Paras gula dalam darah yang tinggi atau disebut sebagai hiperglisemia (hyperglysemia) dan merupakan salah satu kondisi bagi individu yang menghidap masalah diabetes.
Glukos atau gula darah datang daripada sumber makanan yang kita makan dan merupakan sumber tenaga yang tubuh perlukan setiap masa.
Paras gula dalam darah akan naik dan turun secara normal mengikut respon sistem tubuh.
Insulin merupakan hormon penting yang bertanggungjawab mengawal paras gula dalam darah. Ia membantu menukarkan glukosa dalam darah dan menyalurkannya kepada sel untuk keperluan tenaga.
Baca Juga >> Tanda-tanda Platelet Darah Rendah
Apabila tubuh kurang atau mengalami masalah untuk menghasilkan insulin, mekanisma tindakbalas insulis terhadap glukosa ini akan menjadi lemah.
Akibatknya, kepekatan gula dalam darah akan meningkat dan mencetuskan masalah gula tinggi dalam darah atau hiperglisemia seperti yang disebutkan awal tadi.
Jika tubuh terus menerus mengalami masalah penghasilan insulin, ia boleh menyebabkan beberapa risiko masalah kesihatan yang serius.
Antara komplikasi bahaya gula tinggi dalam darah secara jangkamasa panjang ialah:
Baca Juga >> Kenapa Jantung Berdebar-debar Tanpa Sebab?
Paras gula dalam darah yang normal bagi individu ialah 80 – 130 mg/dL.
Dalam masa 2 jam selepas makan, bacaan gula dalam darah sepatutnya tidak melebihi bacaan 180mg/dL.
Jika bacaan gula tinggi dalam darah, maka anda dikatakan berisiko mempunyai tanda-tanda kandungan gula tinggi dalam darah.
Anda boleh periksa paras gula dalam darah sendiri di rumah dengan penggunaan alat seperti glukometer. Ia dapat membantu memantau bacaan paras gula harian anda terutamanya jika anda sedang mengandung.
Jika berlaku bacaan yang abnormal, anda boleh terus merujuk kepada pakar kesihatan untuk nasihat perubatan yang lebih lanjut.
Kadang kala kita tidak sedar atau perasan yang kita sebenarnya sedang mempunyai masalah bacaan gula dalam darah yang tinggi.
Kita hanya dapat merasakan suatu yang aneh atau tidak kena kondisi kesihatan kita.
Kehadiran simptom-simptom awal berikut boleh menunjukkan tanda-tanda kandungan gula tinggi dalam darah anda.
Baca Juga >> Tanda-Tanda Awal Sakit Buah Pinggang
Youtube Shorts: Tanda-tanda Gula Tinggi Dalam Darah
Kita merasakan sangat haus dan sudah berapa banyak air yang kita minum, tetapi atau rasa haus itu tetap ada dan rasa tidak puas.
Simptom ini adalah normal bagi masalah gula tinggi dalam darah. Kondisi ini juga disebut sebagai polidipsia (Polydipsia).
Polydipsia is the medical definition of excessive thirst. Excess thirst is an abnormal urge to drink fluids at all times. It’s a reaction to fluid loss in your body. Dry mouth (xerostomia) and the urge to pee often (frequent urination) may go along with it – CLEVELANDCLINIC.ORG
Biasanya, buah pinggang kita akan menyerap semula kandungan glukos dan menyalurkannya kembali ke dalam sistem aliran darah.
Namun, apabila berlaku paras gula yang tinggi dalam darah, lebihan glukosa ini tidak akan diserap semula, malah ia akan disingkirkan secara terus melalui air kencing.
Pada saat ini, glukos sebenarnya telah menarik banyak air ke dalam urin (air kencing) dan menyebabkan tubuh kehilangan banyak air.
Secara automatiknya, otak akan menghantar isyarat secara automatik dan merangsang rasa haus sebagai mekanisma untuk mengatasi masalah kehilangan air dalam badan ini.
