1 2

Tips Hilangkan Perut Buncit Lelaki, Boleh Jadi Sado

Perut semakin ke depan? Hmm…mungkin menjadi masalah kepada lelaki yang sudah berkahwin. Anak baru satu, tapi perut dan ikut buncit sekali dengan isteri mengandung.

Nak tahu tips hilangkan perut buncit lelaki? Caranya mudah, anda wajib tahu. Hehe…

tips hilangkan perut buncit lelaki

Banyak faktor sebenarnya yang buatkan perut buncit bagi lelaki yang sudah berkahwin. Antaranya sebab masakan isteri yang sedap-sedap dan banyak pulak tu. Tak makan nanti isteri kecil hati. Mahu tak mahu kenalah habiskan. Membazir pulak nanti.

Kemudian, kerja di pejabat, hanya duduk sahaja depan komputer. Bersenam memang malaslah dan ada juga yang beri alasan tidak sempat nak bersenam. Kalau begini gayanya, memanglah perut maju ke depan dengan jayanya.

Kalau tidak dibendung dari awal, memang makin susah nak rata semula.

Di bawah ni saya kongsikan tips hilangkan perut buncit lelaki dengan cara senaman yang paling mudah. Boleh amalkan di rumah. Ajak anak join sekali pun boleh. lagi meriah.

Senaman Untuk Hilangkan Perut Buncit Bagi Lelaki

#1 – Cycle

#2. Knee Ups

#3 -Leg Raises

#4 – Reverse Crunch

#5 – Leg On Coach

#6 – Hip Trust

#7 – Cross Crunch

#8 – Reach and Touch

#9 – Cross Leg Reverse Crunch

Jika anda ikut step by step cara senaman di atas dengan rutin konsisten, insha Allah perut yang buncit boleh jadi rata sampai timbul 6 pack kalau bernasib baik. Lebih daripada itu, boleh jadi macam abang sado.

Bagaimana Nutrisi Membantu Mengurangkan Kesan Perut Buncit?

Senaman memang tidak dinafikan dapat membantu memperbaiki struktur otot termasuk anggota badan dan perut. Namun untuk memelihara kemantapan tubuh, aspek pemakanan juga perlu diambil kira.

Ya, otot juga perlukan makanan yang sesuai untuk membolehkannya terbina dengan sempurna serta menjalankan fungsinya. Apa yang diperlukan adalah pemakanan yang sihat seperti memperbanyakkan sumber protein, buah-buahan dan sayuran atau pengambilan suplemen tambahan.

Apabila tubuh mempunyai bekalan sumber nutrisi yang cukup, setiap sel akan aktif dan mula kembali menjalankan fungsi asalnya dengan baik. Bermula dari sel, tisu, organ dan seterusnya sistem tubuh juga turut menjalankan fungsi dengan baik.

Proses pencernaan dapat ditingkatkan untuk menyerap nutrien pemakanan dengan lebih baik, membantu meningkatkan metabolisma tubuh, pembakaran kalori yang lebih efektif. Secara tidak langsung tubuh akan berada dalam keadaan ideal untuk senaman dan membantu mengurangkan masalah perut buncit.

Perlukah DIET Dalam Pemakanan?

Menurut Malini, seorang pakar nutrisi bertauliah Shaklee; Berdasarkan kajiannya, mereka yang selalu mengabaikan waktu makan atau ‘skip meal’ sering kali memberi ‘feedback’ tentang kesan selera makan dan berat badan yang bertambah selepas itu.

Jadual pemakanan yang lompong atau tidak mengikut waktu memberikan kekeliruan pada tubuh individu. Di saat tubuh aktif memerlukan nutrien, tiada sumber pemakanan yang support. Manakala bila tubuh memberi signal untuk berehat, kita sering tersilap dengan mengambil makanan yang lebih dari sepatutnya (overestimate). Justeru berlaku lambakan kalori berlebihan dan pertambahan berat badan.

Jadi, pengambilan suplemen mampu membantu mengatasi masalah ini. Dengan cara membantu sel trigger signal ke otak untuk dapatkan sumber nutrien melalui pemakanan tepat pada waktunya – makan mengikut masa dan keperluan. Dengan kata lain, suplemen dapat membantu pengurusan diet pemakanan individu.

