Jumlah platelet normal dalam darah tubuh manusia ialah sekitar 150,000 hingga 450,000 platelet per mikroliter darah.
Jumlah platelet darah yang rendah berbanding platelet normal disebut sebagai Thrombocytpenia.
Jumlah platelet darah yang tinggi berbanding platelet normal disebut Thrombocytosis.
Darah terbina daripada beberapa kumpulan sel utama. sel-sel yang terkandung dalam darah ini disebut plasma. Jenis-jenis sel tersebut ialah:
Platelet (thrombosit) adalah sel darah yang tidak berwarna yang berfungsi membantu pembekuan darah normal.
Apabila kulit kita luka; akibat kecederaan, terbakar atau inflamasi kulit, platelet akan menggumpal membentuk darah beku bagi menjalankan fungsi menghentikan pendarahan.
Apabila jumlah platelet tidak mencukupi dalam darah, maka pendarahan menjadi lambat atau sukar untuk dihentikan. Jumlah platelet darah rendah ini disebut sebagai Thrombocytpenia.
Kondisi platelet darah rendah dikategorikan kepada dua tahap; tahap ringan (mild) dan tahap serius (severe). Kedua-duanya bergantung kepada punca yang menyebabkannya berlaku.
Thrombocytpenia biasanya berlaku disebabkan oleh kondisi medikal tertentu seperti:
Secara asasnya, bacaan platelet darah secara klinikal adalah tanda aras utama untuk menentukan pesakit mengalami masalah thrombocytpenia atau tidak; berat ataupun ringan.
Namun beberapa tanda amaran awal mungkin boleh memberi petunjuk kepada permulaan masalah platelet darah rendah.
Bagi sesetengah keadaan tertentu, thrombocytpenia mungkin tidak memberikan sebarang simptom yang jelas. seperti kes jumlah platelet menurun semasa dalam fasa kehamilan tertentu, ia tidak menunjukkan simptom.
Namun bagi sesetengah keadaan lain pula, thrombocytpenia menunjukkan tanda-tanda pendarahan yang serius yang memberi komplikasi lebih buruk jika tidak dirawat segera.
Tanda-tanda platelet darah rendah boleh dikenalpasti secara fizikal jika berlaku beberapa kemungkinan gejala seperti berikut:
Dalam kes yang lebih serius pula, pendarahan organ dalam mungkin telah berlaku melalui gejala berat berikut:
Jika anda mengalami tanda-tanda amaran seperti yang dinyatakan di atas, pesakit perlu segera berjumpa doktor. Pemeriksaan dan rawatan doktor adalah langkah utama untuk mengelakkan komplikasi yang lebih buruk daripada berlaku.
Pemeriksaan doktor boleh memberi pengesahan secara klinikal sama ada kita sedang mengalami thrombocytpenia atau masalah tertentu yang lain yang mungkin mempunyai simptom yang hampir sama.
Jika bernasib baik, risiko kematian mungkin boleh dielakkan. Wallahu a’lam bis showab.
Punca utama berlakunya masalah kekurangan platelet darah kurang ini boleh disebabkan oleh:
Sumsum tulang adalah tisu lembut yang terdapat ditengah struktur tulang. Ia adalah kilang atau tempat pengeluaran komponen darah utama termasuk platelet.
Jika sumsum tulang ini tidak produktif untuk menghasilkan platelet yang cukup, ia cenderung menjadi punca kepada masalah thrombocytepenia.
Pengeluaran platelet ini mungkin terjejas akibat masalah:
Normalnya, jangkahayat platelet adalah selama 10 hari dalam sistem tubuh yang sihat.
Apabila kadar kemusnahan platelet darah lebih cepat berbanding kadar pengeluaran darah baru, ia menyebab bilangan platelet darah semakin menurun.
Ia disebabkan oleh tindakbalas sistem imun yang membunuh atau memusnahkan platelet darah itu sendiri.