Masalah kehilangan air dalam tubuh ini juga disebut sebagai dehidrasi. Jadi logiknya, kita perlu minum banyak air untuk membantu tubuh mengatasi masalah ini.
Baca Juga >> 9 Kelebihan Minum Air Kosong
Ok, ini berkait rapat dengan simptom pertama di atas. Minum banyak air menyebabkan kita kerap kencing.
Kencing adalah mekanisma normal bagi tubuh untuk proses detoksifikasi atau penyingkiran bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh melalui air kencing atau urin.
Namun, masalah paras gula yang tinggi dan minum terlalu banyak air telah memaksa juga lebih banyak air di salurkan ke dalam pundi kencing dan perlu disingkirkan dengan segera.
Ini menyebabkan kekerapan rasa hendak membuang air kecil menjadi semakin meningkat terutamanya pada waktu malam.
Baca Juga >>Awas! 9 Tabiat Merosakkan Buah Pinggang
Seseorang yang mengalami masalah gula tinggi mungkin akan rasa cepat lapar dan perlu makan banyak makanan sebelum rasa kenyang.
Kondisi ini juga disebut sebagai Polipagia (Polyphagia).
A person with polyphagia eats excessive amounts of food. In uncontrolled diabetes, some of the excess sugar that builds up in the blood passes out of the body in the urine. The calories (energy) that the sugar contains are also lost from the body when this happens – KIDSHEALTH.ORG
Akibat tabiat pemakanan yang abnormal ini, lebih banyak glukos akan disingkirkan oleh urin, termasuk juga kalori (yang terkandung dalam glukos) turut akan terbuang.
Ini bermaksud, tubuh tidak mengambil kalori dari pemakanan tersebut punca kepada kita rasa sentiasa lapar. Akibatnya kita akan makan lebih untuk menampung atau mengganti semula kalori yang hilang tadi.
Baca Juga >> 5 Tips Makan Sedikit Tapi Cepat Kenyang
Rasa keletihan yang melampau ini disebabkan oleh tubuh yang tidak mendapat tenaga yang mencukupi daripada sumber makanan yang kita makan.
Persoalannya mengapa?
Tubuh memperolehi glukosa atau gula hasil daripada pemakanan harian. Secara normalnya, glukosa ini akan ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan oleh tubuh bagi menampung semua aktiviti luaran dan dalaman tubuh.
Enzim insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas bertanggungjawab mengangkut glukosa masuk ke dalam sel-sel tubuh bagi membentuk tenaga.
Namun akibat paras gula yang tinggi, ia telah menghalang keberkesanan pengeluaran insulin dan menyebabkan glukos kekal di dalam darah dan tidak dapat dimangkinkan sebagai tenaga.
Akibat kekurangan insulin, semakin lama kepekatan darah semakin tinggi akibat pertambahan glukos yang tidak dapat ditukarkan kepada tenaga ke dalam sel.
Inilah punca mengapa mengapa paras gula tinggi dalam darah terjadi. Disebabkan tenaga tidak dapat dijana dengan efisien dan seterusya menjadikan kita cepat penat dan letih lesu. Atau dalam kondisi lain, kita akan menjadi cepat mengantuk dan ingin tidur selepas sesi makan yang berat.
Baca Juga >> 6 Punca Badan Cepat Penat Dan Letih Lesu
Biasanya, penurunan berat badan adalah suatu yang positif dan sangat diingini oleh mereka yang sedang dalam proses penurunan berat badan.
Namun, jika kehilangan berat badan akibat suatu yang tidak jelas, ia mungkin salah satu petanda yang tidak kena pada tubuh kita. Ia juga mungkin disebabkan oleh tanda-tanda awal paras gula yang tinggi dalam darah.
Sebagaimana poin-poin yang telah diterangkan di atas, glukos adalah bahanapi asas yang diperlukan oleh tubuh untuk menjana tenaga. Apabila glukosa ini gagal ditukarkan kepada tenaga ia menjurus kepada peningkatan paras gula dalam darah.
