1 2
Ibu Berpantang

Tidak Cukup Untuk Atasi Sembelit Ketika Berpantang Dengan Air & Oren Sahaja

Masa baru-baru lepas bersalin, perasaan takut sangat nak membuang memang amat terasa. Risau jahitan perineum atau jahitan bersalin terbuka, risau luka menjadi serius, risau sakit dan pedih serta macam-macam lagi yang bermain difikiran pada masa itu.

Lebih-lebih lagi jika itu pengalaman bersalin anak yang sulung. Memang sangat stress kan. Saya percaya ramai juga ibu lepas bersalin atau ibu berpantang yang turut stress ketika melalui saat ini.

Membuang air besar adalah suatu perkara wajib dilakukan sehari-hari. Jika tidak dilakukan dengan sempurna, ia mungkin menimbulkan banyak masalah serius yang lain.

Kesannya boleh menyebabkan masalah angin, sakit pinggang, sakit lutut dan sakit belakang. Hai.. nak pengsan dibuatnya. Ditambah pula dengan masalah sembelit, memang amat merisaukan.

Pengalaman Sembelit Selepas Bersalin 

Apa tidaknya, saya juga pernah merasai seksanya masalah sembelit ketika baru lepas bersalin atau dalam waktu pantang. Pengalaman ini hadir selepas melahirkan anak yang pertama.

Waktu itu memang ambil masa yang lama untuk berada di dalam bilik air, kadang-kadang sampai berjam-jam.

Kalau teruk atau sakit sangat tu memang terpaksa menitik air mata. Yelah kan, proses membuang kena dilakukan dengan perlahan-lahan dan sabar, terteran kuat karang lain pula masalah yang datang.

Untuk mengatasi masalah ini biasanya doktor akan membekalkan sejenis ubat untuk mengatasi sembelit. Itu pilihan yang ada, so terpaksa kena ambil.

Hmm rasanya memang tak best dan off course kita memang jadi takut nak ambil sebab namanya ubat..hehe.

Di waktu fasa menyusukan anak sememangnya kita perlu berhati-hati di dalam mengambil sebarang ubat-ubatan bagi mengelakkan komplikasi sampingan kepada si bayi.

Sebagai ibu yang perihatin dengan masalah ini dan tidak mahu ia berulang kembali di masa hadapan, saya cuba mengkaji kenapa saya mengalami sembelit selepas melahirkan bayi.

Ternyata melalui pembacaan ilmiah dan perkongsian ibu-ibu hamil, kebanyakkannya menyatakan perkara ini adalah normal dan biasa berlaku.

Dan daripada situ juga, saya turut menemui alternatif penyelesaian kepada masalah sembelit selepas bersalin tanpa perlu ambil ubat doktor.

Kalsium Boleh Mengatasi Sembelit Selepas Bersalin?

OK, ini bukan ayat untuk menjual ye, cuma sekadar berkongsi masalah, alternatif penyelesaian dan pengalaman sendiri..Hehe.

Alhamdulillah saya diperkenalkan kepada Ostematrix Shaklee selepas kelahiran anak pertama.

Penerangan demi penerangan mengenai bagaimana Ostematrix membantu pelawasan dan sembelit, mendorong saya untuk mencuba dosnya yang pertama.

Selepas mencuba, dan malang sekali sehingga kini saya terpaksa menjadi pengguna setia akibat keistimewaannya yang tiada tolok banding.

Saya dapati Ostematrix amat membantu menyelesaikan masalah sembelit selepas bersalin saya untuk kelahiran anak kedua dan ketiga, dan Inshaa Allah untuk yang berikutnya. 

Kini kerisauan mengenai pengaruh ubat dalam tempoh menyusu anak turut dapat di atasi, malah turut membantu penyusuan dan pelbagai lagi masalah lain berkaitan sendi dan sakit belakang.

Apa yang menyebabkan saya jatuh cinta kepada Ostematrix ini, ia bukan setakat membantu atasi sembelit ketika berpantang, malah turut mengatasi masalah sembelit harian yang biasa.

Kuncinya, perlu diambil sehari-hari untuk mendapatkan kesan kebaikan berpanjangan.

Kebaikan Yang Patut Dikongsi Bersama

Perkara yang baik seharusnya dikongsi bersama. Terpulang kepada individu untuk membuat pilihan yang terbaik di dalam kehidupan mereka kerana ini bukanlah pilihan wajib.

Semenjak dari itu saya telah berkongsi dengan ramai ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama. Alhamdulillah rata-ratanya memberi feedback yang positif.

