Anda pernah berimpian tak untuk mempunyai perut rata dan tidak buncit. Siapa yang tidak mahu perut rata, kan? Saya juga mahukannya.
Hari ini saya nak berkongsi dengan anda sedikit tips apakah yang perlu kita lakukan jika ingin mendapatkan perut yang rata dengan mengamalkan diet yang sihat.

9 Tips Bagaimana mendapatkan perut rata
- Makan mengikut piramid makanan dan mengamalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan atau elakkan makanan segera dan makanan ringan. Gantikan gula-gula atau jajan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda akan melihat perbezaannya.
- Lebihkan memakan makanan bersumberkan protein tanpa lemak.
- Makan makanan bijirin penuh. Perhatikan label di bungkusan makanan anda yang bertanda “100% whole wheat” atau “100% whole grain” dan bukannya sekadar tepung gandum. Bijirin penuh memastikan kita untuk berasa “penuh” dan kurang lapar. Ia boleh membantu anda menurunkan berat badan dan membantu juga untuk mendapatkan perut yang rata.
- Ambil produk tenusu rendah lemak, kaya dengan protein dan vitamin B6.
- Makan dalam kuantiti yang kecil. Kunyah makanan dengan perlahan. Ia akan membantu anda menyedari apabila perut anda sudah penuh. Beri tumpuan kepada makanan yang sihat.
- Minum air kosong secukupnya. Gantikan minuman bersoda dan minuman bergula dengan air kosong. Air kosong akan menjadikan kita berasa lebih mudah untuk menurunkan berat badan.
- air berperisa boleh dipertimbangkan jika perlu. Minuman yang dicampur limau/lemon dikatakan merupakan cara semulajadi untuk mempercepatkan kadar metabolisme tubuh. Perah limau/lemon ke dalam segelas air sejuk, ia merupakan minuman yang sihat.
- Air kencing harus berwarna kuning atau warna yang jelas. Kuning gelap dengan bau boleh menjadi tanda bahawa tubuh anda sedang mengalami dehidrasi (kering)
- minum air sedikit tetapi kerap. Jika anda meminum air dengan banyak sekaligus, perut akan mengembang menjadi lebih besar. Ia akan membuatkan anda berasa lebih lapar.
- Kurangkan pengambilan garam. Garam merupakan bahan yang boleh menyebabkan tubuh menyimpan air. Ia akan menyebabkan tubuh anda kelihatan kembung terutama di bahagian abdomen anda.
- Elakkan minuman alkohol. Satu botol arak mempunyai kira-kira 600 kalori di dalamnya. Untuk yang beragama Islam, ingat ya.. Arak adalah haram.
- Makan makanan yang mempunyai Glisemik Indeks yang rendah. Makanan yang rendah GI akan membuatkan kita berasa kenyang lebih lama. Badan akan menyerap nutrien dengan perlahan supaya gula dapat di lepaskan secara perlahan kedalam tubuh seterusnya kita akan berasa bertenaga untuk tempoh masa yang lebih lama.
By the way, jika mahukan kesan yang lebih pantas, amalkan senaman terutama sit-up secara konsisten setiap hari dan detox usus dengan konsisten agar nutrisi lebih mudah diserap kedalam tubuh. Usus yang sihat adalah antara rahsia menurunkan berat dengan pantas dan mendapatkan perut yang rata.