Puncanya mungkin akibat kesan sampingan ubat tertentu; seperti dadah diuretik atau ubat anti-sawan (anti-seizure). Atau, punca lainnya ialah:
Baca Juga >> Vivix Bantu Naikkan Bacaan Platelet Darah Rendah Akibat ITP
Baca Juga >> Vivix Bantu Naikkan platelet Darah Akibat Demam Denggi
Baca Juga >> Vivix Bantu Atasi Penyakit Kencing Tikus Penyebab Platelet Darah Rendah
Sebaik kita berjumpa doktor untuk mengadu berkaitan simptom platelet darah rendah, biasanya pemeriksaan fizikal akan dilakukan terlebih dahulu.
Tanda-tanda seperti lebam atau ruam bintik merah pada kulit akan dikenalpasti. Pemeriksaan abdomen mungkin juga dilakukan untuk mengesan sebarang aktiviti abnormal pembesaran limpa (spleen).
Kita mungkin ditanya jika ada sejarah ahli keluarga yang mengalami masalah yang serupa – genetik keluarga juga antara punca pembawaan masalah thrombocytpenia ini.
Selanjutnya, beberapa ujian klinikal mungkin dijalankan untuk pengesahan platet darah rendah. Antaranya ialah:
Ujian Complete Blood Count (CBC atau FBC) adalah Ujian yang paling kerap dilakukan di hospital untuk pengiraan kesemua komponen darah (Sel darah merah, sel darah putih dan platelet).
Paras platelet dalam darah akan menentukan sama ada sesorang itu mengalami masalah thrombocytpenia ataupun tidak.
Jika pesakit disyaki mengalami masalah pembengkakan limpa, ujian lanjut secara ultrasound pada abdomen mungkin dilakukan untuk mengenalpasti aktiviti abnormal itu.
Ujian klinikal ini biasanya dilakukan untuk mengenalpasti sebab berlakunya ketidaknormalan sel darah. Ia juga prosedur yang sama untuk mengesan tahap perebakan kanser atau jangkitan jika ia telah sampai ke sumsum tulang.
Ujian ini melibatkan pengambilan sampel air sumsum tulang (aspiration) pada tulang bahagian pinggul (iliac crest) dan tulang dada (sternum). Bagi kanak-kanak, sampel akan diambil pada tulang kering (tibia) kaki.
Bergantung kepada tahap masalah platlet darah rendah yang dihadapi, pesakit akan diberikan beberapa kaedah rawatan tertentu.
Tidak semua yang mengalami masalah platelet darah rendah memerlukan kaedah rawatan yang khusus.
Dalam sesetengah kondisi ringan, punca kepada platelet darah rendah ini akan dapat diatasi dan platelet darah akan kembali ke paras normal secara semulajadi dalam tempoh tiga hingga empat hari atau lebih.
Dalam tempoh ini, doktor mungkin akan menasihatkan pesakit supaya:
Jika pesakit mengalami masalah penurunan bilangan platelet darah yangserius (severe), kaedah rawatan perubatan yang mungkin perlu diambil, termasuk:
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More
View Comments
Wah.... banyak info saya dapat.
Terima kasih singgah ke sini Tuan Abdul. Semoga bermanfaat.
Sy slh seorg pesakit pletlet rendah nih beberapa hari kat hospital bacaan sy hanya 11sahaja n now msh blm pulih demam masih on off....muntah2 selera mkn pun berkurangan...nak uruskan ank pun xlarat....blh ke fabousmama bntu sy dlm hal ni....sy xlarat dah nak lalui detik2 nih amat mencabar bg sy seorg ibu yg punyai ank kecil.....
Salam Kak Alynn. Kami sangat bersimpati dengan masalah yang puan hadapi berkenaan platelet darah rendah. Memang pesakit akan terpaksa ditahan dihospital bagi memantau paras platelet sehingga ia naik ke bacaan normal. Sesetengah orang kurang mengalami masalah teruk apabila platelet darah rendah dan nampak macam normal. Bagi sesetengah yang lain memang akan menunjukkan kesan yang berat.
Dari segi nutrisi kamiboleh cuba bantu dengan penggunaan suplemen resveratrol. Jika puan ingin info lanjut dan konsultasi, hubungi saya di whatsapp link berikut: http://yourfabulousmama.wasap.my
Inshaa Allah kami akan bantu sebaik mungkin.
