Salah satu tempat menarik di Pulau Pinang yang wajib untuk anda lawati adalah Bukit Bendera [Penang Hill]. Jika anda bercuti ke Pulau Pinang, kunjungan anda tidak lengkap jika tidak ke destinasi puncak tertinggi di negeri pulau mutiara ini.

     You’ve never been to Penang Unless You’ve been to Penang Hill.

Maksud: Anggap sahaja anda tidak pernah ke Pulau Pinang selagi tak dapat cop passport dari Bukit Bendera. Hehe…

penang-hill-board

Baru-baru ini saya dan keluarga telah pergi jalan-jalan ke Bukit Bendera untuk meluangkan masa beraktiviti di hujung minggu bersama anak-anak. Idea ‘ad-hoc’ nak pergi timbul lepas bincang-bincang dengan anak dan suami waktu ‘breakfast’.

Anak-anak jadi ‘super aktif’ nak pergi, so pakat bodek abah sampai setuju. Kami gerak dari rumah di Kulim  jam 10.30 pagi. Dengan tawakkalnya jam 11.30 dah sampai di perkarangan Bukit Bendera.

Perkhidmatan Lebih Baik, Lebih Masa Untuk Menikmati Keindahan

Bab parking memang agak leceh kalau ‘time’ cuti. Nak parking ‘free’ atau berbayar yang lebih murah, boleh pilih beberapa kawasan ‘option’ kat luar kalau ada kekosongan. Ataupun bayar RM1.00/jam dan masuk dalam bangunan parking 7 tingkat berhampiran pintu masuk Bukit Bendera. Oleh sebab dah tengahari, kami pilih masuk bangunan je dan ‘park’ di tingkat 4. Nasib baik ada kemudahan lif, cepat sikit turun.

Ohh mak aii.. sesampainya memang seperti diduga, memang ‘crowd’ tengah ramai beratur nak beli tiket. Ada yang berfamili, ada yang ber’couple’, ada yang serombongan bas, ada pelancong luar negara dan ramai lagi. Dulu kalau nak ke Bukit Bendera waktu hari cuti, kena rancang bertolak pagi-pagi. Kalau tak kena beratur panjang masa nak beli tiket dan naik keretapi bukit. Kalau tak plan luang masa sehari kat sini mesti tak cukup (kalau pergi berfamili le).

Alhamdulillah, tapi sekarang dah tak macam dulu (‘last’ kami pergi tahun 2010). Prestasi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Bukit Bendera agak lebih baik. Sekarang dah ada kemudahan ‘Fast Lane’. So siapa-siapa yang nak skip beratur panjang, mungkin sebab bawa warga tua, ada yang tak berapa nak sihat, bawa anak-anak kecil yang ramai boleh la guna ‘option’ tu.

Harga-Tiket-Bukit-Bendera
Sila rujuk website Penang Hill Corp. untuk maklumat lanjut

Kami pun apa lagi, try guna ‘Fast Lane’. Bayaran untuk dewasa RM30.00 dan kanak-kanak (lebih dari 6 tahun) RM 15.00 seorang. Kami berlima, 2 dewasa dan seorang kanak-kanak (dua lagi dibawah umur 4 tahunn – F.O.C). Kalau untuk pengguna biasa bayaran bagi hujung minggu hanya RM 10.00 sahaja bagi dewasa dan RM5.00 bagi kanak-kanak (lebih daripada 6 tahun). Tapi untuk warga tempatan sahaja dan wajib tunjuk I.C.

fastlane-ticket

Apa yang bestnya?:

  • Tak perlu beratur panjang
  • Disediakan bilik atau ruang menunggu khas
  • Dapat masuk / keluar keretapi dulu
  • ‘Off course’ boleh pilih koc tempat duduk yang mana suka dan,
  • Lebih masa untuk menikmati keindahan panorama dari puncak bukit

Cuci-cuci Mata Dari Menikmati Panorama Indah dengan Angin Sederhana Sejuk

Waktu dah tengah hari. Layan anak seronok naik keretapi mendaki bukit dengan cerun 27° sambil lihat panorama luar memang mengujakan mereka. Tak sampai 10 minit dah tiba di puncak stesen.

keretapi-bukit-bendera

Fastlane-Seat

712m-sea-level

Sesampainya, disambut tiupan angin bayu sejuk yang amat mendamaikan. Mata pulak menerawang setiap penjuru ”Walkway’ menikmati keindahan panorama negeri Pulau Pinang dari atas bukit. Memang betul-betul cuci mata melihat keindahan ciptaan tuhan.

through-the-tunnel

Banyak fasiliti baru dibangunkan oleh Penang Hill Corporation. Terbaru 2015, disediakan ‘Sky Walk’ untuk lebih pengalaman pengunjung menikmati ‘hill view’ yang lebih dinamik dan menarik, terutamanya bagi ‘photographer’ yang profesional atau ‘bidan terjun’. Memang seronok bagi golongan yang suka ber’selfie’ atau ‘wefie’ di sini. Nak habaq mai cantik pemandangan kat sini.

sky-walk-rasmi

Sky-Walk

skywalk-view

sky-walk-view-1

View-Legend

panorama-malam
Next, nak cuba menikmati panorama di waktu malam pulak

Kat tengah ‘Sky walk’ ada lif sebagai akses ke bahagian bawah bukit untuk pergi ke kawasan ‘spot’ meninjau yang lebih menarik.

skywalk-from-below
Pandangan ‘Sky Walk’ dari bawah

Tempat – tempat Menarik di Puncak Bukit Bendera

Habis lepak di ‘Sky Walk’, kami teruskan langkah kaki ke spot ‘hill view’ no. 2. Tapi kali ini melalui binokular statik. Anda boleh meneropong bandar Georgetown dari segenap dimensi dengan bayaran RM1.00 selama 2 minit. Turut disediakan bangku ancik-ancik bagi kanak-kanak untuk keadilan hak meneropong yang sama.

teropong-binokular-1

Perjalanan kaki diteruskan ke Dataran atau Astaka Bukit Bendera. Tapi sebelum itu anda akan melepasi ‘Sky Terrace’ yang dulu dikenali sebagai bukit strawberi. Kat atas juga ada ‘David Brown’s Restaurant & Tea Terrace’.

sky-terrace

craft-grasshopper
Kraftangan belalang untuk mainan anak-anak

Haa.. Lapaq Nak Makan?!

Sekitar kawasan astaka ada Cliff Cafe yang mana kat situ ada ‘Owl Museum’ dan medan makan di dalamnya. Oleh kerana lapar, kami pilih lunch dulu. Ok, ada banyak pilihan makanan dengan harga yang agak berpatutan dan yang penting sedap!. Cuma kaunter gerai untuk beli makanan dan minuman dipisahkan. So kena pilih tempat makan yang sesuai dulu dan kemudian pergi order air kat tingkat bawah. Sambil tunggu order air siap, boleh jalan-jalan tengok cenderahati dan baju & beli kalau berkenan.

astaka-entrance

entrance-to-owl-museum

menu-1

Lepas makan, sambung jalan-jalan ke pelbagai destinasi lain yang patut untuk diterokai.

mushroom-statue

old-train

Climb-the-hill

cannon
Meriam lambang kekuatan tentera British zaman dulu, hari ni orang peluk buat selfie je..

 
laying-on-wall

Kid-Ladder
Kanak-kanak memang suka tangga dan kebetulan hari ini banyak tangga di Bukit Bendera
ladder-view
Tangga lagi..seronok le hang pa..
lebah-bunga-kuning
Bunga bukan sekuntum, lebah lagi suka…
flowers
Bunga-bungaan Bukit Bendera yang sempat di’snap’

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di puncak Bukit Bendera ni yang tak sempat nak dikongsikan kat sini. Mungkin Inshaa Allah lain tahun dan kelapangan, kita datang dan buat review lagi.

dhani-syiok

Bagi anda yang ingin melawati tempat menarik di Pulau Pinang atau kawasan utara Malaysia, jangan lupa dan datanglah ke sini. Anda pasti teruja. Selamat Datang ke Pulau Pinang.

