1 2
Nutrisi Pemakanan

6 Tips Memilih Minuman Berprotein Tinggi Pada Kualiti Yang Terbaik Di pasaran

Protein adalah sumber yang sangat penting dalam piramid pemakanan kita.

Kita perlu dapatkan sumber protein pada kadar yang mencukupi dan dari jenis yang betul setiap hari untuk keperluan dan kesihatan tubuh secara amnya.

Mengikut saranan Dietary Reference Intake (DRI), kita memerlukan sekurang-kurangnya 0.8 gram protein untuk setiap kilogram berat tubuh kita.

Sebagai contoh, jika berat tubuh kita ialah 75 kg, maka jumlah protein harian yang kita perlukan mengikut DRI ialah sebanyak 60 gram.

Namun, ada sesetengah individu perlukan lebih sumber protein harian, biasanya untuk tujuan menurunkan berat badan dan mengekalkan berat badan ideal atau untuk tujuan kesihatan yang lain.

Apa Itu Protein dan Mengapa Ia Sangat Penting?

Protein adalah salah satu makronutrien yang terdiri daripada 3 jenis zat termasuk karbohidrat dan lemak.

Ia memainkan peranan penting dalam tubuh untuk fungsi:

  1. Pembaikpulihan dan penyelengaraan – Protein adalah komponen utama dalam otot, tulang, kulit dan rambut. Kesemua jenis tisu ini memerlukan proses pembaikpulihan secara berterusan dan perlu digantikan dengan protein yang baru.
  2. Hormon – Protein menjalankan proses penghantaran isyarat kimia untuk membolehkan sel dan organ di dalam tubuh berkomunikasi antara satu sama lain.
  3. Enzim – Kebanyakkan enzim dalam tubuh adalah berasaskan protein dan beribu-ribu proses tindak balas kimia yang berlaku di seluruh sistem tubuh adalah menjadi fungsi utama yang dimainkan oleh mereka.
  4. Pengangkutan dan Penyimpanan – Sesetengah protein berfungsi menghantar molekul penting ke bahagian yang diperlukan di dalam tubuh. Sebagai contoh, protein hemoglobin mengangkut oksigen melalui medium darah ke seluruh bahagian tubuh untuk keperluan aktiviti sel hidup.

Bagaimana Nak Pilih sumber Protein Soya Yang Terbaik

Diet tinggi protein adalah selamat dan sihat bagi kebanyakan orang. Tetapi ia bergantung juga kepada kondisi kesihatan dan masalah penyakit yang dihadapi oleh seseorang individu.

Maka, mereka perlukan saranan dan nasihat pakar sebelum setiap perancangan untuk pengambilan diet tinggi protein ini.

Semuanya bergantung kepada jenis dan kualiti sumber protein yang diambil.

Hari ini, minuman berprotein tinggi menjadi pilihan yang sangat popular bagi mereka yang ingin menjalankan diet untuk pengurusan berat badan.

Tidak kurang juga bagi mereka yang hamil dan ingin mengekalkan kecantikan kulit.

Sebelum itu, anda perlukan panduan 6 tips berikut untuk memilih sumber makanan berprotein tinggi yang sesuai dalam diet tinggi protein anda.

Tips #1 – Pilih Soya!

Terdapat pelbagai jenis suplemen protein yang biasa terdapat yang popular terdapat di dalam pasaran dalam bentuk serbuk protein yang boleh dicampurkan dengan susu atau air suam, pra-campuran, shakes sedia diminum atau biskut bar protein.

Biasanya bentuk serbuk adalah menjadi pilihan ramai. Dan ia terdiri daripada 3 jenis utama iaitu whey, kasein dan soya. Whey dan kasein adalah protein berasaskan susu (sumber haiwan tenusu).

Manakala soya (sumber tumbuhan) adalah pilihan yang terbaik bagi mereka yang pantang makan daging (vegan atau vegetarian) atau mereka yang ada masalah alergi dengan sumber tenusu.

Protein soya sangat sesuai untuk semua orang termasuk bagi mereka yang sensitif terhadap laktosa (alergi) kerana:

  • Memberi banyak manfaat kepada kesihatan termasuk kesan menurunkan paras kolesterol dalam tubuh
  • Pengambilan konsisten setiap hari protein soya boleh membantu mengawal sindrom menopouse bagi wanita lewat usia seperti kesan “Hot Flash”
  • 100% protein berasaskan sumber tumbuhan dan sangat sesuai untuk golongan vegetarian

Tips #2: Tiada Pemanis Tambahan

Kebanyakan pengeluar produk minuman protein soya menambahkan bahan pemanis atau gula bagi tujuan memperbaiki tekstur rasa produk protein mereka.