Tanda lebam tu adakah tanpa apa-apa sebab cedera? Yang orang panggil lebam macam digigit hantu tu ke? Terima kasih :)
SAlam Cik Jaja. Lebam macam kena gigit hantu? Huhuh lebih kurang bengkak lebam orang lepas jatuh atau eksiden. Tak luka tapi timbul warna merah kebiru-biruan dari bawah kulit.
Salam,saya pernah mengalami penurunan darah platelet yang serius.dan telah dimasukkan ke ICU.Bacaan platelet saya pada masa itu adalah 30.Pihak hospital telah jalankan rawatan Prosedur pemindahan darah atau platelet (transfusi darah) – Kemasukan darah melalui intravena dilakukan untuk tambah platelet darah.dalam seminggu kebelakangan ini,saya rasakan badan saya tidak berapa bermaya.saya rasakan sama seperti mula-mula saya mengalami penurunan darah platelet tempoh hari.tanda-tanda bintik-bintik merah dikedua-dua lengan saya pun ada.rasa panas badan,mual dan berpeluh di tengkuk ketika tidur.jadi,saya cuba dapatkan maklumat terperinci di google,dan hasilnya saya mendapati bahawa yourfabulousmama.net adalah yg terbaik.kerana maklumat yg disediakan cukup terperinci dan banyak membantu saya.Terima kasih diucapkan kerana berkongsi maklumat.
Waalaikumsalam WBKT Tuan Azlimi. Terima kasih banyak-banyak dia atas komen membina tuan. Perkongsian tuan sangat bermakna bagi mereka yang mungkin sedang atau pernah mengalami masalah yang sama. Terima kasih sekali lagi kerana singgah ke sini. Di harap tuan segera kembali sihat walafiat hendaknya.
sy pun sedang mengalami platelet yang rendah ataupun ITP.sekarang masih membuat rawatan susulan setiap bulan di hospital.doc hanya bagi ubat steroid 20mg perday..tq for the info
Salam Annie. Terima kasih beri perkongsian di sini. Masalah ITP memang banyak pantang katanya dan perlukan pemerhatian serius daripada doktor.
Semoga Annie dipermudahkan urusan segala dan cepat sembuh. JIka ingin bantuan, boleh hubungi saya di 019 477 1733. Terima kasih.
terima kasih atas info, sangat berguna. saya adalah pesakit TTP. taun 2013 dikesan. seminggu dimasukkan ke icu kerana tidak sedarkan diri. penyakit dikesan selepas seminggu. plasma ketika itu hanyalah tinggal belas2. keluar ketulan darah beku yg sangat banyak dan bercakap merepek. terus dilakukan plasma exchange 15kali. Alhamdulillah selepas sebulan discharge. tetapi tahun 2014 diuji sekali lagi bila penyakit ini menyerang kembali, naik lebam besar tiba2 di kaki. refer hosp terus ditahan dan buat plasma exchange 12kali. dekat sebulan jugak diwad. selepas lama xsakit sekarang 2017 diuji sakit dekat 2bulan. masih xtau punca. masih ulang alik ke hospital untuk tau punca sebab demam, muntah, kurang selera makan, ketar dekat dua sebulan lebih dah. doakan saya kuat.
Salam Puan Mardiana. Subhanallah,berat dugaan yang puan sedang hadapi. Masalah ITP memang agak rumit dan punca utamanya sukar untuk dikenalpasti bagi setiap individu yang menghidapinya.
Kami doakan puan terus tabah dan kuat menghadapi cabaran dan ujian berkaitan ITP, semoga puan dipermudahkan segala urusan. Sesungguhnya ujian berat didunia itu mungkin ada kemanisannya bagi puan di hari akhirat kelak. Inshaa Allah terus kuat dan bersabar.
Salam..terima kasih atas info ini. Banyak yang saya pelajari dan fahami mengenainya. Sekarang saya menjaga anak saya yang berusia 8 bulan di hospital kerana anak saya dikesan mengalami simptom-simptom platelet rendah. Doakan anak saya bebas dari kesakitan ini dan sihat seperti biasa..terima kasih.