     Kalau nak pi ke Padang Kota,

          Mai lajak ke Bukit Bendera,

     Petang-petang makan cendoi,

          Penang memang sempoi…

Facebook Comments:
Tempat Menarik Di Pulau Pinang: Nikmati Panorama Indah Di Bukit Bendera

18 thoughts on “Tempat Menarik Di Pulau Pinang: Nikmati Panorama Indah Di Bukit Bendera

  • August 19, 2015 at 7:59 am
    Permalink

    Nice family outing,bertambah menarik lagi tempat ni dgn Skywalk tapi yg kurang ialah tempat penginapan yg budget.

    Reply
  • August 31, 2015 at 2:10 pm
    Permalink

    Sekiranya anda ingin mencari kelainan untuk sampai ke Pulau Pinang, anda boleh mencuba untuk menaiki Feri Pulau Pinang. Perjalanan menggunakan feri akan mengambil masa 15 minit dan anda boleh menikmati pemandangan indah Pulau Pinang dari feri ini.

    Reply
    • August 31, 2015 at 4:14 pm
      Permalink

      Danke Sehr & Willkommen Mr Derek..Betul tu, seronok juga naik feri untuk ke Pulau Pinang..

      Reply
  • November 23, 2015 at 2:19 pm
    Permalink

    Assalamualaikum

    Menarik jugak Bukit Bendera ni. Lagi 2 minggu nak jenjalan ke Penang. Tak sabo plak rase huahuahua

    Reply
    • November 23, 2015 at 6:05 pm
      Permalink

      Wah..Selamat datang ke Penang bakalnya. In shaa Allah banyak benda menarik kat bukit bendera cuti-cuti ni. Mai ramai-ramai lagi syiok

      Reply
  • November 24, 2015 at 3:41 pm
    Permalink

    Tak zabar nak visit Penang 3 minggu lagi and Bukit Bendera is one in our list.Thank youu 🙂

    Reply
    • November 24, 2015 at 3:45 pm
      Permalink

      Welcome to Penang. Selamat menjelajah & nikmati keindahan bumi Pulau Pinang. Jangan lupa pasembor & nasi kandar!

      Reply
  • December 3, 2015 at 11:42 pm
    Permalink

    Maklumat yang diberikan dalam blog ini amat bersesuaian dengan tajuknya. Segala butir-butir lengkap mengenai bukit bendera mampu membantu pengunjung yang baru rancang nak melawat bukit bendera. Blog ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman beliau di Bukit Bendera dan bagi panduan pengunjung yang baru nak melawat bukit Bendera. Maklumat yang diberikan terkini dan penulis mempunyai reputasi baik dalam kalangan pembaca. Blog ini tidak bias dan maklumatnya tepat dan berserta bukti grafik.

    Reply
    • February 2, 2016 at 9:48 pm
      Permalink

      Terima kasih En. Anonymous. Just share rasa dan promote tempat menarik sekeliling kita. Kalau x share kebaikan Malaysia siapa yang nak sokong program tahun “Melawat Malaysia” kita kan. Terima kasih lagi sekali sudi singgah!

      Reply
  • January 23, 2016 at 9:48 pm
    Permalink

    Wow! Nice family outing,memang seronok tenguk view dari atas.

    Reply
  • June 7, 2016 at 12:17 pm
    Permalink

    Cantik pemandangan Bukit Bendera. Memang betul rugi rasanya datang Penang tapi tak pergi Bukit Bendera. Sayalah antara orangnya tu T_T

    Reply
  • October 25, 2016 at 6:06 pm
    Permalink

    Salam puan…ade cdgan homestay yg selesa tak..?

    Reply
    • October 26, 2016 at 4:29 pm
      Permalink

      Terima kasih Mr/Mrs Anonymus kerana sudi singgah ke sini. Untuk info homestay, boleh refer reply komen kepada cik Lisa di atas/bawah.

      Semoga membantu & selamat datang ke Pulau Pinang!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.