Sebagai ibu bapa, kita perlu memantau perkembangan tumbesaran anak agar membesar dengan sempurna. Namun, isu yang sering menjadi masalah kepada ibu bapa adalah perihal anak yang tidak mahu makan atau sangat memilih makan sehingga menyebabkan pertumbuhan badannya menjadi tidak ideal dan kesihatan kerap kali terganggu.

Adakah anda juga mengalami masalah yang sama? Ketahui tips atasi anak susah makan agar perkembangan tumbesaran dan kesihatan mereka menjadi semakin baik. Sebelum itu, kita tengok dulu apakah yang menyebabkan anak susah untuk makan.

Tips Atasi Anak Susah Makan

12 Punca Mengapa Anak Susah Makan

  1. Fasa Pertumbuhan Lambat
    • Menjelang umur 2 atau 3 tahun, pertumbuhan anak semakin perlahan, begitu juga dengan tabiat pemakanan mereka. Di sinilah fasa mereka menjadi “picky eater” atau makan memilih bermula. Masuk era persekolahan, pertumbuhan dan mod selera mula agak sekata dan seimbang.
  2. Memilih Makanan
    • Situasi normal bagi anak-anak membesar menjadi “picky eaters’ dan semua kanak-kanak normal melalui fasa pembangunan diri sebegini. Mereka sangat sensitif dengan warna, bentuk dan rasa sesuatu makanan. Ibu bapa perlu kemahiran dan kreatif untuk mengawal situasi ini.
  3. Mengalami tekanan
    • Kanak-kanak tidak suka dipaksa untuk merasa sesuatu makanan yang mereka tidak suka. Ia mungkin akan menyebabkan mereka malas untuk makan, makan bersendirian atau membunuh terus selera makan mereka. Beri ruang dan bijak dalam komunikasi dengan kaedah rundingan yang baik mampu mengatasi masalah ini.
  4. Alergik kepada makanan
    • Sesetengah kanak-kanak alergik terhadap makanan tertentu, atau mungkin pelbagai jenis makanan. Diet harian yang terkawal atau peraturan makanan tertentu mungkin akan menyebabkan mereka menjadi bosan dan kurang minat untuk makan.
  5. Jadi pakar rasa makanan
    • Pada awal fasa pertumbuhan kanak-kanak, mereka sangat peka terhadap rasa. Benda baru mesti kena lepas saringan rasa mereka dulu. Mereka lebih cenderung menyukai rasa manis, lemak atau bergaram. Rasa pahit adalah musuh utama mereka. Tidak hairanlah jika mereka lebih sukakan gula-gula, aiskrim & snek keropok kentang; dan sangat anti dengan ubat dan sayur.
  6. Sensitif kepada tekstur makanan
    • Sesetengah kanak-kanak mungkin memandang sinis atau berpaling terhadap makanan yang bakal diberikan kepada mereka kerana teksturnya seperti berjenis bubur, lembik, menggerutu atau licin. Sesetengahnya mungkin sensitif kepada fizikal bentuk atau bau makanan itu.
  7. Gemar satu jenis makanan sahaja
    • Sosej atau nugget merupakan jenis makanan yang paling digemari kanak-kanak. Kadang-kadang mereka lebih rela makan makanan ini sahaja berbanding makanan lain. Ia juga disebut sebagai sindrom “Food Jag”. Pada mereka ia sudah cukup, sungguh sedap dan mengenyangkan. Hakikatnya seperti tidak makan langsung kerana kandungan nutrien yang tidak seimbang.
  8. Ketagihan kepada snek tidak sihat
    • Makanan ringan atau makanan segera amat mempengaruhi kanak-kanak. Apabila sudah terperangkap dengan ketagihan snek sebegini, sukar untuk mengembalikan pola pemakanan sihat mereka. Hati-hati dengan pendedahan awal jenis makanan ini kepada mereka.
  9. Kurang bimbingan dan galakkan
    • Bagaimana tabiat pemakanan ibu bapa dan keluarga begitulah ia mempengaruhi corak diet mereka. Sokongan, bimbingan dan pendedahan amat penting untuk menggalakkan mereka memperolehi makanan yang baik.
  10. Gangguan atas meja makan
    • Kanak-kanak mudah terganggu dengan TV, gajet telefon atau mainan di atas meja makan. Menyebabkan mereka hilang fokus untuk makan. Beri mereka ruang untuk fokus dan mengenal makanan sementara sedang makan bersama keluarga – main boleh sambung kemudian.
  11. Terlalu Letih
    • Akibat terlalu letih dengan aktiviti harian seperti bersekolah, tuisyen, bersukan atau aktif bermain di luar mungkin juga boleh menganggu mood dan waktu makan mereka. Jangan terus paksa mereka makan. Berikan mereka waktu berehat, ia akan kembali normal setelah kembali cergas seperti sediakala.
  12. Mengalami masalah kesihatan
    • Kanak-kanak mudah diserang sakit seperti demam, selesema, batuk dan pelbagai penyakit biasa lain. Normal seperti orang dewasa juga, selera mereka juga akan menurun apabila sedang sakit atau mungkin menolak makanan buat sementara waktu. Pada saat ini, berikan penjagaan yang terbaik dan elakkan mereka mengalami dehidrasi. Apabila sudah sihat, diet mereka akan normal kembali kebiasaanya.

