Badan berbau memang mengganggu emosi. Bukan setakat emosi sendiri, tapi mengganggu emosi mereka-mereka yang berada berhampiran dengan kita juga. Bagaimana yang mahu hilangkan badan berbau ini? Sebelum itu, kita ketahui dulu apakah sebenarnya penyebab terjadinya badan berbau kurang menyenangkan ini.
Badan berbau biasanya kerana faktor-faktor seperti dibawah :
Minuman beralkohol merupakan minuman yang akan diproses oleh hati. Namun, 10% daripadanya akan disingkirkan melalui liang peluh, nafas dan air kencing. Oleh kerana itulah, anda yang selalu meminum minuman beralkohol selalunya mempunyai badan yang berbau kurang enak.
Minuman berkafein dan makanan tinggi choline seperti bawang putih, bawang merah, rempah, daging dan kekacang perpotensi menyebabkan bau yang kurang enak. Makanan yang tinggi choline tidak mudah dihadam melalui proses metabolisme dan memerlukan masa yang lebih lama untuk dihadamkan.
Tubuh kita mengandungi kalenjar Eccrine dan kalenjar Apocrine. Kalenjar Eccrine bersifat tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau. Kalenjar Apocrine pula merembeskan cecair likat dan keruh/ Ia terdapat pada bahagian tubuh yang mempunyai fotikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit. Kalenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak dimana peluh dirembeskan. Bakteria akan masuk melalui protein ke dalam kalenjar peluh Apocrine dan menyebabkan ketiak atau bahagian yang mempunyai fotikel rambut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Bau badan juga boleh terjadi sekiranya kita tidak menjaga kebersihan badan. Bakteria yang menempel di tubuh akan menguraikan peluh menjadi zat yang berbau kurang enak.
Makanan dan minuman yang kita ambil kebanyakannya akan digunakan oleh tubuh, manakala selebihnya akan ditukar ke dalam bentuk sisa buangan. Jika ginjal, hati dan saluran penghadaman kita berfungsi dengan baik maka sia buangan tersebut akan disingkirkan dengan baik. Namun, jika tidak disingkirkan dengan sempurna, bahan buangan yang terkumpul di dalam tubuh ia akan kekal di dalam tubuh dan bertukar menjadi toksin. Toksin ini juga merupakan punca terjadinya masalah bau badan. Antara tanda sistem penghadaman tidak berfungsi dengan baik boleh dilihat apabila sesaeorang itu menghadapi masalah sembelit.
Selain daripada faktor di atas, faktor lain masalah badan berbau adalah terdapatnya masalah kesihatan seperti masalah pada ginjal, hati, hypoglycemia (iaitu kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Badan juga akan berbau disebabkan oleh faktor genetik dan jika anda mempunyai kalenjar yang sangat aktif.
Badan berbau boleh diatasi dengan cara :
Selain cara di atas, cara yang paling mudah dan selamat adalah dengan mengambil suplemen Shaklee yang membantu untuk mengawal bau badan. Di antara suplemen yang membantu adalah :
Alfalfa Complex Shaklee
Alfalfa sangat dikenali sebagai agen diuretik, penyahtoksin dan pembersih badan. Ia akan merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral yang berbahaya daripada tubuh. Ia juga melindungi tubuh dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.
Garlic Complex Shaklee
Walaupun bawang putih dikatakan merupakan salah satu penyebab badan berbau, namun garlic complex adalah terkecuali. Ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary yang sangat membantu dalam mengawal bau dengan sangat berkesan. Garlic Complex Shaklee tidak akan dicernakan sehinggalah ia tiba ke dalam usus kecil.
Herblax Shaklee
Herblax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, mengatasi masalah jerawat, melegakan sembelit, mengatasi gas perut dan ususu dan menormalkan proses usus. Ia bertindak secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus dan seterusnya membantu menyingkirkan sisa-sisa yang terperangkap di dalam usus dengan segera bagi mengelakkan penyerapan toksik daripada sisa-sisa makanan ke dalam tubuh.
akak sendiri lepas consume alfafa.. Akak dah tak kisah kalau pakai ke x deodorant. Dulu sebelum kenal alfalfa.. Deodorant tu wajib pakai asal nak kuar dari rumah. Best alafafa!!!
toksin banyak sebab tu berbau..bau kerana peluh tetep keluar walaupun tak nampak, dan duduk dalam aircond cepat serap. Bau tadi bila peluh dah campur bakteria..jadi detoks dari dalam..makan alfalfa, garlic, kalo ada masalah dalaman dari organ hati makan dtx complex sgt bagusss…cheerss
Ambil Alfalfa Complex.. badan tau berbau…mulut tak berbau…resdung berkurangan
saya bagi suami saya makan alfalfa untuk masalah bau badan die…plus saya nak die minum air masak banyak…lepas mkn alfalfa memang die banyak minum air masak sebab die takut sembelit…
kalau ikutkn pengalaman saya la..bile nak peod dan tengah peod ketiak la especially akan mengeluarkan bauan yang kirenye mnyengatla bau die..tapi lepas consume dengan shklee tak sampai sebulan, mase period ketiak memang tak keluarkan bau..alhamdulillah..semuanya dengan Izin Allah…
Hubungi saya untuk konsultasi eksklusif dan maklumat lanjut.
Duit boleh dicari, tetapi kesihatan itu lebih “mahal” harganya.
– HUBUNGI –
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More