Tips kecantikan wajah tidak semestinya memerlukan bantuan produk kosmetik yang terkenal dan yang pasti sangat mahal harganya.

Kita boleh amalkan beberapa cara tampil cantik tanpa memerlukan kos yang tinggi. Atau jika perlu melibatkan kos pun, ia perlu melibatkan cara memilih produk skincare yang betul.

Cara menjadi cantik juga tidak terhad dengan hanya satu rutin tertentu sahaja. Berikut adalah 5 tips menjadi cantik dan kekal awet muda yang boleh diamalkan.

#1  – Aktifkan Kolagen Dalam Kulit

Kolagen adalah bahan asas semulajadi yang banyak terdapat di bawah kulit. Ia membawa fungsi mengekalkan struktur dan memelihara ketegangan kulit.

Tanpa kolagen sebagai blok binaan asas kulit, segala krim kecantikan wajah yang anda amalkan untuk kelihatan awet muda mungkin tidak akan memberi sebarang kesan positif langsung.

Oleh itu, kita digalakkan supaya meningkatkan pengambilan kolagen untuk kulit.

Mengapa? Kerana apabila umur kita semakin tua, paras kolagen akan menurun secara semulajadi. Garisan penuaan, kedutan pada wajah dan hilang ketegangan adalah tanda semulajadi kekurangan kolagen.

Namun kehilangan kolagen boleh menjadi lebih drastik lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan faktor masalah kesihatan dalaman tubuh dan persekitaran luaran yang boleh mengganggu paras simpanan kolagen dalam tubuh.

Tingkatkan paras kolagen boleh dilakukan dengan mengambil makanan sumber kolagen atau melalui suplemen kolagen.

Paras kolagen yang baik dalam tubuh boleh meningkatkan kesihatan dan kesegaran kulit dari dalam ke luar danmengurangkan kesan garis-garis serta kedutan sebgai tanda penuaan awal.

Pengeluaran kolagen dari dalam tubuh memerlukan bantuan vitamin C untuk kesan yang lebih efektif dan efisien. Disamping bertindak saling kerjasama vitamin c – kolagen untuk keanjalan kulit dan kekal muda.

#2 – Tingkatkan Sumber Vitamin C

Selain ramai yang meningkatkan keperluan vitamin C untuk mengekalkan tahap kesihatan, vitamin C juga boleh diambil untuk tujuan kecantikan terutamanya bagi wanita.

Tidak dinafikan bahawa, peranan vitamin C sangat penting untuk tubuh bagi mengekalkan kesejahteraan, pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu baru, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan mineral zink.

Baca Juga :  Cara Menghilangkan Mata Panda Tanpa Perlu Cover Dengan Make-Up Tebal

Vitamin C juga membantu menggalakkan keupayaan kulit untuk melakukan proses pembaikpulihan sel sendiri. Kesannya, ia dapat mengurangkan kesan kulit berkedut dan melicinkan kulit yang kering dan kasar.

Vitamin C juga bertindak sebagai antioksidan semulajadi dalam tubuh yang berfungsi menguatkan sistem pertahanan tubuh yang menyebabkan kerosakan sel akibat serangan radikal bebas. Serangan radikal bebas boleh sahaja datang daripada persekitaran seperti sinar UV matahari dan pencemaran udara.

Vitamin C juga sangat berperanan membantu proses sintesis kolagen bagi menyokong keanjalan, kelembutan, keserian dan kesihatan kulit. Oleh itu, dalam bidang kecantikan hari ini, vitamin C juga sangat popular sebagai agen anti penuaan.

Sumber vitamin c sangat mudah didapati daripada sumber pemakanan buah-buahan dan sayuran. Bagi memudahkan pengambilan, ia juga terdapat dalam bentuk suplemen vitamin C.

Dalam hal ini, anda  hanya perlukan tips memilih vitamin C yang bagus di pasaran untuk dapatkan suplemen vitamin C yang terbaik.

