Antara rutin harian masa kini seorang ibu bekerja yang menyusukan anak ialah mengepam susu. Dalam situasi yang ideal, semua ibu mahukan susu yang sentiasa cukup untuk bekalan keperluan si manja mereka setiap hari.
Namun ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Masalah susu merudum, teknik pengepaman yang tidak sesuai, stress, sibuk dan kesuntukan masa adalah antara isu yang mungkin timbul untuk menjayakan misi ini.
Sebagai seorang ibu yang ingin memberikan sumber susu ibu semulajadi kepada bayi mereka, kita perlu berusaha dan bersedia untuk memastikan kita berupaya untuk membekalkan yang terbaik buat mereka. Produktiviti susu ibu boleh dirangsang melalui pelbagai cara. Salah satu antaranya ialah melalui teknik pengepaman.
Di dalam entri kali ini, admin nak juga sharekan satu teknik pengepaman susu ibu yang dikenali sebagai “Teknik Power Pumping”. Nak tahu apa itu Teknik Power Pumping yang betul? Jom kita ikuti info dan tips seterusnya dalam artikel ini.
Merangsang penghasilan susu ibu bukan sekadar mencukupi dengan amalan pemakanan nutrisi penyusuan serta memiliki alat pengepaman yang baik. Selain bijak memilih alat pengepaman yang betul, mengetahui teknik penggunaannya juga sama turut penting. Ia bergantung kepada jenis dan jenama peralatan yang dibeli.
Antara teknik paling berkesan untuk menggalakkan penghasilan susu ibu dengan cepat adalah melalui kaedah Power Pumping. Power Pumping adalah satu cara mengepam susu ibu dengan gaya mimik seorang bayi yang sedang menyusu dengan aktif. Ideanya ialah supaya dapat merangsang tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu dengan cara mengosongkan kantung susu ibu dengan cepat.
Mengapa? Jika kita perasan, dalam sela masa tertentu bayi akan melalui fasa peralihan tumbesaran (pertumbuhan yang agresif) atau “Growth Spurt”. Dalam tempoh ini, bayi akan menunjukkan sifat mudah terganggu seperti asyik mengamuk, sensitif, lebih kerap menyusu atau meminta lebih susu ibu.
Teknik power pumping bukanlah bertujuan menukar kaedah pengepaman biasa si ibu, teruskan. Cuma memadai diselitkan satu sesi atau lebih dengan kaedah Teknik Power Pumping dalam jadual pengepaman harian.
Bagi ibu yang memang susunya meriah, teknik pengepaman biasa sudah memadai. Teknik power pumping lebih tertumpu untuk membantu 3 golongan ibu berikut:
Teknik Power pumping oleh dilakukan mengikut peralatan breast pump yang telah atau bakal anda miliki. Ia boleh sama ada jenis Single Pump atau Double Pump. Mekanisme teknik Power Pumping adalah seperti berikut:
#1 – Single Pump
#1.1 – Pam payudara sebelah kanan selama 10 minit, kemudian berpindah ke payudara sebelah kiri dan pam selama 10 minit juga.
#1.2 – Rehat sebentar selama 5 minit jika perlu.
#1.3 – Ulang langkah #1.1 dan #1.2 secara selang seli untuk tempoh 1 jam 10 minit bagi satu sesi Power Pumping.
#2 – Double Pump
#2.1 – Pam kedua-dua belah payudara selama 20 minit.
#2.2 – Rehat sebentar selama 10 minit.
#2.3 – Ulang langkah #2.1 dan #2.2 secara selang seli untuk tempoh 1 jam bagi satu sesi Power Pumping.
Nota:
Teknik power pumping ini memerlukan masa sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan. Walaupun pada hari pertama anda mungkin akan dapati tiada susu yang keluar, rasa macam hanya pam angin aje atau hanya 1@2 titik sahaja susu yang keluar, jangan berhenti.
Teruskan proses pengepaman anda sehingga habis. Jangan putus asa. Sentiasa berdoa dan bertawakal di samping usaha yang tidak henti-henti. Insya Allah, Allah akan permudahkan. Anda akan melihat penghasilan susu anda meningkat dari sehari ke sehari.
Dahulu, semasa masih bekerja, selain melakukan power pumping, gigih mengepam 2 jam sekali, minum air kosong banyak-banyak, makan sesuka hati (opss..) saya juga tahu saya tidaklah sekuat mana dengan bebanan kerja dan situasi semasa di pejabat dan rumah.
Penat, stress, seiring pening-pening sebab saya ada masalah hb rendah.Maka saya juga berusaha mendapatkan bantuan daripada suplemen Shaklee. Set Lengkap 3M ini bantu saya untuk kekal cergas, kawal emosi saya agar tidak stress dan sangat-sangat membantu saya untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Akhir kata, nasihat daripada saya. Untuk melihat keberkesanan teknik power pumping ini, lakukan dengan cara yang betul dan konsisten.
