Tahniah! kerana anda baru sahaja melahirkan bayi kesayangan. Dan tahniah juga kerana anda baru sahaja bergelar seorang ibu.
Setelah mengandungkan si manja selama lebih kurang 9 bulan, kini tiba masanya untuk dia keluar melihat dunia yang serba indah ini.
Tidak kisahlah sama ada bayi anda dilahirkan secara normal atau secara pembedahan ceasarean (c-section). Bila sampai masa dan ketikanya, bayi anda perlu keluar daripada kandungan rahim dengan apa cara sekalipun mengikut kehendak takdir yang menentukan.
Bagi anda yang baru pertama kali melahirkan, tentu momen-momen ini penuh dengan debaran dan keterujaan. Hari-hari kehadapan anda tentu sahaja rasa berbeza dan segalanya baru bagi anda.
Anggap sahaja yang indah itu suatu rahmat, yang sukar itu suatu dugaan; hidup mulai penuh berwarna warni.
Dari segi perspektif sains dan perubatan, bayi menangis selepas beberapa minit ia dilahirkan adalah suatu perkara yang normal. Jika tidak, otak bayi sukar untuk mendapatkan bekalan oksigen dan boleh menyebabkan komplikasi tertentu jika lambat mendapat oksigen.
Pada permulaan kelahirannya, bayi terpaksa belajar untuk bernafas melalui sistem pernafasan kerana ia tidak berlaku di dalam rahim ibu. Semasa di dalam rahim, bayi mendapatkan bekalan oksigen dan nutrisi makanan hanya melalui saluran tali pusat (umbilical cord).
Proses yang sukar pada permulaanya ini atau apabila bayi mula sesak nafas menyebabkan ia mula membuka mulut dan keluar suara yang dikatakan sebagai menangis.
Dari perspektif Islam, ada yang menyatakan bayi yang baru lahir sangat berpotensi untuk diganggu oleh jin dan syaitan. Dengan itu kita digalakkan untuk mengazankan bayi yang baru lahir untuk tujuan ini dan beberapa tujuan lain.
Adakah ia suatu sunnah? Sehingga ke hari ini ia masih menjadi khilaf dalam kalangan ulama dalam perbahasan yang lembut. Namun ia masih boleh diamalkan bagi tujuan dengan niat yang betul.
sebagaimana yang diketahui, semasa di dalam rahim ibu, bayi mendapat manfaat nutrisi pemakanan yang dibekalkan oleh ibu melalui saluran tali pusat (umbilical cord).
Persoalannya, bagaimana bayi anda hendak makan sebaik sahaja dia dilahirkan?
Bayi sangat memerlukan nutrien dari pemakanan untuk terus membesar di luar kandungan ibu. Bayi tidak lain hanya boleh menerima makanan dalam bentuk cecair yang perlu disalurkan ke dalam mulutnya.
Hanya ada dua jalan, sama ada melalui penyusuan susu ibu terus daripada payudara ibu atau dengan bantuan penggunaan botol susu (sama ada susu ibu atau susu formula). Pada detik inilah tugas penyusuan ibu bermula.
Makanan terbaik untuk bayi tentulah susu ibu, yang kaya dengan segala nutrien semulajadi bagi si bayi untuk tumbesaran. Pelbagai cara boleh diamalkan untuk merangsang dan mempertingkatkan produksi dan kualiti susu ibu. Kesedaran tentang ilmu dan keperluan penyusuan adalah amat penting bagi menjayakan proses ini.
Cuma kadangkala, mungkin kita mengalami beberapa masalah di awal fasa penyusuan bayi. Susu ibu ada, bayi mahu minum tetapi tidak atau kurang berjaya. Mengapa? Ia mungkin disebabkan oleh teknik pelekapan yang kurang betul.
Di sini saya kongsikan tentang bagaimana ibu menyusu boleh melakukan teknik pelekapan bayi untuk persediaan penyusuan pada peringkat awal. Tujuannya untuk memudahkan bayi belajar cara menyusu dengan betul disamping untuk mendapatkan keselesaan bagi keduanya tanpa rasa sakit. Sangat baik untuk pembacaan anda.
Tahukah Anda?
Proses menyusukan bayi bukanlah satu proses yang menyakitkan antara si ibu dengan bayi. Jika terasa sakit, ia mungkin disebabkan bayi tidak dapat melekap dengan betul pada puting payudara ibu. Cara terbaik ialah dengan memperbetulkan teknik pelekapan tersebut supaya bayi dapat menyusu dengan selesa & mencukupi.
Memang banyak masalah penyusuan bayi bermula kerana kegagalan mulut bayi melekap dengan baik pada puting payudara. Jika anda ada masalah yang sama, teruskan bacaan anda.
Sokong payudara dengan ibu jari di atas, empat jari lain di bawah payudara anda. Pastikan jari anda terletak dibelakang areola (bahagian berwarna lebih gelap di sekeliling puting). Anda mungkin perlu mengampu payudara anda untuk tempoh masa yang lama terutama di peringkat awal penyusuan atau sekiranya payudara anda agak besar.
Peluk bayi rapat kepada anda (perut bayi ke perut anda) sehingga keseluruhan tubuhnya mengadap anda
Lalukan atau rapatkan bibir bayi dengan puting payudara anda. Bayi akan mula membuka mulut sebesar yang mungkin (ini tindakan refleks dari bayi yang Allah ciptakan kepada mereka.. subhanallah..)
Apabila bayi sudah membuka mulutnya dengan luas, dengan lembut, segera tolak bahagian belakang bahunya supaya kepalanya bergerak (sedikit mendongak) ke arah payudara anda.
Bayi akan memasukkan keseluruhan puting dan dan sebahagian besa areola ke dalam mulutnya.
Ingat!
Bayi tidak seharusnya melekap hanya pada puting sahaja kerana, mereka sepatutnya menyusu di payudara, bukannya di puting.
Buat pemerhatian. Bibir bawah bayi sepatutnya terjuih keluar (bukannya tersepit atau terlipat kebawah), nampak releks dan mulutnya seharusnya menutupi hampir keseluruhan kawasan areola.
Tips : Jika anda tidak berapa pasti samada bibirnya terjuih atau tidak, anda bolehlah cuba menekan bahagian bawah dagunya dengan perlahan untuk menarik agar bibirnya terjuih sedikit. Lidahnya harus menekap di bahagian bawah payudara anda.
Anda juga boleh perhatikan perkara ini :
Untuk membiasakan diri anda dan bayi anda dengan pelekapan yang betul ini, mungkin anda berdua perlukan sedikit masa. Apa yang penting, bersabar dan terus berusaha.
Jika anda berasa bayi tidak melekap dengan betul, hentikan penyusuan dengan cara meletakkan jari kelengkeng di hujung mulut bayi dan selitkan jari anda di antara rahang atas dan rahang bawah.
Ulangilah perkara ini beberapa kali untuk mendapatkan pelekapan yang anda rasakan terbaik pada masa itu.
Saranan saya, ketika masih mengandungkan bayi anda, mulakan mencari ilmu tentang teknik dan amalan penyusuan yang betul.
Selepas melahirkan bayi, minta nasihat daripada mereka yang lebih arif seperti jururawat untuk memastikan cara bayi melekap adalah betul.
Inilah 2 perkara yang saya lakukan dahulu untuk menyusukan anak-anak saya secara ekskusif. Ketahui juga kebaikan susu ibu berbanding susu formula yang ramai ibu terlepas pandang.
Semoga tips menyusu bayi baru lahir ini mampu membantu anda, ibu-ibu baru yang berhasrat untuk menyusukan bayi anda selama yang mungkin.
Salam Sayang
Norhanita
Penasihat Penyusuan Susu Ibu
019-4771733
Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More
Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More
Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More
Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More