Suplemen Untuk DIET SIHAT

Berikut adalah suplemen yang anda perlukan untuk bantu menghilangkan perut buncit lelaki:

  1. Protein : Cinch Shake Mix & ESP (untuk pelihara otot dan elakkan muscle tear selepas aktiviti senaman. Juga beri rasa kenyang dan tenaga yang berpanjangan)
  2. Pecah lemak : OmegaGuard & Lecithin
  3. Detox : Alfalfa & Herblax (bantu kelaurkan toksin dan lemak-lemak yang sudah dipecahkan keluar dari tubuh)
  4. Metabolisme : Cinch Energy Tea Mix (tingkatkan metabolisme tubuh)
  5. Nutrisi Lengkap : Vitalea Iron Formula (multivitamin)

Tak kisah lelaki ke perempuan. Sama je kan masalahnya.. perut buncit. Pakcik ni amal omegaguard… tapi tak pasti berapa lama. jom try omegaguard sampai dapat perut flat

Mashitah Mamat


tips hilangkan perut buncit lelaki

suami saya memang susah turun berat badan…. nak anjak 500gm dekat penimbang tu pun seksa.. lepas puasa hari tu cepat turun 5kg sebab makan sejenis pil ni yang mana membuatkan dia hilang selera makan, saya hantar test, ada sibutramine rupanya.. bila berhenti tu, naik ke berat asal blk 88kg, huhuh.. saya tanya doktor, doktor kata masa dia tak mkn tu, kalori intake sikit, so tenaga yang dia guna untuk melakukan aktiviti tu bukan dari makanan yang dia ambil, tapi dari carbohidrat/lemak yang lama dok simpan, sebab tu cepat turun, even tak exercise… calorie buring more than calorie intake… 3 minggu dah dia makan lechitin + herb-lax+ ESP pagi dan malam, alhamdulillah, dah turun 1.2kg, nampak susut sikit… nasi ambil tengahi hari je, kuantiti biasa orang lelaki makan… tak kisah penurunan lambat, asalkan konsisten… yang penting, dengan diet yang selamat…

Norsinar Yahaya


My hubby tak control langsung makan..makan macam biasa breakfast, lunch dan dinner memang tak tinggal pun.. alhamdulillah lepas sebulan dia turun 8kg lepas dipaksa makan herbalax, lechitin & alfalfa.. dia pun pelik cemana boleh turun.. padahal before ni dia ada jugak diet hangat2 t**k ayam.. Tapi tak menjadi.. tapi dengan shaklee alhamdulillah.. ada progress..

Azizah Ramli


Jika anda berasakan berat sangat susah untuk turun tapi sangat mudah untuk naik, anda perlu ambil berat tentang kadar metabolisme tubuh anda.  Ini bermakna kadar metabolisme tubuh anda adalah sangat rendah. Untuk mengubah kdar metabolisme tubuh yang menjadi asas penting untuk turunkan berat badan, kita mestilah :

  1. Mengambil makanan secara teratur. Jangan sesekali skip waktu makan terutamanya semasa sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam
  2. Ambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Kita boleh ambil makanan sehingga 6 kali sehari
  3. Tingkatkan pengambilan air putih. Cuba elakkan air sejuk termasuk air sejuk dari peti. Lebihkan air suam atau air mineral@ air putih biasa.
  4. Aktiviti fizikal memang kena buat. Jika anda diet (jaga makan) tapi langsung tidak bersenam, apabila anda buat test “body fat analyzer”, berat anda memang akan turun tetapi peratus lemak dalam badan akan semakin naik. Sepatutnya apabila berat turun, peratus lemak dan Fat free mass pun perlu turun juga.


Apabila anda telah berjaya untuk buat 4 perkara asas di atas, dan anda amalkan pemakanan yang sihat dan cara hidup yang sihat di tambah dengan pengambilan suplemen tambahan yang berkesan dan selamat, insyaAllah semuanya akan jadi sihat.

Nak bantuan lebih baik, tambahlah Cinch Energy Tea Mix kerana ia membantu meningkatkan kadar metabolisme tubuh, membuatkan kita tiada selera untuk makan banyak, memberi tenaga untuk tempoh masa yang lama.


Assalamualaikum n moning semua! Nak kurus..buang water retention dan bertenaga..telan 10 biji alfalfa complex teruss pagi ni… Extra ummph!! Minum tea.. namanya cinch energy tea mix untuk boost metabolism sehingga 4x ganda…

LoVely FaiZah


Cinch tea mix!!!!! Terus hilang nafsu makanku!! Yahoooo

Najihah Sudi


Saya pernah try cinch tea sekali…berpeluh2 badan…memang fungsi dia untuk tingkatkan metabolisma badan kita pun… Sungguh bertenaga selepas minum tu..apa lagi terus kayuh basikal exercise…best2…

