Apa menu sarapan pagi anda? Saya percaya setengah daripada kita mesti tidak akan lekang daripada menu berasaskan telur.

Ada roti canai telur, roti bakar telur goyang, mee goreng telur mata dan pelbagai lagi.

Tapi ramai juga yang suka makan telur separuh masak kan? Ya, sedap dimakan begitu saja.

Tengok macam mudah je nak buat telur separuh masak ni. Hanya rendam telur dalam air, masak!

Tapi kadang-kadang kita selalu ter “miss” something, telur jadi keras dah macam telur orang kenduri kahwin atau telu rebus untuk makan nasi lemak.

Apa yang “something” tu, haa kali ni akak nak kongsi cara masak telur versi setengah masak.

Akak pun bukanlah pandai tara mana, cuma syok bila kita refer satu sumber/tips dan menjadi, lepastu kita share la kat orang lain pulak kan.

Macamana Nak Rebus Telur Separuh Masak?

Soalan yang saya selalu tanya pada diri. Telur separuh masak rebus berapa minit?

Sebabnya, setiap kali nak masak telur separuh masak, selalu main agak-agak aje. Kadang keras, kadang tak masak.

Dah rasa rugi telur sebab tak menepati citarasa. Haha..

telur separuh masak rebus berapa minit

Beberapa kali saya buat eksperimen, ini yang saya rasa paling menepati citarasa saya. Anda patut cuba cara ini.

Cara Memasak Telur Setengah Masak

  1. Mula-mula didihkan air di dalam periuk kecil di atas dapur api. Kuantiti air agak-agak telur boleh terendam sepenuhnya.
  2. Setelah air betul-betul mendidih, matikan api dan masukkan telur (2 hingga 4 biji telur).
  3. Mulakan kiraan dengan stopwatch. Boleh guna timer, jam atau apps stopwatch di handphone masing-masing. Biarkan rendaman telur selama 7 minit. (Nota : Maksimum 8 minit)
  4. Setelah 7 minit, angkat dan buang air panas tersebut. Gantikan dengan air sejuk dan biarkan selama lebih kurang 1 minit untuk sejukkan telur (menghentikan proses telur masak).
  5. Telur sudah sedia untuk dihidang.Boleh dimakan begitu sahaja atu dengan tambahan sedikit garam, lada sulah mahupun kicap. Emmm Yummy!

telur separuh masak rebus berapa minit

Mudah je kan?

Sekarang saya gunakan cara ini. Confirm telur tak keras dah sebab terlebih masak. Just nice aje.

Baca Juga :  Resepi Roti Putih Homemade Guna Breadmaker Yang Sangat Gebu dan Lembut Dimakan
telur separuh masak rebus berapa minit
Letak kicap. Yummy!

Tips kiraan masa

Sebenarnya, kita boleh anggarkan sendiri bagaimana keadaan telur yang kita mahu. Saya kongsikan di sini tips kiraan masa. Bolehlah anda anggarkan masa untuk memasak telur mengikut selera anda.

  • 2-3 minit untuk yang suka putihnya cair dan kenyal sedikit
  • 4-5 minit putih dah mula kenyal tapi kuning masih cair
  • 6-7 minit putih n kuning mula kenyal
  • 8-10 minit telur dah mula masak
  • Lebih 10 minit dah keras

Nak Lebih Tips Rebus Telur?

Ada banyak blog terutamanya berkaitan resepi memasak yang berkongsi tentang cara merebus telur dengan baik mengikut citarasa masing-masing.

Boleh cari kat Google atau masuk je FB grorp share resepi. Mesti ada punya.

Telur Separuh Masak
Perfect Boiled Egg – Credit: norecipes.com

Selamat mencuba!

Facebook Comments:
Telur Separuh Masak Rebus Berapa Minit? Ohh Macamtu Caranya

6 thoughts on “Telur Separuh Masak Rebus Berapa Minit? Ohh Macamtu Caranya

  • December 30, 2017 at 1:22 am
    Permalink

    cakap la lepas air mendidih tutup apii… hampeh.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    Reply
    • December 30, 2017 at 4:16 pm
      Permalink

      La pulak. Serius orang laki masak memang kena bagi tau satu-satu. Dah tu jadi telur goreng la ni tok adi.. hahhampeh jugak

      Reply
    • January 6, 2018 at 2:37 pm
      Permalink

      Bukan step no. 2 dh bagitahu ‘matikan api’ ke? ๐Ÿ˜‚

      Reply
      • January 6, 2018 at 3:16 pm
        Permalink

        Inalillah.. dah mati api tu. Arwah dulu sangat baik orangnya. Hehe, takdelah. Ni edited version lepas Tok Adi peringat. Terima kasih Tok Adi & friends. Maaf buat dapur Tok Adi terbakor & telur jadi hangit.

        Reply
  • September 20, 2018 at 1:09 am
    Permalink

    Apa ni masak tapi tak jadi macam yang nak.Tak masak adalah

    Reply
    • September 20, 2018 at 2:02 pm
      Permalink

      Aik boleh pulak tak menjadi. Salah beli telur ni atau tak boleh beza yang separuh masak dengan yang tak masak. Next time, boleh tambah masa masak kalau tak berkenan dengan telur yang tak menjadi tu. Yang penting jangan masak lama sangat, nanti jadi ayam.

      Apa pun terima kasih kerana share hasil memasak telur walau tak menjadi. Saya jadi hairan dan terkedu memandang akan masalah ini.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.