Isu novel coronavirus (2019 n-CoV) merupakan topik hangat yang melanda hampir semua negara terutamanya negara China. Perkataan novel coronavirus itu sendiri membawa maksud “baru” dalam bahasa Perancis.
Saintis di seluruh dunia kini berlumba-lumba mencari solusi dan vaksin bagi mengubati masalah ini. Di China, seramai 6000 dijangkiti coronavirus dan 130 dilaporkan mati.
Umum mengetahui betapa cepatnya virus ini merebak. Namun, pencegahan awal masih boleh dibuat. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Ramai keliru mengenai bakteria dan virus. Jangan keliru. Kedua-duanya dalam kumpulan kuman namun ia mikroorganisma yang berbeza. Bakteria berbentuk single dan boleh hidup tanpa bantuan host (boleh hidup sendiri tanpa bantuan).
Virus dalam bahasa Latin membawa maksud racun. Ia merupakan sejenis “particle DNA” yang memerlukan bantuan host untuk hidup dan membiak. Tanpa host, virus tidak dapat hidup.
Kebiasaannya, virus akan mengubah bentuk asal DNA sel menyebabkan sel musnah dan seterusnya membiak di dalam tubuh. Lebih menggerunkan, pengambilan antibiotik hanya mampu membunuh bakteria, tidak virus.
#1. Elakkan melancong dan keluar di tempat awam
Sebaik-baiknya elak keluar di tempat awam dan melancong di kawasan yang dijangkiti virus tersebut.
#2. Elak jangkitan luaran
Coronavirus adalah kuman “airborne” yang boleh dijangkiti melalui udara. Oleh sebab itu, pemakaian “mask” sangat digalakkan untuk mengelakkan virus ini tersebar. Tutup mulut semasa hendak bersin. Bukan itu sahaja, pemakaian cermin mata juga digalakkan kerana virus ini juga boleh tersebar melalui rongga mata dan hidung.
Kebersihan tangan juga perlu dititikberatkan. Basuh tangan dengan sabun secara kerap untuk mengelakkan jangkitan coronavirus.
#3. Elak jangkitan dalaman
Ramai yang menjadi mangsa akibat sistem imun dan ketahanan badan yang lemah. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan yang sudah mempunyai penyakit seperti Diabetes.
#4. 5S Untuk Gaya Hidup Sihat
S – Sleep/Tidur
S – Stress
S – Smoking / Rokok
S – Senaman
S – Sugar/ Gula
#5. Suplemen
Vitamin B Kompleks – Vitamin B kompleks adalah vitamin yang baik untuk sistem imun tubuh.
Vitamin C – Vitamin C, vitamin yang penting untuk sel darah putih bekerja melawan jangkitan kuman. Apabila sistem imun meningkat, sel darah putih dapat melawan kuman dengan lebih berkesan. Pengambilan 1000mg sehari adalah disyorkan.
Vitamin D – Vitamin D boleh didapati melalui cahaya matahari (direct contact), iaitu pada pukul 10am-3pm. Cara lain untuk mendapatkan sumber vitamin D adalah melalui suplemen, 1000IU bagi individu normal manakala 2000IU bagi mereka yang mengalami masalah Diabetes ataupun merokok.
Omega-3 dan Zink – Omega-3 berfungsi sebagai bahan anti-radang yang boleh meningkatkan sistem imun tubuh. Ia biasanya didapati dalam bentuk minyak ikan yang boleh diambil dua biji sehari. Tidak lupa, mineral zink.
#6. Pilih makanan yang sihat
Makanan boleh menjadi penawar juga racun kepada tubuh badan. Pilihan makanan yang tepat penting untuk meningkatkan sistem tubuh badan. Antara sayur yang boleh diambil adalah seperti brokoli dan bayam. Sebaik-baiknya masak sayur-sayuran secara sederhana dan elakkan memasaknya terlalu lama supaya zatnya masih ada.
Tidak lupa buah-buahan seperti buah beri, delima dan anggur juga mempunyai banyak khasiat. Teh hijau juga mempunyai kandungan bahan yang baik untuk kesihatan, seperti Epigallocatechin gallate yang mempunyai tinggi antioksidan. Pengambilan herba-herba seperti kunyit, bawang putih dan halia dalam masakan juga boleh meningkatkan sistem imun.
Bermanfaat?
Kongsikan dengan yang tersayang.
Anda Mesti Baca :
3 Langkah Penting Tingkatkan Sistem Imun Elak Kerap Jatuh Sakit
Vitamin C Terbaik Di Pasaran. Anda Wajib Tonton Video Sekali
Awasi 8 Jenis Penyakit Sistem Respirasi Manusia Yang Paling Kronik Ini
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More
Apa Itu Puasa? Puasa atau dalam bahasa arabnya disebut "صوم - Shoum" bermaksud dari segi… Read More
Batuk adalah satu mekanisma penting bagi tubuh untuk memastikan kerongkong dan saluran pernafasan sentiasa bersih… Read More
Halia sangat mudah didapati di persekitaran kita. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan.… Read More