Roslina Mohd Arshad


ambik cinch Shake dan ESP.. shake 2 kali sehari.. breakfast dan dinner (before 8pm)… lunch makan nasi sikit sangat..sayur dan ikan banyak2… kalau mula-mula ni elakkan ayam or daging.. minum cinch tea tu jugak untuk tingkat metabolisme dan bakar lemak sekaligus… telan omegaguard.. air at least 5 liter… trust me in one month paling busuk turun 5 kg… saya dah try dan jadi.. tapi memang kena disiplin.. cuma saya shake tuk dinner tu before 7.. in between tu ada la makan salad petang2… kira kalori intake jugak….hehehe. gud luck.. omegaguard saya ambik 4 or 6 biji per day masa tu…

Roshilah Ramli


Berusia 37 tahun pada 2015, dengan ketinggian fizikal 169cm dan berat 90kg adalah yang tidak ideal bagi seorang lelaki pada diri aku. Sejak dari itu, aku berazam untuk mengubah nasib diri untuk mencapai berat yang ideal dan hidup berkualiti di samping seorang isteri,Nor Hafiza dan 2 orang anak yang berumur 8 & 9 tahun.

Pada tarikh 19/4/2015, adalah aktiviti pertama aku dalam permulaan misi menurutkan badan dan hidup berkualiti. Selepas mendapat dorongan dari isteri dan rakan-rakan, aku bertekad untuk mula berjogging di taman rekreasi KLCC ditemani oleh isteri dan anak-anak..

Permulaan yang agak mengecewakan, terasa sakit di lutut dan hampir-hampir membuatkan aku berputus asa. Ini mungkin kerana teknik larian aku salah dan juga ‘joint knee’ tidak kuat untuk menampung beban badan. Aku terus mencari punca dan penyelesaiannya. Mujur hasrat dan niat ku ini dibekalkan atas sokongan isteri dan rakan-rakan.

Isteri memainkan peranan agak penting juga dengan menggalakkan aku untuk mengambil makanan tambahan (supplements) yang selama ini tidak pernah aku ambil selain ubat doktor…hahaha!

Isteri sememangnya pengikut tegar produk Shaklee, dia galakkan aku mengambil Shaklee Vita-C Plus sebagai suplemen harian aku. Sejak dari itu aku menjadi pengguna tegar Shaklee Vita-C. Aktiviti larian dan proses penurunan berat badan secara penjagaan pemakanan yang betul (cut carbo-nasi) tetap diteruskan dan hasilnya berat aku menurun kepada angka 70kg dengan ukuran pinggang 32″ daripada 38″ pada November 2015. Syukur Alhamdulillah.

Sejak dari itu, aku tidak menoleh ke belakang, aku teruskan juga aktiviti larian aku dan bohong jika aku katakan ‘joint knee’ aku nie betul-betul memberi kerjasama, kekadang tu ada juga terasa sakitnya.

Alhamdulillah pada Februari 2016, sepupu kepada isteri aku Azlinda memperkenalkan pula produk Shaklee Omega Guard yang sedikit sebanyak boleh membantu ‘joint knee’ aku ini untuk menjadi lebih kuat dan juga penjagaan jantung.

Alhamdulillah terasa perbezaannya dan pada tarikh 10 April 2016, adalah bukti pada diri aku yang aku berjaya mengharungi larian sejauh 70KM dalam masa 11jam30min.

Sehingga kini, Shaklee Vita-C dan Omega Guard menjadi makanan ruji harian pagi dan malam aku. Terima kasih SHAKLEE.

Muzie Sham

turunkan berat badan

Inginkan tubuh yang sihat, perut yang rata, penampilan yang menarik dan bergaya? Hubungi saya segera untuk konsultasi lanjut di 0194771733. Atau jika anda lebih selesa berurusan dengan lelaki, anda boleh hubungi nombor ini 0194751733.

Facebook Comments:
Tips Hilangkan Perut Buncit Lelaki, Boleh Jadi Sado

View Comments

  • wow, blh kurus lerrrrr. saya pun nak ada 6 pack. hehe. baru from one dah nak 6 pack. saya nak buat la nanti kat rumah....

    • Boleh je. Janji ada perut. Muda-muda lagi senang nak build up 6 pack sebab nak buat routine tu kena ada tenaga & semangat. You mesti ada semangat tinggi kan. Tapi yang penting hidup lebih sihat.

Recent Posts

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

1 month ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

1 month ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

1 month ago
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh
  • Info dan Berita

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Secara Harian Dan Sebulan Penuh

Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More

2 months ago
Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan
  • Kesihatan

Cara Hilangkan Batuk Secara Homemade Dengan Bahan Semulajadi Yang Mudah & Berkesan

Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More

2 months ago
Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama
  • Resepi

Resepi Teh Halia Homemade Paling Mudah & Simple Untuk Dinikmati Bersama

Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More

2 months ago