Salam Puan Maiza. Allahuakbar, besar dugaan bagi puan dan si baby kecil. Berat berita dibaca, berat lagi bahu yang memikul. Moga puan tabah dan sabar serta dipermudahkan segala urusan. Syafahullah (Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadanya - si bayi). Kami warga yourfabulousmama dan rakan-rakan sentiasa mendoakan baby cepat sembuh dan sihat.
Terima kasih. Alhamdulillah..anak saya semakin baik walaupun doktor ada beritahu saya kebarangkalian ia akan datang semula. Follow up pertama pada17.01.2018 result darah baik dan follow up kedua hari rabu baru2 ini 14.03.2018, doktor akan call saya jika result darah tidak ok dan setakat ini saya belum terima panggilan dari hospital berkenaan hal ini dan doa saya semoga semuanya baik2 saja.
Alhamdulillah Puan Maiza. Semoga anak puan semakin baik dan kembali pulih. Masalah platlet darah rendah boleh datang kembali. Jaga kesihatan dan pemakanan yang dinasihatkan oleh doktor. Inshaa Allah ia terkawal dan semakin baik. Kami warga yourfabulousmama.net mendoakan puan, anak puan dan seluruh ehli keluarga diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan. Aminn...
Aamiin..alhamdulillah..syukur ya Allah..anak saya sudah sembuh sepenuhnya dan tak perlu lagi follow up di hospital atas keizinan dan nasihat doktor kecuali jika berlaku lagi simptom seperti sebelum ini di mana saya perlu rujuk semula di klinik atau hospital berdekatan. Terima kasih atas setiap doa kalian. Semoga anda semua juga sihat dan sentiasa dalam lindunganNya.. Aamiin 😊
Alhamdulillah. Kami warga yourfabulousmama mengucapkan tahniah dan syukur Alhamdulilah atas nikmat kesembuhan anak tuan. Hanya doa doa yang kami mampu panjatkan. Semoga anak dan tuan sekeluarga sentiasa sihat dalam lindungan Allah. Aminn.
Assalamualaikum...puan..
Ank sy jga adalah pesakit kurang drah kuning atau ITP.. Macam mana nk bg darah ank sy normal. Sbb bacaan platelet drah ank sy terlalu rendah.. Ttp selera makan dia ok.. Dan dia aktif shja.. Ank sy bru 11 bulan.. Bln lepas dh kena tahan kat hospital.. Dlm 4 hr drah kembali normal dn boleh discaj.... Oppoiment ambil drah lg pd 11/12/2018..drah turun mendadak.. Bacaan 12..sekrang doktor syorkan ambil air sumsum tulang.. Sy buntu sekarang.
assalam minggu lepas keluar result annual checkup platelet saya rendah 39... saya tidak mengalami simtom2 diatas.... doc suruh saya pg hospital utuk check semula ... tbesok baru saya nak pegi check semula... takut pn ada
Waalaikumsalam Kak siti. Ada beberapa range bacaan platlet darah yang boleh kita ambil tahu:
150 - 400 : Normal (platelet darah normal - tiada risiko pendarahan)
100 - 150 : Mild ITP (sangat sedikit atau tiada risiko pendarahan)
50 - 100 : Moderate ITP (risiko pendarahan dengan kecederaan meningkat)
20 - 50 : Severe ITP (risiko pendarahan tanpa kecederaan meningkat)
< 20 : Severe ITP (risiko pendarahan spontan meningkat) Bacaan platlet puan 39 tu memang sangat rendah. Tetapi jika tidak disertai tanda-tanda tertentu mungkin ia tersilap atau ada sebab lain yang menunjukkan ia masih terkawal. Ujian semula mungkin boleh double check bacaan sebenar. Inshaa Allah semoga puan selamat melalui ujian dan mendapat result yang baik. Kami di yourfabulousmama mendoakan yang terbaik dan kemudahan dalam segalan urusan buat puan.
alhamdulillah ujian saya semalam dah normal...... yang saya ingat semasa ujian pertama darah saya terlalu pekat .. mmg ssh masa tu nak dapatkan qty darah yang banyak........ dah saya ad amalkan bbrp makanan kesihatan... alhamdulillah semalam darah saya dah normal.... trima kasih kerana mendoakan saya.....
