Kami pernah berkongsi dengan para pembaca tentang Bahaya Penyakit Kencing Tikus. Berdasarkan simptom-simptom jangkitan kencing tikus, ia agak menakutkan kerana adalah pembunuh senyap.

Pada kali ini, kami ingin berkongsi testimoni kisah seorang pesakit yang disahkan positif kencing tikus.

Dengan izin Allah, atas usaha yang dilakukan Encik Mohd Amirul telah pulih dengan bantuan Vivix dan Nutriferon dari Shaklee.

Baca Juga >> Bahaya Leptispirosis atau Kencing Tikus

Testimoni Sembuh Dari Kencing Tikus

Testimoni Kencing Tikus : Pulih Dengan Resveratrol & Interferon

Sebelum ni saya hanya pernah dengar tentang kencing tikus di berita dan saya tak sangka saya akan menjadi salah seorang yang mengalaminya. Kisah ni pada tahun lepas sekitar Ogos.

Pada mulanya saya berak darah lebih kurang dalam seminggu. Saya tak fikir ia sesuatu yang serius. Sebab saya tak ada sakit apa-apa. Kemudian lepas seminggu baru datang gatal-gatal badan, badan rasa lemah dan sakit kuat sangat di bahagian belakang. Rasa bisa-bisa badan.

Saya mula demam kebah, demam kebah dan saya cuba bertahan dua hari. Hari ketiga saya dah tak mampu tahan sakit sangat. Masa tu jam 4 pagi Subuh saya beritahu isteri dan isteri saya bawa saya ke hospital bahagian kecemasan. Saya diletakkan di katil kritikal dan dimasukkan air 8 botol. Masa tu tekanan darah terlalu rendah. Saya diletakkan di bahagian kecemasan lebih kurang 5 jam. Kemudian saya terus dihantar ke wad ICU.

Di sini saya diberitahu saya kena virus KENCING TIKUS. Ahli keluarga semua risau, yela kan KENCING TIKUS ni orang cakap PEMBUNUH SENYAP. Ia boleh menyerang fungsi organ lain macam buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya. Juga boleh mengakibatkan kematian mendadak. Mau tak risaunya. Semua risau terutama mak saya.

Di sini ICU saya dipantau rapi. Masa ni saya rasa sakit dada, muka bengkak, nak tidur pun tak selesa dan memang tak berdaya rasanya. Hati terubat bila ramai ahli keluarga, jiran-jiran dan sahabat yang datang melawat.

Saya ditahan di ICU selama dua hari. Masa hari kedua tu kakak saya datang dari Tanjung Malim hantarkan Vivix dan Nutriferon. Kali pertama dia bagi saya minum Vivix di katil ICU, dia bancuhkan ke dalam air botol. Merah. Pekat. Macam air sirap. Kakak saya pesan makan jugak Nutriferon yang diberi dalam bentuk sachet tu. Saya tuangkan je ke dalam mulut.

Selepas keluar dari ICU saya diletakkan di wad biasa selama 6 hari. Isteri saya terus berikan vitamin setiap hari. Alhamdulillah badan pun cepat rasa sihat dan segar. Hari ketujuh tu saya dah boleh teruskan kerja saya macam biasa. Terkejut geleng kepala group famili Tok Noi bila saya hantar gambar dah atas bot pada hari ketujuh tu.

Kakak saya beritahu vitamin yang diberi tu dapat membantu menguatkan imun badan saya melawan jangkitan virus dan bakteria dan memberi tenaga pada sel badan saya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan. Terima kasih Shaklee.

~ MOHD AMIRUL BIN BADRI

testimoni kencing tikus

Manfaat Vivix & Nutriferon Untuk Kencing Tikus

#1 – Vivix

Merupakan suplemen dalam bentuk cecair yang mudah diambil. Di dalamnya mengandungi gabungan resveratrol dan polifenols yang telah terbukti mampu meningkatkan imun sistem tubuh.

Ia juga mengandungi ciri-ciri anti-bakteria dan anti-viral yang mampu membantu tubuh melawan serangan bakteria dan virus.

Ia juga membantu memperbaiki sel yang rosak dan melindungi sel yang sihat sehingga ke peringkat DNA.

#2 – Nutriferon

Nutriferon mengandungi interferon. Ia adalah penggalak sistem imun atau immune booster yang sangat hebat dan berkesan.

Ia akan mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan menggerakkan “pasukan cari dan musnah” dalam sistem imuniti badan

  • Nutriferon

Disclaimer : Vivix dan Nutriferon adalah pemakanan tambahan. Ia bukan ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal.

set penyakit kencing tikus

Order

Jika anda atau orang yang anda sayang mengalami masalah yang sama dengan Encik Mohd Amirul, hubungi saya hari ini untuk mendapatkan Set Penyakit Kencing Tikus ini. Duit boleh dicari. Nyawa tiada tukar ganti. Ikhtiar itu perlu. Insya Allah dengan izin Allah.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Testimoni Kencing Tikus : Pulih Dengan Resveratrol & Interferon

Leave a Reply

Your email address will not be published.