1 2

Tips Minum Air Banyak Di Bulan Puasa Agar Kekal Cergas

Apabila kita berpuasa, tubuh akan kehilangan banyak cecair. Oleh itu, kita perlu memastikan pengambilan air putih yang mencukupi untuk mengganti semula cecair yang telah hilang semasa kita berpuasa. Jika air yang diganti terlalu sedikit, kita mungkin akan berisiko untuk mengalami dehidrasi.

Setiap kali berbuka puasa, emak mesti pesan. Berbuka ni jangan minum air banyak sangat. Nanti letih. Nak solat rasa berat. Masa terawikh nanti rasa tak larat pula. Tapi memang betul pun kan. Minum air dengan banyak sekaligus memang tidak bagus untuk kesihatan kita pun. Apa-apa pun jom belajar untuk kawal nafsu.

tips minum air banyak ketika berpuasa

Jika anda masih tercari-cari tips minum air banyak semasa di bulan puasa ini, saya kongsikan dengan anda di bawah.

Untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 8 gelas air putih, cuba bahagi-bahagikan pengambilan air kosong mengikut masa ini :

  • 1 gelas selepas bangun tidur untuk bersahur
  • 1 gelas selepas selesai makan sahur
  • 1 gelas selepas azan maghrib, sebelum makan makanan berat
  • 1 gelas selepas solat maghrib
  • 1 gelas selepas makan makanan berat
  • 1 gelas selepas solat isyak
  • 1 gelas selepas solat terawikh
  • 1 gelas sebelum tidur

Nah..!!

Cukup 8 gelas sehari semasa di bulan puasa ni.

tips minum air banyak

Tips tambahan untuk anda, selain daripada masa-masa di atas, anda juga boleh :

  1. Sediakan 2-3 botol air kosong bersaiz 1-1.5L sebagai “indicator” untuk memastikan berapa banyak air yang anda sudah minum untuk hari itu
  2. Bawa sebotol air kosong semasa pergi solat terawikh. Selepas selesai solat terawikh, anda boleh minum seteguk dua air tersebut.
  3. Letakkan sebotol air masak di tepi katil. Andaikata anda terjaga di tengah malam, anda boleh bangun dan minum sedikit sebelum kembali tidur. Lebih elok lagi, lepas minum air, bangun untuk menunaikan solat sunat seperti solat tahajjud, solat taubat dan solat hajat.

Saya dulu pun rasa sangat susah nak cukupkan pengambilan air kosong ni terutama di bulan puasa. Tapi selepas saya konsisten mengikut jadual di atas, ia jadi lebih mudah. Sebenarnya tidak susah pun. Cuma kerana kita tidak biasa, maka kita rasa sangat susah untuk ikut. Jika kita tidak bermula dari sekarang, bila lagi. Betul tak?

Saya memang kena pastikan air cukup kerana dalam masa yang sama saya ambil suplemen untuk memastikan tubuh saya kekal cergas dan penghasilan susu tidak merudum terlalu teruk kerana saya juga menyusukan Dania. Saya juga ada kongsikan tips berpuasa bagi ibu menyusu agar susu maintain banyak.

Lagi satu, dengan pengambilan air yang mencukupi juga dapat memastikan kulit kita kekal lembab dan cantik. Selain daripada itu, kita juga akan dapat mengawal nafsu makan kita dengan lebih baik. Jadi, tak ada lah kita mengambil makanan keterlaluan kan?

Jika anda mengalami masalah gastrik, anda mungkin mahu baca 5 Cara Mengatasi Gastrik Ketika Puasa Elak Ulser Perut.

Selamat berpuasa saya ucapkan buat anda. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah.

Akhir kata, jaga kesihatan. Minum air secukupnya, dan jangan culas ambil suplemen anda ya.

Facebook Comments:
Tips Minum Air Banyak Di Bulan Puasa Agar Kekal Cergas

View Comments

  • Air minum memang snagat penting saat berpuasa maupun tidak. Selalu menghidrasi tubuh sehingga keseimbangan tubuh selalu normal.

    • Betul tu..Sangat penting untuk mengelak dehidrasi tubuh, membantu kecekapan sistem dalam badan, detoksifikasi dan sistem perkumuhan.

Recent Posts

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari
  • Diet

9 Sebab Kenapa WAJIB Ambil Sarapan Pagi Setiap Hari

Biasa dengar ini? Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like… Read More

2 months ago
10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan
  • Diet

10 Makanan Untuk Bakar Lemak Paling Berkesan & Berjaya Kuruskan Badan

Percayalah bahawa diri anda dahulu sebenarnya pernah kurus. Tidak mungkin anda tidak boleh untuk kurus… Read More

2 months ago
7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari
  • Nutrisi Pemakanan

7 Jenis Makanan Tinggi Potassium Yang Ada Dalam Diet Anda Setiap Hari

Makromineral & Mikromineral Apakah itu Makromineral & Mikromineral? Terdapat 2 jenis mineral penting yang sangat… Read More

2 months ago
Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Madu Viral 2023 Paling Rangup dan Sedap

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Hmm.. diam tak diam dah nak sampai hujung… Read More

4 months ago
7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu
  • Tips Kesihatan Umum

7 Rahsia Kenapa Orang Jepun Hidup Lebih Lama & Lebih Sihat Yang Kita Tak Tahu

Mungkin anda pernah mendengar orang bertanya. Bolehkah kita di zaman sekarang ini hidup lebih lama?… Read More

4 months ago
Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap
  • Resepi

Resepi Biskut Almond London Homemade Paling Mudah, Rangup & Sedap

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Hmm... Hari ini tentu kita dah sampai di pertengahan atau… Read More

5 months ago