Buat pilihan bijak! Gula atau pemanis tambahan tidak baik untuk kesihatan. Katakan tidak dan pilihah minuman protein soya tanpa gula.

Kenapa perlu pilih produk minuman protein tinggi tanpa gula?

  1. Pengambilan protein sudah memadai dengan rasanya yang semulajadi tanpa gula dan memastikan tiada pengambilan kalori berlebihan disebabkan tambahan bahan pemanis.
  2. Minuman soya tinggi protein sudah baik untuk membantu mengawal paras gula yang sihat dalam tubuh.

Tips #3: Rendah Indeks Glisemik

Indeks Glisemik (Glycemic Index – Gi) adalah indeks penunjuk kesan bagi sesuatu bahan makanan terhadap kenaikan paras gula dalam darah.

Jika indeks GI makanan sumber protein itu tinggi, ia akan menyebabkan paras gula dalam darah cepat naik dan membawa kesan kita cepat letih, mudah marah dan cepat lapar.

Manakala makan dengan sumber protein rendah GI akan:

  • Membantu mengawal paras gula dalam darah dengan sihat
  • Makan sedikit tapi cukup dan rasa kenyang yang lebih lama
  • Membantu mengawal diet pemakanan untuk tujuan pengurusan berat badan yang sihat
Kenapa Perlu Pilih Diet Rendah Indeks Glisemik
Tubuh ambil masa lebih lama untuk menghadam dan menyerap jenis makanan rendah GI

Tips #4 – Lengkap Dengan 9 Asid Amino Perlu

Asid amino adalah sumber yang dianggap sebagai bahan binaan utama protein kepada tubuh. Terdapat 9 daripada 22 jenis asid amino yang dianggap penting dan sangat diperlukan oleh tubuh.

9 asid amino perlu (Essential Amino Acid – EAA) bermaksud ia perlu diperolehi daripada sumber makanan kerana tubuh tidak dapat menghasilkanya.

Pengambilan konsisten setiap hari protein yang kaya 9 asid amino ini sangat penting untuk membantu:

  • Meningkatkan fungsi dalam sistem tubuh ke tahap yang optimum
  • Kecekapan proses biologi di dalam sel tubuh untuk pembentukan struktur, sistem penghantaran serta menyimpan nutrien bagi tujuan pembinaan asas organ, kelenjar dan otot yang utama.

9 jenis Asid Amino Perlu (Essential Amino Acid - EAA)

Tips #5 – Sumber Soya Non-GMO

Pengubahsuaian genetik dalam biji benih (Genetically Modified Organism – GMO) adalah teknologi yang sangat meluas digunakan dalam bidang pertanian moden hari ini.

Teknologi kejuruteraan genetik ini bertujuan mengubahsuai biji benih tumbuhan agar mempunyai kesan rasa dan struktur yang lebih baik, kosmetik yang cantik & menarik, kuantiti pengeluaran yang lebih tinggi dan tahan penyakit atau keadaan cuaca yang ekstrem.

Contohnya buah yang bakal dihasilkan akan menjadi lebih besar dan tanpa biji atau buah yang cantik tanpa sebarang cacat cela dan sekata saiznya – itu contoh teknologi GMO.

Nampak positif dan bagus untuk sumber pemakanan kita, tetapi ia boleh membawa kesan jangka panjang jika kita terlalu bergantung kepada sumber makanan jenis ini. Ia boleh menyebabkan sumber makanan kehilangan sumber nutrien yang baik bagi manusia.

Jadi adalah perlu kita untuk memastikan memilih sumber protein soya yang bukan daripada tumbuhan GMO (soya non-GMO) bagi memastikan:

  • Sumber nutrien penting sentiasa kekal
  • Alternatif makanan yang sihat dan selamat

Makanan Sumber GMO

Tips#6 – Rendah Lemak

Terbaiknya, kita mahukan dapat banyak manfaat nutrien daripada minuman soya berprotein tinggi yang kita pilih. Ini tidak termasuk sumber lemak.

Pilihlah produk minuman soya berprotein tinggi yang memiliki kandungan lemak kurang daripada 3g dalam setiap 100g hidangannya. Seharusnya ia minuman rendah kalori yang terbaik.

Ini bertujuan supaya minuman sihat kita dapat:

  • Memelihara dan mengekalkan pembinaan jisim otot
  • Memelihara paras kolesterol yang sihat

Sumber Protein Soya Terbaik

Facebook Comments:
6 Tips Memilih Minuman Berprotein Tinggi Pada Kualiti Yang Terbaik Di pasaran

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago