cukup dari makanan dan minuman mereka untuk membesar dengan baik. Tanpa nutrisi yang cukup dan seimbang, maka akan berlakulah pelbagai gejala negatif yang menimpa mereka.

Oleh kerana itu, peranan kita sebagai ibu bapa untuk memantau keperluan nutrisi mereka dalam memastikan mereka mendapat cukup keperluan nutrisi adalah sangat penting.

Disini, saya kongsikan dengan anda tanda-tanda anak kekurangan nutrisi. Jom baca.

Tanda-tanda anak kekurangan nutrisi

Tanda-tanda Anak Kekurangan Nutrisi

#1 – Kulit Berbintik-bintik

Menurut American Association of Dermatologists (AAD), bintik-bintik di kulit merupakan salah satu tanda kerosakan kulit.

Penyebabnya adalah kerana sinaran matahari, keseimbangan hormon yang terganggu dan faktor genetik. Apa kaitan dengan keseimbangan hormon ya dengan kekurangan nutrisi?

Tubuh kita perlukan nutrisi yang lengkap untuk hormon tubuh kita bekerja dengan betul. Kekurangan mana-mana nutrisi di dalam tubuh akan menyebabkan gangguan kepada hormon.

#2 –  Terlalu Gemuk

Apa jua jenis makanan dengan nutrien kurang seimbang akan menyebabkan kita berasa lebih cepat lapar. Anak-anak sentiasa lapar kerana tubuh mereka “laparkan” makanan yang bernutrisi baik.

Jika tidak dikawal, lama kelamaan berat anak akan menjadi semakin meningkat dan menjurus kepada terjadinya masalah obesiti.

#3 –  Terlalu Kurus

Kita tidak dapat menyangkal bahawa antara penyebab badan terlalu kurus adalah kerana kekurangan nutrisi. Jika anak mendapat nutrisi yang mencukupi, mereka akan mempunyai berat badan yang ideal dan tidak terlalu kurus.

#4 –  Susah Bangun Pagi

Anak-anak yang sukar untuk bangun pagi mungkin kerana mereka sukar tidur atau tidak dapat tidur dengan lena di malam hari.

Vitamin B6 dan kalsium adalah di antara nutrisi penting yang dapat menjaga jam tidur anak anda.

Ia penting dalam penghasilan hormon serotonin yang membuatkan tubuh anak menjadi lebih relaks. Ia mampu membuatkan anak anda tidur lebih nyenyak.

Perasan tak dalam cerita di tv, sebelum tidur, anak disarankan supaya mengambil segelas susu. Dulu saya ingat ia sekadar suka-suka.

Rupa-rupanya segelas susu sebelum tidur mampu membuatkan kita tidur lebih lena di malam hari.

#5 –  Kerap Demam

Ada kanak-kanak yang akan berasa tidak sihat sekurang-kurangnya sekali dalam masa 1 bulan. Mengapa ya? Adakah ia perkara normal? Normal jika sistem imun mereka rendah.

Tapi jika sistem imun anak-anak kita tinggi, Insya Allah mereka susah untuk jatuh sakit. Maka, menjadi tanggungjawab kita dalam membantu mereka meningkatkan sistem imun mereka.

Salah satunya adalah dengan cara memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi.

#6 – Murung & Tidak Ceria

Rasa murung dan bimbang bermula dari minda. Salah 1 faktor ianya terjadi adalah kerana faktor kekurangan nutrisi dari pemakanan yang tidak lengkap.

Sebagai contoh, Protein. Protein mengandungi asid amino. Asid amino sangat penting untuk membantu otak menghasilkan neurotransmitter. Anda pernah dengar tentang Serotonin, Endorfin, Catecholemines dan GABA?

Betapa pentingnya untuk mewujudkan keseimbangan pada neurotransmitter ini demi membantu anak kita berasa lebih tenang dan gembira.

Ketidakseimbangan pada neurotransmitter akan menyebabkan anak kita berasa tertekan, cemas, murung dan tidak ceria.

Namun, pilihlah makanan yang mengandungi 9 asid amino perlu yang tubuh kita tidak mampu hasilkan, tapi sangat penting untuk keseimbangan tubuh.

#7 – Hiperaktif

Hiperaktif dikaitkan dengan kemampuan otak untuk memproses maklumat  dan dalam masa yang sama mampu bertenang.

Kanak-kanak hiperaktif cenderung untuk mempunyai kekurangan bakteria flora dan mempunyai sistem pencernaan yang lemah. Ia akan menybabkan tubuh mereka sukar untuk menyerap nutrien yang berbeza.

Sesetengah doktor akan mengesyorkan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak hiperaktif untuk tidak memberikan anak mereka makanan yang diproses dan makanan yang mengandungi kandungan pewarna tiruan untuk mengurangkan hyperaktif di kalangan kanak-kanak.

Disebabkan hiperaktif ini mempunyai kaitan juga dengan penghadaman, maka salah satu cara semulajadi untuk membantu mengatasi masalah hiperaktif adalah dengan membetulkan kembali sistem penghadaman.

#8 –  Lambat Bercakap

Anak yang lambat bercakap dapat dikaitkan dengan kekurangan vitamin B12. Diantara makanan yang mempunyai kandungan vitamin B12 yang tinggi adalah daging lembu, ayam, ikan, kerang, susu dan telur.

#9 – Kulit & Rambut Kering

Kulit dan rambut yang kering boleh dikaitkan dengan kekurangan vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E, dan K2.

#10 – Kaviti Pada Gigi

Kebiasaannya kita kaitkan masalah kaviti dengan amalan memakan gula-gula dan makanan bergula yang terlalu banyak dalam pemakanan harian.

Tapi, tahukah anda bahawa di antara sebab utama terjadinya kaviti adalah kerana kekurangan mineral tertentu dan kerana kekurangan vitamin larut lemak  (A,D,E,K)

#11 – Kerap Selsema

Anak-anak yang mengambil nutrisi lengkap termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai sistem imun tubuh yang jauh lebih tinggi berbanding  anak-anak yang memilih makan atau kita kenali dengan anak-anak jenis “picky eater”.

Andainya mereka demam, selsema dan batuk, mereka akan sembuh dengan lebih cepat.

#12 – Pemarah

Lemak terutamanya omega-3 adalah sangat penting untuk menstabilkan emosi dan menjaga mood anak. Lemak tepu yang baik daripada mentega dan minyak kelapa bertindak menyimpan dan melindungi omega-3 di dalam otak mereka.

Tahukah anda bahawa lobak merah membantu menyerap sebarang estrogen tambahan dalam badan?

Kandungan estrogen di dalam tubuh boleh menjadi penyebab kita berasa marah dan mudah untuk naik marah. Maka, berilah anak anda makan lobak merah dengan lebih kerap kerana ia mampumembantu menyeimbangkan hormon mereka secara semulajadi.

Anak Anda Mengalami Masalah Kekurangan Nutrisi?

Adakah anak rasa anak-anak anda juga mengalami tanda-tanda kekurangan nutrisi seperti di atas?

Jika ya, sudah tiba masanya untuk anda fikirkan pengambilan suplemen tambahan kepada anak-anak anda. Mereka memerlukan nutrisi lengkap dalam memastikan tumbesaran mereka berjalan dengan lancar. Ia juga akan mempengaruhi kecerdasan minda mereka.

Jika anda ingin mendapatkan suplemen untuk anak anda, hubungi saya untuk dapatkan keterangan produk suplemen yang bersesuaian serta konsultasi eksklusif untuk anda.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 Direct Link Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

 

Facebook Comments:
12 Tanda-tanda Anak Kekurangan Nutrisi

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago