Semakin menghampiri bulan Ramadhan, hati setiap ibu yang menyusukan anak mereka pasti akan terdetik sedikit rasa bimbang.
Bukan bimbang tidak mampu menunaikan ibadah puasa tersebut tetapi gusar apabila memikirkan bagaimana mereka akan menyusukan si kecil sedangkan mereka terikat dengan ibadah puasa.
Risau pengeluaran susu ibu merudum dan tidak dapat menyesuaikan diri untuk menyusukan anak dalam keadaan berpuasa.
Itu dilema kebanyakan ibu-ibu yang menyusu bayi termasuklah saya, suatu masa dahulu. Jika anda juga ada dilema yang sama, anda perlu baca artikel ini sehingga habis. Saya akan share dengan anda tips berpuasa bagi ibu menyusu.
Ibu yang menyusukan anak harus berbuka puasa kalau ia bimbang dengan berpuasa akan memudharatkan dirinya dan wajib qadha’ bagi puasa yang ditinggalkan.
Jikalau ia berbuka puasa kerana bimbang memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu, maka wajib qadha’ puasa yang ditinggalkan berserta membayar fidyah bagi setiap hari puasa yang ia tinggalkan.
Panduan Puasa Bagi Pesakit – e-fatwa.gov.my
Banyak kajian yang dijalankan oleh penyelidik di seluruh dunia tentang berpuasa oleh ibu menyusu bayi. Kajian mendapati berpuasa tidak akan mengurangkan pengeluaran susu ibu tetapi jika berlakunya dehidrasi yang teruk kepada si ibu, akan menyebabkan susu ibu merudum.
Hasil kajian juga mendapati berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan terhadap ibu-ibu yang menyusukan anak jika mereka istiqamah dalam mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat semasa berpuasa.
Kajian yang dijalankan di Afrika Barat mendapati bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi tetapi kemungkinan komposisi susu ibu tersebut akan berubah.
Hal ini adalah sejajar jika dikaitkan dengan pemakanan ibu semasa bulan Ramadhan kerana nutrien susu adalah bergantung kepada pemakanan ibu. Seandainya pemakanan sihat dan sempurna yang diamalkan, ia tidak akan mengundang masalah terhadap komposisi susu tersebut tetapi jika terdapat kekurangan dalam pengambilan makanan, kemungkinan komposisi tersebut akan berubah.
Namun, ia tidak mendatangkan masalah terhadap kesihatan bayi. Ini kerana, ia boleh dilihat sebagai suatu kitaran iaitu, ibu- ibu boleh menggantikan makanan atau zat yang tidak cukup tersebut selepas waktu berbuka. Selagi mana pemakanan sihat diutamakan, tiada masalah yang diundang buat ibu dan bayi yang menyusu.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat juga menunjukkan tiada kesan yang signifikan terhadap pengurangan susu ibu semasa berpuasa di bulan Ramadhan. Badan wanita yang menyusukan bayi akan membuat beberapa penyesuaian metabolik semasa berpuasa untuk memastikan agar pengeluaran susu ibu tidak terganggu. Sungguh hebat penciptaan Allah.
Kajian juga menunjukkan bahawa walaupun si ibu berpuasa selama 24 jam, kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah. Jika anda makan terlalu sedikit dan berat badan mula turun, jenis lemak dalam susu anda mungkin berubah, tetapi jumlahnya tidak berubah.
Walaupun payudara itu sendiri boleh menghasilkan lemak susu, jenis-jenis lemak yang lain akan diperolehi daripada simpanan lemak dalam badan anda sekiranya ia tidak diperolehi melalui pemakanan anda.
Rasa risau itu sepatutnya tidak perlu ada jika kita faham bahawa berpuasa memberi kita lebih banyak manfaat berbanding kemudaratan. Kemudaratan hanya berlaku dalam kes- kes terpencil yang diharuskan dalam agama untuk berbuka puasa.
Persediaan berpuasa untuk elakkan masalah hidrasi pada tubuh ialah dengan minum banyak air. Tips minum banyak air boleh diamalkan dalam sela waktu selepas berbuka sehingga waktu bersahur.
Menyusu bayi memang menyebabkan kita berasa kerap dahaga. Pengambilan air yang mencukupi akan memberi kesan kepada tubuh anda untuk keesokan harinya.
Jika badan anda kurang air, anda akan berasa tidak sihat dan keletihan sepanjang hari.
Ambil makanan yang mempunyai indeks glisemik (glycemic index – GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah.
Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah.
Tahukah Anda?
Pada 28 May 2011 – Laporan “Nutrition Journal” terhadap kajian pemakanan kurma ke atas pesakit diabetes menunjukkan walaupun kurma mempunyai kandungan gula semulajadi yang tinggi; kurma adalah makanan rendah glisemik kerana ia tidak menaikkan paras gula dalam darah secara ketara selepas dimakan.
Sumber >> Manfaat Memakan Kurma – Livestrong.com
Normal susu ibu akan merudum atau berkurang semasa ibu menyusu sedang berpuasa. Oleh itu, bantuan stok susu ibu simpanan adalah penting untuk mengatasi permasalahan ini.
Ibu menyusu boleh menyediakan stok susu ibu perahan (EBM) sebelum menjelang bulan puasa lagi. Pemakanan untuk banyakkan susu ibu dan teknik Power Pumping boleh membantu produktiviti susu ibu.
Simpan stok susu EBM sebaiknya untuk kekal bertahan lebih lama. Ini dapat memberi alternatif penyusuan secara tidak langsung kepada bayi pada waktu berpuasa. Sebaliknya pula, penyusuan terus dari badan boleh dilakukan pada malam hari.
Beli barang keperluan dan buat kerja rumah yang berat sebelum bermulanya bulan puasa
Simpan diari makanan supaya anda boleh memastikan anda makan dan minum sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan cukup pada waktu malam.
Ambil suplemen tambahan khas untuk ibu menyusu bayi kekal bertenaga ketika berpuasa.
Jika kita sempat melalui Ramadhan sebagai ibu menyusu, ia mungkin suatu perkara yang sangat menyeronokkan. Ya, logiknya kalau tanpa sebarang masalah, kita bakal dapat berpuasa penuh tahun ni.
Best lagi, bakalnya dapat melaram dengan baby baru menjelangnya raya nanti. Mesti jadi tumpuan kan.
Tapi jangan lupa, jom dapatkan vitamin Set Berpuasa Ramadhan daripada saya. Hubungi terus untuk dapatkan info lanjut dan konsultasi eksklusif khas untuk anda.
SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
Shaklee ID:
866451
Cash On Delivery : Kulim Kedah dan kawasan sekitarnya
Penghantaran Melalui Courier : Ke Seluruh Malaysia, termasuk Sabah Sarawak
Penghantaran Melalui e-Parcel : Ke Seluruh Dunia
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
View Comments
Good info, skrg ni tengah menyusukan bayi berusia 4 bulan memang mencabar juga berbanding waktu pregnant ;) Mohon share ye master.
Tahniah dapat baby baru Ila Halilah. Semoga diberikan kesihatan dan kekuatan buat Ila dan baby menempuhi bulan puasa ni..silakan share utk kebaikan
wow.. perkongsian yg sangat menarik. tips ibu menyusu
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips tambah susu ibu.
Wahhh tq nice info i share for more benefit on it
Salam Yuhaidah, terima kasih & selamat berpuasa.