#3 – Lakukan Urutan Wajah

Jika budget anda terhad untuk invest beli produk kecantikan yang mahal-mahal, boleh cuba dengan kerap buat urutan pada wajah.

Teknik mengurut wajah (face workout) yang betul setiap hari secara konsisten mampu menaikan seri wajah untuk kelihatan muda dan juga lebih sihat.

Urutan pada wajah boleh membantu kelancaran peredaran darah. Kitaran peredaran darah yang baik dapat membekalkan nutrisi serta oksigen yang sangat diperlukan sel-sel pada wajah.

Urutan muka juga membantu menyingkirkan toksin dan kotoran tersembunyi disebalik kulit wajah. Antaranya kesan makeup, debu, habuk, kulit mati, dan sebagainya yang berpotensi menyebabkan liang pori tersumbat. Dengan teknik urutan, anda boleh tambah langkah ekstra kepada proses pembersihan kulit wajah.

Bukan itu sahaja, kulit yang stress boleh diredakan dengan memberi rangsangan lembut dan efek rileks melalui teknik urutan. Ketegangan urat dan saraf pada wajah boleh menyebabkan muka mudah nampak letih, tidak bermaya dan muncul garis-garis penuaan.

Pelbagai lagi manfaat lain urutan wajah antaranya dapat mengurangkan kesan lingkaran bawah mata atau mata panda, membantu meningkatkan kebolehserapan zat dalam produk kecantikan, serum, pelembap dan air, serta menjadikan kulit lebih aktif. Paling best sekali struktur wajah anda tentu nampak lebih lebih runcing, segar dan awet muda.

Baca Juga :  Cara Mengatasi Pori Pori Besar Pada Wajah Dengan Cepat Dan Semulajadi

#4 – Minum Banyak Air Kosong

Minum banyak air bukan bermaksud minum sampai kembung perut. Maksudnya kerapkan minum air kosong setiap hari secara berkala dalam jumlah 3 liter.

Air kosong bermaksud air yang tidak ditambah apa-apa perasa, perisa dan pemanis gula. Terdapat pelbagai kelebihan minum air kosong.

Punca kurang minum air kosong boleh menyebabkan kulit hilang keanjalan (elastisiti) dan kekeringan. Disebut juga masalah dehidrasi (kehilangan air) yang menyebabkan kulit mudah rosak dimana kedutan dan garis penuaan mudah muncul.

Tubuh juga perlukan air untuk menyingkirkan toksin melalui kulit. Jika kulit mempunyai hidrasi yang baik, toksin akan dikeluarkan melalui peluh.

Manakala jika berlaku dehidrasi, tubuh tidak mempunyai bendalir yang mencukupi untuk menyngkirkan toksin keluar daripada tubuh. Akibatnya toksin akan terkumpul di bawah kulit dan menimbulkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat, breakout, kulit kering, iritasi kulit dan lain-lain.

#5 – Pilih Produk Skincare Yang Betul

Kecantikan adalah sangat mahal bagi wanita. Jadi jangan ambil risiko guna produk kecantikan yang tiada jaminan keselamatan, tidak diketahui asal usulnyadan lebih penting lagi hanya menggunakan label cepat dan murah.

Kulit wanita perlu dibelai manja dengan penggunaan produk kecantikan wanita daripada bahan-bahan semulajadi, dibangunkan secara saintifik dan dibuktikan secara klinikal tanpa kompromi. Itulah nilai mahalnya kecantikan wanita.

Gunakan tips untuk memilih produk skincare yang betul dan selamat. Pastikan tiada bahan-bahan kimia berbahaya atau sumber bahan yang diragui ketulenan dan keselamatannya.

Pemilihan produk skincare yang salah hanya boleh memberi jaminan kecantikan, putih dan berseri yang sementara. Bahkan anda terpaksa rela menanggung beban kulit muka rosak yang sangat buruk padahnya.

Facebook Comments:
Tips Cantik: 5 Cara Untuk Sentiasa Kelihatan Cantik & Awet Muda

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.