Syukur Alhamdulillah. Berjumpa doktor untuk kepastian ujian kesihatan adalah jalan terbaik. Pergi lebih awal lebih baik, sebelum muncul tanda-tanda serius dan baru kita sedar ia dah agak terlewat. Kami tumpang gembira atas berita baik dari Puan Siti. Amalkan terus pemakanan sihat, moga kesihatan berpanjangan.
Saya salah seorang pesakit platete ni... sya follow up 3 bulan sekali p hospital...Dan bila sya follow up hari ni tahap kesihatan sya makin teruk...ermmm Dan doktor suggest sya mengambil ubat yg bernilai 3k untuk abdomen dlm bdan sya....kemungkinan abdomen dlm bdan sya makin membesar dan boleh membuat pembedahan.... Nak Cari 3k Kat mna ye untuk ubat sja...sya tak mampu klau beli ubat 3k tu setiap bulan...Saya pun dh bingung ni...
Pesakit masalah platlet darah memang sangat fragile dan perlukan pemantauan khas daripada doktor. Bile perlukan rawatan dengan kerap, sudah tentu kos rawatan ada dan perlu ditanggung. Mohon bantuan daripada anda yang melawati page ini supaya dapat membantu masalah kesempitan kewangan untuk kesihatan yang dihadapi oleh Puan Caroline. Apa info yang admin ada, boleh hubungi beliau melalui alamat email carolineange89@gmail.com.
As Salam. Mohon nasihat.
Anak saya berusia 8 thn dah menghidapi ITP, lately ni dia cepat penat dan badan semakin susut. 2 tahun lepas, saya pernah bawa anak ke hospital dan pihak hospital perlu mengambil air sumsum tulang sebagai prosedur rawatan nanun kami tidak bersetuju kerana takut side effects jika prosidur tersebut dilakukan. Adakah rawatan alternatif yg lain atau kaedah pemakanan bagi merawat ITP ini ?
Waalaikumsalam Tuan Khairul Razi. Better dapatkan pemeriksaan secara terperinci daripada doktor. Prosedur pengambilan cecair sum-sum tulang (bone marrow aspiration) lazimnya tidak membawa kesan sampingan. Ia bertujuan untuk mengambil sampel daripada sum-sum tulang bagi mengenalpasti apakah punca sebenar masalah ITP itu terjadi.
Assalamualaikum. Terima kasih untuk info yang bagus. Anak saya juga sekarang lalui masalah pletlet rendah. Keputusan asik turun dan naik saja. Bulan 12 tahun lepas anak demam panas 39.6. Ditahan wad 2minggu kerana pletlet rendah dlm 20. Jadi hanya on ubat demam saja di wad. Lepas demam dah ok.. boleh discaj dan followup darah saja tiap appt. Tapi hingga kini anak saya pletlet tidak naik seperti bacaan normal. Keputusan terbaru ni pletlet 54 saja. Allah besar ujian buat saya dan anak.. anak baru 1tahun 4bulan. Hanya followup darah dan tiada tanda2 seperti diatas. Anak aktif seperti anak2 lain. Main.. selera makan ok.. segalanya ok. Keputusan darah mengatakan ada virus yang ganggu anak. Pletlet masih naik turun. Saya da buntu nak buat apa. Hanya bagi ubat zat besi yg hospital bekalkan. Doakan anak saya sembuh dgj segera ya. Tak sanggup melihatnya.. terima kasih..
Salam Puan Zila. Setiap manusia ada ujian hidup masing-masing yang telah ditentukan oleh Allah. Ujian ini sangat eksklusif kerana puan & keluarga terpilih sebagai orang yang sangat kuat & mampu untuk menghadapinya. Orang lain belum tentu. Inshaa Allah ada hikmah dan ganjaran tertentu disebalik ujian ini.
Sementara usia anak yang masih kecil, kami doakan agar puan diberi kekuatan untuk menjaganya dengan penuh kasih sayang. Semoga segalanya terkawal dan dipermudahkan segala urusan. Inshaa Allah.