InsyaAllah
Ikhlas,
Norhanita
Rakan Nutrisi Anda
019-4771733
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
View Comments
Assalam. Saya nak tanya. Power pumping ni boleh buat masa breast da penuh tak? Or kena buat selepas df anak n breast da rasa kosong sikit?
Waalaikumsalam Puan Nurul. Tahniah atas kelahiran bayi baru.
Power pumping boleh dilakukan sekurang-kurangnya sehari sekali. Jika produktiviti susu sangat baik boleh lakukan 2 kali sehari. Waktu awal pagi adalah masa terbaik mengepam.
Sebaiknya beri anak susu ibu secara terus terlebih dahulu, kemudian mulakan sesi power pumping. Lakukan sehingga breast anda kosong untuk menggalakkan produktiviti susu berikutnya.
Teknik power pumping bertujuan untuk merangsang & melatih produktiviti & aliran susu ibu yang baik.
Boleh dilakukan ketika breast penuh atau kosong (susu sukar keluar pada waktu pengepaman).
Jika ingin maklumat lanjut boleh hubungi saya di 019-4771733. Terima kasih kerana bertanya.
Salam..sy ingin bertanya adakah bole buat power pumping setelah anak berusia 4 bulan. susu badan pun telah kering. teringin nk menyusukan anak. hy dpt susukan anak seminggu shj..selebihnya pump dan kasi susu melalui botol.
Salam Puan Nora. Alhamdulillah & tahniah atas kelahiran baby baru.
Boleh dan tiada masalah jika ingin amalkan teknik power pumping setelah anak puan berumur 4 bulan.
Normal jika produktiviti susu badan menurun. Cuma kita boleh berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkannya daripada terus menurun atau terus berhenti pengeluaran susunya. Teknik power pumping membantu mengatasi permasalahan ini secara tindakan fizikal.
Untuk produktiviti yang lebih baik, puan boleh amalkan pemakanan yang mampu memberi sokongan kepada penghasilan susu badan seperti makanan kaya vitamin, protein, kalsium dan juga B kompleks.. Boleh hubungi saya untuk dapatkan maklumat mengenai suplemen yang sesuai untuk tujuan ini - Norhanita 019 477 1733.
Assalamualaikum. anak saya sudah berusia setahun. sya ibu yg bekerja. hari2 saya pam di pejabat pada jam 12.30pm dan 5.00pm. Setiap sesi mengambil masa setengah jam. Saya curi2 kluar untuk mengepam. di tempat kerja saya, tiada yg memahami.
Waalaikumsalam Puan Yati. Biasalah tu, benda baru bagi orang lain memang sukar untuk difahami. Nampak tidak penting bagi orang lain tetapi sangat penting bagi kita. Mungkin mereka belum ada kesedaran dan sukar untuk menerima apa yang kita sedang usahakan untuk diri kita. Kita serahkan kepada tuhan demi untuk anak kita sendiri. Biarkan mereka, semoga kesedaran akan datang kepada mereka.
P/S: Boleh juga usulkan dalam cadangan kepada management tentang kebebasan untuk power pumping (mengepam susu) ditempat kerja bagi staf wanita. Ini mungkin dapat membuka kepada kesedaran umum.
Assalammualaikum. Anak saya dah umur 3bulan lebih. Saya nak tanya, saya banyak terbaca di laman laman web average setiap sesi mengepam susu lingkungan 20-30min. In mny case, setiap kali saya mengepam susu mesti mengambil masa yg lama nak mengosongkan...kekadang 1jam lebih. Tak ape ape ke tu saya mengepam lqmq sangat
Waalaikumsalam Puan Dzah. Power pumping bertujuan untuk menggalakkan susu ibu sentiasa keluar. Ia sesuai untuk ibu yang ada masalah susu susah hendak keluar, ingin menyusukan anak kembali setelah lama berhenti menyusu atau ingin menyusukan anak angkat.
Purata setiap satu sesi power pumping adalah 1 jam. Sela masa yang dicadangkan adalah 10 minit bagi setiap payudara dan berganti-ganti. Tiada masalah jika puan ingin buat lebih daripada sejam. Biasanya memang dalam tempoh 20-30 minit itu sudah cukup untuk mengosongkan payudara bagi proses pengepaman biasa.
Melainkan puan ada masalah saluran susu tersumbat atau susu keluar sangat perlahan. Ia akan mengambil masa. Tetapi jangan risau, kekerapan mengepam akan cuba untuk memperbaiki masalah ini.