Walaubagaimana sekalipun, tubuh tetap memerlukan tenaga untuk mengekalkan metabolisma tubuh yang optimum dan mengatasi masalah keletihan akibat kehilangan tenaga.
Bagaimana caranya? Option lain yang ada ialah tubuh akan mendapatkan tenaga daripada otot dan lemak simpanan yang sedia ada yang terdapat di seluruh tubuh.
Kehilangan jisim otot hasil daripada pembakaran lemak ini, maka secara tidak langsung kita akan mengalami kehilangan berat badan.
Penurunan berat badan itu bagus, namun jika ia disebabkan oleh masalah paras gula yang tinggi dalam darah, maka kita perlu lebih berhati-hati untuk mengelakkan pelbagai masalah kesihatan yang bakal mendatang.
Baca Juga >> Kira Kalori Online Untuk Pengurusan Berat Badan Ideal
Youtube Shorts: Tanda-tanda Tubuh Anda Terlebih Gula
Paras gula yang tinggi dalam darah boleh mengubah kepekatan cecair yang terkandung di dalam mata.
Jika terlalu banyak kandugan gula dan air di dalam mata, ia boleh mengubah bentuk kanta mata. Kondisi ini boleh menjejaskan ketajaman penglihatan dan menyebabkan pandangan menjadi kabur.
Paras gula dalam darah yang tinggi juga boleh menyebabkan pembengkakan tisu dalaman mata dan menganggu fungsi fokus dalam penglihatan – juga menjurus kepada penglihatan menjadi kabur.
Kebiasaannya, komplikasi penglihatan menjadi kabur ini adalah sementara dan ia akan kembali normal setelah paras gula yang tinggi dapat diatasi oleh sistem responif tubuh secara automatik.
Namun, jika ia berlaku berpanjangan dan tidak dirujuk kepada pakar kesihatan untuk mengenalpasti masalah dan rawatan, anda mungkin dalam bahaya.
Hiperglisemia yang kronik berupaya menyebabkan kerosakan yang kekal pada mata. Salur darah halus dan banyak terdapat dalam deria mata boleh pecah dan menyebabkan penglihatan terbatas. Salur darah dalam mata yang pecah ini juga menjurus kepada masalah diabetik retinopati (Diabetic Retinopathy).
Diabetic Retinopathy is a complication of diabetes, caused by high blood sugar levels damaging the back of the eye (retina). It can cause blindness if left undiagnosed and untreated – NHS.UK
Masalah diabetik retinopati ini berlaku secara perlahan-lahan dan progresif. Pada permulaan ia mungkin menyebabkan anda mula mengalami masalah kesukaran melihat objek yang biasanya boleh dilihat dari jarak jauh, atau kesukaran melihat teks semasa membaca pada jarak dekat.
Baca Juga >> 7 Cara Untuk Atasi Masalah Mata Kering
Para peringkat yang lebih tinggi, ia mungkin bukan sekadar penglihatan menjadi kurang jelas, ia mungkin boleh membentuk bintik buta (blind spot) yang terapung-apung dalam pandangan mata, bahkan juga boleh menyebabkan kehilangan deria penglihatan dan buta.
Kondisi penglihatan menjadi kabur akibat paras gula yang tidak terkawal dalam darah secara jangka masa panjang ini ada persamaan dengan masalah degenerasi makular (Age-related Macular Degeneration).
Age-related Macular Degeneration (AMD) is a disease that affects a person’s central vision. AMD can result in severe loss of central vision, but people rarely go blind from it. Risk factors for AMD include being 50 and older, smoking, having high blood pressure and eating a diet high in saturated fat – HOPKINSMEDICINE.ORG
Nampak macam sama, cuma faktor risiko gula tinggi dalam darah dan skop usia penghidapnya mungkin berbeza. Masalah paras gula tinggi dalam darah hadir tidak mengenal usia. Golongan kanak – kanak dan muda remaja turut berpotensi mendapat risikonya.
Kebas tangan dan kaki atau rasa semut-semut boleh terjadi kepada individu disebabkan oleh sistem peredaran darah yang lemah akibat pengumpulan glukosa dalam salur darah.