Tips Atasi Anak Susah Makan

  • Kenalpasti puncanya: Rujuk 12 punca anak susah makan di atas atau ada punca lain untuk mengenalpasti mengapa anak anda susah mahu makan. Dari situ, ambil langkah mengatasi yang terbaik seperti dalam ruangan ini. Biarkan kanak-kanak membesar dalam dunia mereka. Ada masa mereka perlu bebas dalam aktiviti mereka, dan ada masa mereka perlu mengikut peraturan atau jadual yang ditetapkan oleh ibu dan bapa. Elak memberi kongkongan, lebihkan kerjasama dan galakkan.

  • Berikan nutrisi seimbang: Setelah kenalpasti punca, perlahan-lahan ubah tabiat pemakanan mereka kepada yang lebih sihat. Berikan nutrisi makanan yang seimbang sesuai dengan usia dan keperluan mereka. Anda mungkin perlu menjadi agak kreatif bagi menarik minat mereka agar mereka mahu mencuba makanan di luar kebiasaan mereka.

  • Atur jadual makan anak: Perut anak biasanya akan kosong setiap 3-4 jam. Anak cenderung makan sedikit tetapi kerap. Cuba atur untuk memberi mereka makan 7 kali sehari yang terdiri daripada 3 kali makanan berat dan diselang seli dengan snek sihat.

  • Berikan nutrisi tambahan terutama protein albumin: Nutrisi lengkap sangat diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan yang sihat dan kuat. Selain daripada vitamin dan mineral, protein albumin juga merupakan satu keperluan yang penting kepada sel di dalam tubuh anak anda.

Nutrisi Untuk Anak Yang Susah Makan

Di Shaklee, kami mempunyai penyelesaian kepada masalah anak anda. Sebenarnya, anak anda hanya perlukan Mealshake. Nutrisi lengkap yang mengandungi 19 jenis vitamin & mineral penting, 9 jenis asid amino perlu, sumber tinggi dalam kandungan serat dan protein, tinggi kalsium dan rendah glisemik indeks

Video dibawah adalah kisah 2 orang ibu yang mempunyai anak-anak yang sangat cerewet makan, sering tidak sihat dan kurus kering. Apa yang ibu-ibu prihatin dan penyayang ini lakukan untuk membantu anak-anak mereka? Jom tengok.

 

Itu kisah anak mereka yang dulu.. kurus kering, picky eater, dan sering tidak sihat di taska.  Sekarang tidak lagi. Alhamdulillah.

Kenapa Pilih mealshakes

 

Mengapa Mealshake Menjadi Pilihan Ramai Ibu Untuk Si Manja Tersayang?

  1. Mengandungi Nutrisi Lengkap
    • Membekalkan 24 jenis vitamin, mineral dan “trace mineral”. Tahukah anda bahawa kekurangan “trace mineral” di dalam tubuh anak anda akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif.
  2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
    • Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya. Ini akan memastikan tubuh anak anda menjadi lebih sihat.
  3. Membekalkan Nutrisi Untuk Tumbesaran
    • Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
  4. Mengandungi Agen Anti-oksida
    • Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan. Antioksidan sangat penting dalam melawan radikal bebas yang berkeliaran di sekeliling anak-anak kita dan juga yang terdapat di dalam tubuh mereka. Ya.. di dalam tubuh kita juga terdapat radikal bebas yang mampu merosakkan sel.
  5. Membantu Memelihara Kulit
    • Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit. Kita mesti mahu kulit anak-anak bersih dan cantik kan?
  6. Baik Untuk Proses Detoksifikasi
    • Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. Jadi, Ia bantu mengatasi masalah sembelit yang sering anak-anak hadapi.

