1 2
Kesihatan Bayi

Tips Atasi Gelembung Air Pada Kulit Bayi Tanpa Kesan Parut

Bayi mempunyai struktur epidermis kulit yang masih belum sempurna seperti orang dewasa. Kulit mereka ketika satu tahun pertama adalah sangat sensitif.

Oleh kerana itu, bayi sangat mudah diserang penyakit kulit. Antara masalah kulit pada bayi yang biasa berlaku termasuklah kewujudan gelembung air pada kulit .

Cara Atasi Gelembung Air Pada Kulit Bayi

Faktor Punca & Simptom Gelembung Air Pada Kulit Bayi 

Terdapat beberapa faktor yang boleh mendorong kepada terjadinya gelembung air pada kulit bayi. Di antaranya adalah disebabkan oleh faktor:

  1. Perubahan cuaca: Cuaca panas lembab sering mendatangkan masalah ketidakselesaan pada kulit bayi atau situasi kulit rimas.
  2. Alahan kulit: Bayi boleh mengalami masalah alergi kulit sejak kelahirannya. Ia mungkin disebabkan reaksi terhadap sentuhan, debu, makanan tertentu dan pembawaan masalah dalaman yang muncul pada kulit.
  3. Masalah imun: Bayi amat mudah terdedah kepada serangan dan jangkitan penyakit. Sistem pertahanan tubuh yang lemah lebih memberi risiko yang besar kepada bayi. Bakteria atau virus dalam darah boleh menyebabkan kesan kewujudan gelembung air pada kulit bayi.

Kebiasaannya, simptom awal yang menunjukkan bayi terkena penyakit ini dimulai dengan kemunculan ruam merah berbisa, bayi mudah meragam, kerap menangis dan kelihatan tidak selesa.

Kemuncaknya muncul gelembung-gelembung air sekitar kulit bayi pada kawasan tertentu. Ia mungkin juga membawa kepada petanda awal jangkitan herpes simplex atau chicken pox (campak).

Jadi, bawa bayi anda untuk dapatkan pemeriksaan awal, nasihat dan rawatan doktor dengan segera.

Walaupun tiada rawatan khas untuk mengatasi masalah gelembung pada kulit bayi ini, diagnosis dan pemerhatian doktor boleh membantu kita sebagai ibu untuk lebih faham dan cara menghadapi dan menjaga bayi kita jika terkena situasi sebegini.

Jenis Gelembung Air Pada Kulit Bayi
Gelembung Air Pada Kulit Bayi

Testimoni: Cara Atasi Gelembung Air Pada Kulit Bayi Dalam Masa 3 Hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni saya nak share pasal Herbal Blend Shaklee yang sangat sangat awesome tau.. Rugi pulak rase bile tak share benda ni..

Awal bulan 9 hari tu, saya baru jer melahirkan hero yang ke 3. Berat 3.55kg.. Alhamdulillah semua selamat.. Esoknya boleh terus balik rumah.. . Tapi sebab dengan cuaca panas dan jaundis lagi, kulit anak jadi sensitif dan tiba- tiba naik gelembung air kat belakang leher.. Mula -mula naik kecil jer.. Takpe la.. Kiteorang fikir maybe ruam atau kalo orang kelantan panggil ‘cemar peluh’.

Pastu esoknye, nurse KK datang melawat kat rumah. Terus disuruhnye ke KK untuk jumpa doktor sebab risau takut jangkit dengan anak-anak lain kalau gelembung air tu pecah. . Sape tak risau kan? Bawak la g jumpe doktor kat KK sambil nak check jaundis. Doktor tu pun bagi ubat HYDROCORTISONE. Bila balik, terfikir jugak nak letak ke ubat yang doktor bagi tu sebab tau dalam tu ada steroid.

Suami suruh sapu jer la ubat tu. Takpe la, sapu jer la ubat tu. Finally esoknya, mak ai tengok gelembung air tu makin besar. Dalam gambar tu, gelembung air yang makin besar lepas sapu ubat doktor bagi tu. . Saya pun nekad tak nak sapu dah ubat doktor bagi tu. Bila dah jadi mak ni kan, instinct kedoktoran tu ada sikit-sikit. Apa lagi try jadi doktor la sekejap.

Lepas mandikan anak, saya amek tisu saya pecahkan gelembung air tu. Habis keluar air bisa kaler kuning tu. Lepas tu saya sapu krim Herbal Blend Shaklee tu. . Alhamdulillah.. Petang tu terus kering gelembung air tu. Dah tak nak gelembung air tu. Dalam 3 hari lepas tu, parut- parut gelembung semua dah hilang. Alhamdulillah lega sangat.

Sekarang ni memang wajib ada krim ajaib ni. Kena gigit nyamuk pun saya sapu tau. Nanti bekas hitam kena gigit nyamuk tu hilang.. . Rugi tau sape yang tak pernah mencubanya. Yang ada anak kecik tu saya syorkan sediakan satu krim ajaib ni. Ruam lampin, gatal- gatal, ruam peluh memang berkesan sangat bila guna krim ni..

Bila nak keluar rumah benda ni la yang wajib ada dalam handbeg saya. Kadang boleh lupa amek fon, tapi krim ni memang tak pernah miss punye…

HANIM ISMAIL

gelembung air di kulit bayi

Nak dapatkan krim ajaib daripada Shaklee ini? Harganya tak mahal dan setiap rumah perlu ada satu tiub krim herbal ini untuk kegunaan seisi keluarga. Sangat selesa, tidak berminyak dan sangat nyaman pada kulit.

Jom dapatkan info lanjut mengenainya dan juga konsultasi istimewa daripada saya. Hubungi segera;

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Tips Atasi Gelembung Air Pada Kulit Bayi Tanpa Kesan Parut

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

3 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

3 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

3 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

6 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

6 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

6 months ago