Nafas yang berbau menyebabkan kita berasa tidak selesa. Dikhuatiri juga akan mengganggu dan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang-orang disekeliling kita.
Bagaimanakah caranya untuk hilangkan nafas berbau yang tidak enak ini? Sebelum tu, tahukah anda apakah penyebab utama menyebabkan nafas kita menjadi berbau?
Nafas berbau boleh menjadi petanda tubuh kita sebenarnya berpenyakit. Penyakit dalaman seperti tonsil, resdung, sakit tekak, selsema, demam, kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, kanser mulut dan sebagainya boleh menyumbang kepada terjadinya masalah nafas berbau. Lendir atau kahak dalam tekak adalah antara petandanya.
Sebenarnya banyak perkara yang menyumbang kepada berlakunya nafas berbau, dan permasalahan ini juga boleh dikategorikan sebagai tanda diri kita berpenyakit.
Dr. Naseem Banu Sadruddin, Pakar Pembedahan Pergigian, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur
Nafas berbau jika bukan disebabkan penyakit dalaman sebenarnya adalah disebabkan oleh bakteria yang berkumpul di dalam mulut. Ini terjadi disebabkan oleh penjagaan oral yang tidak baik dan tidak sempurna.
Bau tersebut terhasil daripada proses pereputan sisa-sisa makanan yang terselit di antara gigi dan gusi. Pembiakan bakteria di dalam mulut lebih memburukan lagi keadaan. Bukan sahaja menyebabkan masalah mulut berbau, juga boleh menyebabkan penyakit lain seperti gusi berdarah, gigi rosak, ulser, lidah kotor dan sebagainya.
Penurunan kandungan air liur juga boleh menjadi penyebab nafas berbau. Air liur penting sebagai membantu pencernaan awal makanan, memudahkan makanan ditelan, menurunkan paras asid serta bakteria dalam mulut, mencegah mulut kering, mencuci mulut dan sebagainya.
Secara normalnya, manusia menghasilkan setengah liter air liur sehari untuk manfaat sistem tubuh. Apabila kurang air, air liur akan menjadi lebih likat, tekak berasa pahit dan seterusnya mencetuskan bau yang kurang enak keluar dari mulut.
Berikut adalah tips yang boleh kita amalkan untuk mengatasi masalah mulut atau nafas berbau:
Tidak perlu memberus gigi setiap kali selepas habis makan. Memberus gigi dengan kerap akan menjadikan gigi menjadi nipis.
Berkumur-kumur dengan air bersih dengan cara yang betul sudah memadai.
Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit baking soda selama 30 saat juga boleh membantu mengurangkan paras asid di dalam mulut.
Berkumur dengan bahan pembersih mulut seperti Listerine dan sebagainya boleh membantu membersihkan mulut, gigi dan memberi nafas segar.
Pembersihan lidah juga penting kerana bakteria busuk suka berada pada hujung lidah. Bersihkan lidah dengan berus gigi tetapi dengan cara yang lembut.
Jika tidak boleh berkumur atau memberus gigi pada masa tertentu, cubalah untuk mengunyah gula-gula getah kerana ia mampu membantu melonggarkan makanan yang terselit di celahan gigi serta meneutralkan bau busuk mulut.
Yogurt yang masam adalah makanan yang mengandungi vitamin D. Makanan ini boleh membantu melawan bakteria yang mengakibatkan nafas berbau.
Walaupun nampak kuno, namun daun sirih sebenarnya mengandungi klorofil yang mampu menyegarkan nafas jika dimakan secara konsisten. Jika mahu kelainan, daun kari dan daun pudina juga boleh membantu anda mengatasi masalah nafas berbau.
Makanan yang segar dan asli adalah lebih baik berbanding makanan yang diproses.
Diantara suplemen yang boleh membantu anda untuk mengatasi masalah nafas berbau:
Assalamualaikum… Bangun pagi tadi (sebelum gosok gigi) baru perasan yang nafas mulut saya berbau harum. Saya dah amalkan Alfalfa selama 3 bulan. Rasanya memang sebab alfalfa jadi sebegini..suka sangat! Kadang-kadang punca mulut kita ni berbau sebab banyak toksin & kesihatan usus yg lemah. Jadi terbukti la Alfalfa ni memang membuang toksin dalam badan. Ada tak kawan-kawan lain mengalami perubahan yang sama?
Hafidah Bt Khaja Mohideen
Baru perasan… Sekarang gosok gigi dah tak berdarah sudah. Pelik juga, kalau tak sebelum ini setiap kali gosok gigi mesti berdarah. Bila bleeding gum memang kurang selesa, rasa lain macam saja. Mulut cepat berbau. Akhirnya.. soalan barulah terjawab disebabkan saya amalkan Sustained Release Vita C Plus, sehari 1 biji saja…
Syafiq Raffiqin Liow
Adakah anda juga mengalami masalah mulut berbau yang kurang menyenangkan? Atasi segera masalah tersebut agar tidak mengganggu rutin harian anda.
Hubungi saya untuk konsultasi eksklusif dan maklumat lanjut.
Duit boleh dicari, tetapi kesihatan itu lebih “mahal” harganya.
– HUBUNGI –
Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer
SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733
Email:
norhanita@yourfabulousmama.net
Shaklee ID:
866451
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
View Comments
Saya nasihatkan anda yang mempunyai masalah nafas berbau ini, untuk tidak mengambil ringan. Rajin-rajin lah usaha untuk hilangkan. Jika ada kelapangan, bolehlah untuk adakan rawatan dengan doktor gigi, untuk dapatkan rawatan moden pembersihan cucian gigi.
Ye betul, 60% punca mulut dan nafas berbau disebabkan oleh masalah gigi yang awalnya berpunca dari pembiakan bakteria akibat penjagaan mulut (oral) yang kurang teliti.