8 Manfaat Kebaikan Mealshakes

Testimoni Pengguna Mealshake Shaklee

 

Anak sy setahun 5 bulan x nk mkn sayur n buah langsung dgn air kosong masak pon x mau. Najis dia cam taik kambing bulat2 n keras boleh golek2 lg sbb kurang air. Sy bg melashakes stgh sudu kecik 4 kali seminggu n baru 2 mggu alhamdulillah najis dia jd normal n selera mkn ..masyaAllah! Kuat sgt mkn heheh.

Bidayatul Hidayah

 

Meal shakes mmg bagus untuk ank2 yg x nk mkn…testimoni ank sndiri..selera mkn dh bertambah..asma dn ekzema dh berkurangan..sy bg meal shakes dn chewable vita c

Hanizah Kamal

 

Nak share testimoni anak saya.. Bulan Feb ’13 baru beli..tapi time ni kejap bg kejap tak..culas2 gitu…tapi bulan April ’13 baru bg hari-hari..tu berat meningkat naik. Sape-sape yg nak tambahkan selera makan anak dan bg berat anak naik..amal la bg Mealshake ni!

Halessa Shahrom

Testimoni anak bujangku Aisy stop menyusu badan dalam umur 1y and half… Lepas tu die kerap sangat demam, batuk & selsema… kadang-kadang sampai muntah2 teruk. Masa menyusu badan dulu ada jugak demam tapi xderla teruk sangat and jarang2. Ni sampai berkali2 pulak dlm sebulan… Ibu mane yang tak risau? Saya ada bagi Aisy meal shakes tp x konsisten. Omega guard pun same tapi bile die dah kena amik darah bagai sebab demam berpanjang x elok2 lepas p klinik, so saya mula bg die mealshakes campur dlm susu die. If batuk sy campur Omegaguard dlm susunya jugak ~ sbb susah nak handle die sorang kalau bg terus. Alhamdulillah nampak perubahan yang ketara dengan die. 1) selera makan die bertambah! Sebelum ni die akan geleng kepala kalau kite tanya die nak makan ke tidak apatah lg disuap tapi sekarang kalau nampak KFC @ kedai makan je mesti sebut ‘dash’ maknanya nasik. Adakalanya makan berulang2. Syukur Alhamdulillah… 2) Die tak lagi kerap demam macam selalu. Kalau demam pun alhamdulillah taklah seteruk dulu & tak sekerap dulu. Macam semalam die demam, lemah tak bermaya je.. makan pun jadi tak selera. Terus tambahkan mealshake dlm susu & bagi die… Pagi tadi tengok die bangun awal and kembali aktif macam biasa walaupun selsema x hilang lg ~ dulu pandai mintak vitamin c chewablenye sendiri skg xmo pulak die…

Liza Kedaimanjamama

 

tips atasi anak susah makan

 

 

 

 

Mealshake ini sangat sesuai untuk anak-anak yang tidak pandai menelan tablet. Ia juga sesuai di ambil oleh kanak-kanak berusia seawal 1 tahun ke atas. Bawah 1 tahun tidak boleh ya.  Berikan peluang kepada anak anda untuk turut merasa kebaikan Mealshake ini. Lekas dapatkannya segera sekarang!.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).
————————————
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat  atau mencegah sebarang jenis penyakit

Facebook Comments:
Tips Atasi Anak Susah Makan & Selalu Sakit Di Taska

6 thoughts on “Tips Atasi Anak Susah Makan & Selalu Sakit Di Taska

  • October 7, 2016 at 9:09 am
    Permalink

    Thanks sudah berbagi tips trick

    Salam dari negeri seberang 😉

    Reply
  • December 25, 2016 at 1:32 pm
    Permalink

    I really like what you guys are up too. This kind of clever work and coverage!

    Keep up the amazing works guys I’ve included you guys to blogroll.

    Reply
  • January 17, 2017 at 8:10 am
    Permalink

    bingung saya baru pertama punya anak susah ngatur makannya banyak nolak makan, setiap hari kadang mau makan yang itu-itu saja

    Reply
    • January 17, 2017 at 5:12 pm
      Permalink

      Normal kanak-kanak sememangnya ramai yang sukar menolak makanan yang tidak disukai mereka.

      Dalam hal ini, mealshake boleh membantu masalah anak tuan. Rasa vanilla yang manis semulajadi, pasti kanak-kanak sukar untuk menolaknya.

      Mahu cuba? Call | SMS | WA : 019 477 1733

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.