Jika tidak ditangani dengan segeram lama kelamaan ia boleh menyebabkan risiko kerosakan sistem saraf.
Kondisi ini disebut sebarai Diabetic Neuropathy. Terdapat beberapa jenis diabetik neuropati bergantung kepada bahagian organ mana ia berlaku.
Tetapi yang biasa berlaku adalah melibatkan periferal neuropati iaitu yang memberi masalah deiabetikyang memberi kesan kepada tangan dan kaki.
Diabetic neuropathy is a type of nerve damage that can occur if you have diabetes. High blood sugar (glucose) can injure nerves throughout the body. Diabetic neuropathy most often damages nerves in the legs and feet – MAYOCLINIC.ORG
Baca Juga >> Cara Atasi Kaki Bengkak Semasa Hamil Tanpa Stress
Diabetik Neuropati adalah satu keadaan di mana berlakunya kerosakan fizikal pada sistem saraf akibat peningkatan glukosa di dalam darah – PORTAL MyHEALTH.GOV.MY
Hampir kesemua mereka yang mempunyai masalah diabetik biasa mengalami simptom kebas tangan dan kaki sebegini sejak awal lagi.
Gula tinggi dalam darah boleh menyebabkan berlaku jangkitan berulangan yang kerap akibat gangguan pada sistem pertahanan tubuh.
Terdapat kajian penyelidik yang mengatakan bahawa bakteria cenderung lebih cepat membiak aktif di dalam persekitaran sel yang mempunyai masalah kadar guladalam darah tinggi.
Masalah gula tinggi dalam darah mungkin bukan sekadar melibatkan jangkitan bakteria, jangkitan yis pada kulit juga boleh kerap terjadi seperti masalah kegatalan yang merengsakan berlaku di sekitar organ genital.
If your diabetes isn’t well-controlled, your blood sugar levels can spike to very high levels. This increase in sugar can cause yeast to overgrow, particularly in the vaginal area. Your body may develop a yeast infection in response. Maintaining your blood sugar levels may help reduce your risk of infection – HEALTHLINE.COM
Jangkitan pada saluran pernafasan dan salur kencing adalah yang paling biasa dan kerap berlaku pada mereka yang mempunyai masalah diabetis.
Baca Juga >> Awasi Bahaya 8 Jenis Penyakit Sistem Respirasi ini
Kemalangan kecil mungkin menyebabkan kecederaan ringan pada bahagian tubuh tertentu seperti mengalami luka, melecet, bengkak dan sebagainya.
Jika kita mempunyai masalah gula tinggi dalam darah yang tidak terkawal atau tidak disedari dalam jangka masa panjang, kecederaan-kecederaan ringan seperti yang dinyatakan di atas mungkin akan menjadi lambat sembuh.
Luka lambat sembuh terutamanya di bahagian bawah badan seperti lutut dan kaki mungkin akan berlaku disebabkan oleh masalah peredaran darah yang lemah, perlahan dan kurang darah sampai ke kawasan tersebut.
Sistem peredaran darah yang lemah akibat gula tinggi dalam darah juga menyebabkan gangguan sistem imun dan menjejaskan sistem saraf pada tubuh yang akan memburukkan lagi keadaan apabila luka terdedah kepada jangkitan bakteria.
Jika masalah ini tidak di atasi segera risiko lebih buruk mungkin boleh berlaku seperti gangrene, lumpuh anggota badan atau amputasi (pemotongan anggota badan yang terjejas teruk).
An untreated bacterial infection can cause gangrene. Traumatic injury. Gunshot wounds or crushing injuries from car crashes can cause open wounds that let bacteria into the body. If the bacteria infect tissues and remain untreated, gangrene can occur – MAYOCLINIC.ORG
Baca Juga >>Awas! 9 Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C
Terdapat juga beberapa tanda-tanda gula tinggi dalam darah yang lain yang agak sukar untuk menentukan kaitannya dengan masalah gula tinggi dalam darah, seperti:
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More