Baru-baru ni pula, seorang kenalan bertanyakan tentang Ostematrix Shaklee sama ada stok atau tidak. Saya beritahulah sentiasa ada, Inshaa Allah.

Gembira aje kawan saya tu. siap pesan, simpan 1 botol untuk dia ye. esok dia datang rumah ambil. Biasalah sebelum membeli semestinya melalui sesi konsultasi dulu.

Lepas cerita punya cerita, kawan saya ni beritahu kini dia serik dah nak ‘skip-skip’ ambil Ostematrix semasa dalam pantang dan berusaha untuk mengambilnya secara konsisten.

Mengapa? Apa masalahnya? Sebabnya begini, bila dia ter’skip’ ambil Ostematrix, masalah sembelit datang kembali secara senyap tanpa diduga.

Akibatnya, pernah suatu hari dia terpaksa duduk dalam bilik air hampir dekat 1 jam sampai menangis kerana dek tak tahan sakit sembelit yang tak kunjung keluar.

Saya ingat cukup dengan ambil banyak air dan makan buah oren untuk membantu lawaskan pembuangan. Tapi saya silap. Rupanya ia tak membantu langsung.

Hehe..saya senyum je (sebab saya pun pernah rasa). Biasalah kita kadang-kadang tersalah persepsi terhadap sesuatu maklumat. Lebih-lebih lagi bergantung kepada kondisi tertentu.

Mungkin bagi orang kebiasaan ia ‘ok’, cuma tak berkesan kepada kita yang sedang mengandung atau lepas bersalin.

Inshaa Allah tidak perlu risau. Apapun kini saya gembira dapat membantu mereka yang bermasalah.

Masalah yang kecil tetapi impak penyelesaiannya amat besar bagi mereka yang benar-benar memerlukan.

Kelebihan Ostematrix Bukan Sekadar Untuk Sembelit

Ostematrix Shaklee ni adalah tablet yang mengandungi Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan gabungan beberapa mineral penting yang lain (boleh rujuk label pada botol).

Selain untuk atasi sembelit ketika berpantang, ia juga berfungsi:

  • Membantu kekuatan tulang dan sistem sendi, membuatkan si ibu tampil dengan rasa lebih cergas dan aktif sepanjang hari.
  • Membantu pengurusan tidur yang baik bagi ibu, terutamanya ketika tidur malam. Mengatasi rasa letih walaupun sering mempunyai waktu tidur yang tidak cukup.
  • Membantu mengatasi masalah bisa-bisa tulang atau sakit-sakit belakang, kesan kaki kejang dan kaki sembab yang biasa berlaku dalam kalangan ibu selepas bersalin.

Testimoni Visual

Nak dengar sendiri kisah ibu yang rasa serik berpantang sebab sembelit teruk?

Ibu muda ni sangat seksa masa pantang anak pertama sampai tak sanggup nak beranak lagi. Tapi bila dah termengandung anak kedua, lain pulak jadinya. Senyum-senyum je saat kelahiran…

Tonton video di bawah :

Apa yang diamalkan oleh Cik Kak Khadeejah Hasmad adalah mengambil set lengkap berpantang shaklee, khas untuk penjagaan kesihatan beliau semasa dalam pantang.

Almaklumlah orang zaman sekarang, jamu tidak serasi dengan beliau katanya. Hehe..

Jika anda ibu yang sedang mengandung atau yang dah dekat ‘due date’ nak bersalin atau ibu sedang berpantang, ini nasihat saya:

Ibu belum terlambat untuk mendapatkan Ostematrix dengan kadar segera. Jangan tangguh-tangguh lagi.

Untuk dapatkan info lanjut mengenai produk, hubungi saya melalui Direct Link Whatsapp di 019 – 477 1733 . Juga dapatkan konsultasi eksklusif untuk setiap pembelian.

Hubungi segera:

Pengedar Shaklee Kulim

Facebook Comments:
Tidak Cukup Untuk Atasi Sembelit Ketika Berpantang Dengan Air & Oren Sahaja

View Comments

  • hrge brape

    • Salam En. Ris,

      Boleh hubungi saya di 019-477 1733 untuk maklumat lanjut. Detail info & konsultasi akan diberikan.

      Terima Kasih.

Recent Posts

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

1 month ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

1 month ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

1 month ago
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh
  • Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More

2 months ago
Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan
  • Kesihatan

Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan

Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More

2 months ago
Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama
  • Resepi

Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama

Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More

2 months ago